Pages

Jan 6, 2015

2 0 1 5

Assalamualaikum 2015!

Masuk dah tahun baru.
Naik lagi 1 anak tangga umurku.

2015, semoga tahun yang baik.
2014 banyak sangat cerita kurang sedap untuk Malaysia.

AKu pun haritu baru je balik dari Kota Bharu, Zaimi nak balik kampung tolong cuci rumah nenek dia. Habis naik air. Selama berpuluh tahun, tak pernah kena banjir macam tu.

Dugaan Allah.



Aku tak boleh cerita lebih-lebih, karang sambil menaip sambil berjujuran air mata..haha

Semoga tak ada lagi kemalangan kapal terbang melibatkan Malaysia 2015 ni..
Aku sampai naik seram pulak bila fikir nak naik flight.. T_T

Semoga rumah-rumah yang terjejas teruk sebab banjir segera mendapat bantuan..
Semoga perlaksanaan nak diharamkan lesen membalak selama 25 tahun tu bukan rumours semata-mata.. habis dah hutan kita.. sayang sangat. Khazanah alam tu.

Semoga aku rajin update blog..haha.. asyik skip2 je update..

Semoga anak aku membesar dengan sihat dan sempurna..
Semoga ada rezeki nak bagi dia adik.. ehem..

Semoga kerja-kerja dipermudahkan..
Semoga bisnes part time aku menjadi..

Semoga sihat selalu orang tua ku..

Semoga yang baik-baik aje 2015 ni..

Be good, take care :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...