Pages

Dec 17, 2014

Wajah Kesayangan Hamba


Adam.
Dah besar dah anak mak.
Syukur ALhamdulillah.




Makin besar ni makin banyak karenah.
Sekarang time suka berlari.
Sikit-sikit lari, lepas tu lari semahu-mahunya sebab ingat orang nak kejar dia agaknya.
Kelakar ok!

Jatuh gedebak gedebuk sana sini..
Kalau sakit teruk, nangis sampai sedu,
Kalau sakit lite-lite, nangis sikit..
Kalau sakit yang tahap gigit semut tu, dia jerit 'aduuuuii'.

:))

Betul la orang kata, kasih sayang ni tak boleh ucap dengan kata-kata.
Aku punya perasaan dekat adam ni, aku tak boleh nak terjemah dalam bentuk entry blog.
Serius!


Dec 8, 2014

Jejari Dompok

Hey Blog!

Aku tetibe rindu pulak dekat kau semalam.
Tapi kau pun tau kan, kalau dah dekat rumah, mana sempatnya aku nak jengah kau.

Baru nak bukak laptop, si kecik aku tu dah mula berdiri atas laptop tu.

Sorry jugak, sebab aku abuse kau sebulan dua ni.
Aku asyik guna kau nak promote bisnes part time aku yang baru tu.

Haha.

Sorry beb.

Aku saja nak cuba nasib je.
Kalau menjadi, dapat gak aku extra cash kan?

Harini masuk ofis, aku dah ada list dah apa nak buat.
Panjang jugaklah list tu.
Kau faham kan, blog?

Bukan sengaja nak biarkan kau bersawang, berhabuk.
Nak nak sekarang, bukan setakat bersawang dan berhabuk,
aku longgok pulak bekas bekas tupperware tu kat kau.

Kesian kau, blog. Heh.

Nantilah, bila aku dah free, aku belai kau ye.

Bye Blog.
Be good ok.
Keep earning a few cents per day ok :P

By the way, thanks Nuffnang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...