Pages

Aug 25, 2014

Mood Ke Laut

Takda mood lah nak blogging.
Hati sedih pasal MH17 kot.

Sangat-sangat sedih bila tengok gambar Abderrahman. Anak co-pilot Ahmad Hakimi tu masa kawan ayah dia dukung dia, masa solat jenazah anak dia.

:(

Nanti-nantilah update..

:(

Aug 20, 2014

Rabu Resepi | Ikan Kukus Nyonya

Hai semua!~

Kali ni resepi aku ambil dari keratan mak aku potong dari majalah mana tah.. hahaha..
Tapi kitorang dah try buat, dan memang mantop.




Bahan-bahannya:

1 peket Tumisan Asam Pedas Maggi
1 biji terung panjang dipotong-potong
4 biji bendi dipotong dua
1 labu bawang besar dipotong baji
1 kuntum bungan kantan dipotong baji
6 tangkai daun kesum
1 biji tomato dipotong baji
1/2 cawan air masak
500g kepingan ikan (optional)


Cara-caranya:

Masukkan pes tumisan ke dalam periuk, dan semua bahan sayuran.
Goreng selama lebih kurang 2 minit.
Masukkan air masak, dan biarkan hingga mendidih.
Ketepikan dari api.
Sementara itu, kukuskan ikan selama 15-20 minit.
Sendukkan bahan sos tadi ke atas ikan dan boleh dihidang.


Selamat mencuba!

Aug 19, 2014

Lori terbalik

Ya Allah..

Aku ni betul-betul memerlukan motivasi.
Aku takde mood seminggu dua ni.

-_-"

Oh by the way, pagi tadi on the way pergi kerja, ada lori terbalik pulak kat Pilah ni..
Terpaksa lah aku dengan zaimi lalu ikut Sawah Lebar nak ke Beting..





Hopefully tak adalah yang maut ke parah ke..

Takziah..


Aug 18, 2014

Jawatan Kosong di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak/sementara di Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.





1)


PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT(GRED F41) (Kontrak)


Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-


(a)

Warganegara Malaysia;


(b)

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


(c)

(i)

Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya; dan





(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 RM2146.00); atau



 (ii)

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya




(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 RM2353.44); atau



 (iii)

Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya




(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 RM2664.78); atau



 (iv)

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggitempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya




(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 RM2976.11);


dan






(d)

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.






2)

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29) (Kontrak)


Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-


(a)

Warganegara Malaysia;


(b)

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


(c)

(i)

Diploma dalam bidang Sains Komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi yang diiktiraf setaraf dengannya




(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 RM1746.00); atau



(ii)

Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oeh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya




(Gaji permulaan ialah pada Gred F29: RM1820.89);


dan



(e)

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.





SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM di http://www.uitm.edu.my/dan http://www.library.uitm.edu.my/


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM di http://www.uitm.edu.my/dan http://www.library.uitm.edu.my/.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Rabu, 27 Ogos 2014


Sila kemukakan permohonan kepada:

KETUA PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

u/p : Pegawai Eksekutif

NO.TEL: (03)  5544 3701 / 5544 3702 / 5521 1438

Sumber: UiTM

Aug 15, 2014

Iklan Jawatan Kosong Fellow Penyelidik UKM


Salam, mohon warwarkan kpd sesiapa yang berminat.

Jawatan kosong : Fellow Penyelidik 
(Tangga gaji permulaan DS51/52 dengan kelayakan PhD) 

Syarat : 
Warganegara, dalam bidang-bidang Agriculture/Engineering/Business/Sains. 
(Calon dengan kelulusan sarjana boleh dipertimbangkan dengan syarat bersedia membuat PhD sebaik mendaftar)

Syarat tambahan : Calon hendaklah bersedia tinggal di Stesyen Biofuel UKM Kuala Pilah dan akan menjadi fellow tetap disana. 

Utk keterangan lanjut sila hubungi Ketua Station Penyelidikan Biofuel UKM: Prof Ir Dr Zahira Yaakob
Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses UKM Bangi


Email CV kepada zahira@eng.ukm.my


Mohon warwarkan kepada sesiapa yang berminat..


Terima Kasih


Forward dari perkongsian di Whatsapp..


Aug 13, 2014

Rabu Resepi | Masak Lemak Ikan Masin Nenas

Harini nak share resepi lauk pulak..
Bukan apa, sehari dua ni asyik teringat kat lauk ni aje..
Heheh..



Bahan-bahannya:

1 biji nenas dipotong kecil
150g ikan masin talang (dipotong kecil)
15 tangkai cili padi (dikisar halus)
6 ulas bawang merah (dikisar halus)
1 inci kunyit hidup (dikisar halus)
1 helai daun kunyit (diracik halus)
2 batang serai (diketuk)
2 cawan santan
2 keping asam gelugur
Cara-caranya:

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
Selalu kacau santau agar tidak berketul.
Selepas nenas empuk, masukkan garam gula secukup rasa.


Father in Law aku suka ni..
Nyums..

:)


Wabak Ebola di Midvalley Megamall?

Kalau korang ada whatsapp, mesti akan ada group yang share gambar budak yang kaki dia menggelembung tu kan? Lepas tu ada short story yang mengatakan, sepupu budak tu kot, kata benda tu jadi lepas budak tu balik dari jalan-jalan dekat midvalley, dan itu adalah ebola.

Itu adalah cerita fake.
Hoax.

Sebab ebola tidak boleh transfer melalui udara dan air.
Hanya bendalir badan.

Ini adalah keterangan dari KKM.



Main-main eh..
Ingat best ke buat orang ramai gempar.

Aug 12, 2014

Robin Williams Meninggal Pada Usia 63

Oscar-winning actor and comedian Robin Williams has died at age 63.



According to police in Marin County, Calif., Williams was found "unconscious and not breathing" just before noon Monday inside his home in Tiburon, Calif., following a 911 phone call. He was pronounced dead at 12:02 p.m. after emergency personnel arrived. They added that the actor was last seen alive at 10 p.m. Sunday.
An investigation into the cause of the death is underway, but "the Sheriff’s Office Coroner Division suspects the death to be a suicide due to asphyxia." A forensic examination is scheduled for Tuesday, along with a press conference that will be held at 11 a.m. in San Rafael, Calif.
Williams' publicist Mara Buxbaum told The Hollywood Reporter that Williams "has been battling severe depression of late. This is a tragic and sudden loss. The family respectfully asks for their privacy as they grieve during this very difficult time."
His wife, Susan Schneidersaid: "This morning, I lost my husband and my best friend, while the world lost one of its most beloved artists and beautiful human beings. I am utterly heartbroken. On behalf of Robin's family, we are asking for privacy during our time of profound grief. As he is remembered, it is our hope the focus will not be on Robin's death, but on the countless moments of joy and laughter he gave to millions."
Added David Steinberg, his manager of 35 years: "Nobody made the world laugh like Robin Williams. My brother, my friend, my soulmate, I will miss you."
Williams, a four-time Oscar nominee, won a supporting actor Oscar for Good Will Hunting for his portrayal of a wise and morose psychologist. He most recently starred in CBS' comedy The Crazy Oneswhich lasted only one season. He was nominated for a People's Choice Award for his role as an advertising executive on the comedy, in which Sarah Michelle Gellar played his daughter.
Crazy Ones production company 20th Century Fox TV said in a statement: “Robin Williams was a comedy giant, and although we only knew him personally for a season, he was warm, funny and a true professional. His cast and crew both loved him and loved working with him, and our hearts go out to his family and friends. He was one of a kind.”
Added CBS: “Our world has lost a comic genius, a gifted actor and a beautiful man. We will remember Robin Williams as one of the unique talents of his time who was loved by many, but also as a kind, caring soul, who treated his colleagues and co-workers with great affection and respect. Our heartfelt thoughts and sympathies go out to his family, loved ones and friends.”
Williams also recently starred in the feature Angriest Man in Brooklyn opposite Mila Kunis, Melissa Leo and Peter Dinklage. His next project is the feature film Night at the Museum: Secret of the Tomb, the third film in the trilogy, which is set to hit theaters Dec. 19 via 20th Century Fox.
Said the studio in a statement: "There really are no words to describe the loss of Robin Williams. He was immensely talented, a cherished member of our community, and part of the Fox family. Our hearts go out to his family, friends and fans. He will be deeply missed.”
In addition to his Oscar, Williams won two Emmys, four Golden Globes, five Grammys and two SAG Awards.
Said SAG-AFTRA president Ken Howard: "I am deeply saddened to hear of Robin Williams' death. He was a performer of limitless versatility, equally adept at comedy and drama, whether scripted or improv. With his incomparable manic style, he could appeal to adult sensibilities in a stand-up comedy routine or elicit giggles from children as the voice of Genie in Aladdin. Outside of his career, he used his considerable talents to raise money for charity. He was not only a talented man, but a true humanitarian. It's such a tremendous loss."
Williams recently checked in to a renewal facility affiliated with the 12-step program in a move to focus on his ongoing sobriety. The actor has been open about his issues with drinking and cocaine during the early 1980s and sought treatment in 2006 for alcohol abuse.
"[Addiction] waits. It lays in wait for the time when you think, 'It's fine now, I'm OK.' Then, the next thing you know, it's not OK," he told Diane Sawyer in an interview on Good Morning America at that time.
Hollywood mourned the actor on Twitter after news broke Monday afternoon.
A dazzling comic force, Williams' brilliance often intimidated other comedians. His improv skills were unparalleled and stupefying: Williams could wing off the cuff better than any of his peers. He burst through the stand-up world into television, captivating audiences with his portrayal of the endearing extraterrestrial Mork in the late '70s series Mork & Mindy. He first limned the Mork role as a guest star on Happy Days.
"I will never forget the day I met him and he stood on his head in my office chair and pretended to drink a glass of water using his finger like a straw," Happy Days and Mork & Mindy creator Garry Marshallrecalled in a statement to THR. "The first season of Mork & Mindy I knew immediately that a three-camera format would not be enough to capture Robin and his genius talent. So I hired a fourth camera operator and he just followed Robin. Only Robin. Looking back, four cameras weren’t enough. I should have hired a fifth camera to follow him too."
His rapid-fire delivery bespoke a warp-speed, associative intelligence. “The mystery is in the motion: What miracle of the synapses got him from point A to point Z? At once a satirist, a comedian and a superb actor, this one-man repertory company dashes from mask to mask, voice to voice, like a man possessed by comic demons,” David Ansen wrote in Newsweek in 1986.
Williams' first comedic film role was the lead in Robert Altman's live-action Popeye (1980), which received mixed reviews. He went on to delight audiences in a long string of big-screen comedies, including 1993's Mrs. Doubtfire and 1996's The Birdcage. He also lent his voice to Disney's animated classic Aladdin (1992), playing the Genie, a part written specifically for him.
He found success as a dramatic actor as well, delivering stirring performances in such films as Dead Poets Society (1986), where he played an inspirational prep-school teacher who takes on the stuffy administration, and Good Morning, Vietnam (1987), in which he played an irreverent disc jockey on the Armed Forces Radio Network during the Vietnam War. He also portrayed serious and complex characters in Awakenings (1990) and The Fisher King (1991) and tapped into a darker side playing psychologically maladjusted characters in Insomnia and One-Hour Photo. Williams scored Oscar nominations for his roles in Good Morning, Vietnam; The Fisher King; and Dead Poets Society.
He showed his versatility in a wide range of films including The World According to Garp (1982),Moscow on the Hudson (1984), Hook (1991), Patch Adams (1998), Flubber (1997) and Toys (1992). Given his childlike charm, he played boyish characters in Toys (1992), Jumanji (1995) and Jack (1996).
He also did a number of movie cameos, including in The Adventures of Baron Munchausen (1989),Dead Again (1991) and The Secret Agent (1996).
Robin McLaurin Williams was born in Chicago on July 21, 1951. He was raised in affluence, but he was brought up, as he admits, by the maid. He developed comedy to please his mother. The family eventually moved to the San Francisco Bay Area, where Williams graduated from high school.
He studied political science at Claremont Men's College and entered College of Marin to study theater. He won a scholarship to study at Juilliard in New York, where he spent three years under the tutelage ofJohn Houseman and others. He returned to San Francisco before graduating. His goal was to become a dramatic actor but he could not get a foot in the door. He turned to stand-up comedy, supporting himself by tending bar and working at an ice cream parlor.
Williams moved to Los Angeles and enthralled at open mic nights. He became a regular at such clubs as The Improv and The Comedy Store. He got spots on such TV shows as the Richard Pryor Show andAmerica 2-Night.
His big break came when the producers of Happy Days decided to add an alien to the show. Williams won an audition. He guest-starred on a 1978 episode that brought in avalanches of fan mail. Based on the outpouring the network decided to create a spinoff series, Mork & Mindy. The sitcom, featuring Williams as a good-natured alien from the planet Ork, afforded him great opportunity to improvise. It was hugely popular, even leading to the production of a talking Mork doll, which spouted such phrases as "nanu-nanu," Orkian for hello.
Williams' spellbinding delivery vaulted him from a complete unknown to national fame. Self-admittedly, fame arrived too fast, and he careened through a period of drug and alcohol abuse. His first movie role, in Popeye, was disappointing. But in his second role, he showed his charm as a young writer in The World According to Garp.
He performed in the mid-1980s in a series of mediocre movies including The Survivors (1983), The Best of Times (1986) and Club Paradise (1986)He excelled as a Russian saxophone player who defects in Bloomingdale's in Paul Mazursky's Moscow on the Hudson (1984).
He hit his movie stride with Good Morning, Vietnam (1987) where his comic versatility as an anti-authority G.I. disc jockey played to his manic, improvisational strengths.
Like the best of comics, Williams, at heart, was utterly serious. He was a driving force in Comic Relief to benefit the homeless. Many of the specials aired on HBO.
"Robin Williams graced HBO for so many years with his uncommon gifts," the network said in a statement. "He never failed to elevate his art and did so with a full, generous and loving heart.  Always humble and gracious, Robin was a prince and holds a special place in all our hearts."
Williams was awarded the Chicago international Film Festival's Lifetime Achievement Award in 2004.
More recent film credits include: Deconstructing Harry (1997), Patch Adams (1998), Bicentennial Man(1999), Death to Smoochy (2002), The Final Cut (2004), House of D (2004), The Big White (2005),Everyone's Hero (2006), Man of the Year (2006), Night at the Museum (2006) and its sequel (2009),License to Wed (2007), August Rush (2007), World's Greatest Dad (2009) and Happy Feet (2006) and its sequel (2011).
He executive produced and starred in Jakob the Liar (1999), a story of life in a Nazi-occupied Polish ghetto.
He married Schneider, a graphic designer, on Sunday, Oct. 23, 2011, at the Meadowood Resort in Napa Valley.
It marked the third marriage for Williams, who has three grown children: Zachary, from his first wife,Valerie Velardi, and Zelda and Cody, from his second union, with Marsha Garces, who filed for divorce in 2008.
The full statement from Marin County police, released Monday, is below.
On August 11, 2014, at approximately 11:55 a.m, Marin County Communications received a 9-1-1 telephone call reporting a male adult had been located unconscious and not breathing inside his residence in unincorporated Tiburon, CA. The Sheriff’s Office, as well as the Tiburon Fire Department and Southern Marin Fire Protection District were dispatched to the incident with emergency personnel arriving on scene at 12:00 pm. The male subject, pronounced deceased at 12:02 pm has been identified as Robin McLaurin Williams, a 63-year-old resident of unincorporated Tiburon, CA.
An investigation into the cause, manner, and circumstances of the death is currently underway by the Investigations and Coroner Divisions of the Sheriff’s Office. Preliminary information developed during the investigation indicates Mr. Williams was last seen alive at his residence, where he resides with his wife, at approximately 10:00 pm on August 10, 2014. Mr. Williams was located this morning shortly before the 9-1-1 call was placed to Marin County Communications. At this time, the Sheriff’s Office Coroner Division suspects the death to be a suicide due to asphyxia, but a comprehensive investigation must be completed before a final determination is made. A forensic examination is currently scheduled for August 12, 2014 with subsequent toxicology testing to be conducted.
http://www.hollywoodreporter.com/news/robin-williams-dies-suspected-suicide-724724

Bye Robin Williams.. :(
Sedih la..
Baru je tengok RV haritu..
Tau tau pagi ni dia dah meninggal sebab disyaki bunuh diri..
:( :( :(

Aug 11, 2014

Tuxedo Baby

Hahah..
Aku beli online. Lama dah, dari adam dalam pantang lagi..keh keh..
Actually dia adalah sejenis jumper.
Design corak dia je macam tuxedo kononnya..

Sajalah bagi si masam tu pakai tido malam tadi sebab kain dia lembut dan tak panas..
Lepas tu tadi masa hantar kat rumah pengasuh, punyalah gelak kak ima tu hahaha!








Tetiba nak show off baju jumper anak kan?
Tah hape hape tah..

Aug 10, 2014

Kalendar dan Senarai Cuti Am Malaysia 2015

Saja nak share kalendar 2015 yang ada senarai cuti sekolah dan cuti am, so kepada yang nak bercuti bolehlah merancang..

Boleh klik gambar untuk besarkan.

Sama kan ayat macam last year?
Hahahah..

Asal korang faham sudeh ;)



Sumber dari Whatsapp.

Aug 8, 2014

Darah Adam

Ya Allah..
Allah SWT saja yang tahu betapa hancur luluh hati kami suami isteri malam tadi.

Adam dah mengantuk sangat, dah banyak kali sebenarnya dia jatuh terduduk.
Lepas tu ayah dia ajak masuk buai, dia ingat ayah dia nak bergurau dengan dia..

Dia punya semangat berlari, tersadung, tersembam ke lantai.
Padahal jalan pun tak stabil lagi, dah nak berlari.

Masa tu lampu dah tutup.
Adam dah meraung.
Aku tergamam.
Zaimi lari pergi bukak lampu.
Ingatkan setakat terhantuk dahi.

Sekali...

Menyembur2 darah keluar dari mulut adam..
Masa tu kami tak tau darah tu samada bibir pecah ke, gigi patah ke atau hidung.

Kau bayangkan, hidung ke bawah muka anak aku habis berdarah.
Dah yang pekat likat.
Merah!

Allah..
Aku dah terketar-ketar..
Kami bawak pergi sinki, adam taknak bagi kerjasama, dia larikan muka dia bila kami nak lap.

Aku dah nangis2.
Baju zaimi dengan baju adam habis merah darah.
Banyak sungguh darah!

Dekat 30 minit jugaklah kami struggle nak settlekan..
Dapatlah lap semua darah..tukar baju semua..

:(

Masa tu aku berdoa sangat.. janganlah gigi yang patah..
Gigi dahlah baru nak keluar..

Lepas dah reda semua..
Bagi ubat gripe water tu..

Adam dah tenang.. dan tertidur..
Tapi bila nak check mulut dia, dia menangis balik sebab tak cukup lena lagi agaknya..
Takpelah, aku cakap kat zaimi malam sikit aku check..
Sementara tu kitorang sapu VCO dekat dalam mulut dia..

Memang malam tadi, adam bangun setiap jam..

"mak..mak...ehekk ehekk"

Bila dengar je bunyi tu aku akan peluk cium dia..usap kepala dia..
Sambil aku bisik kata "mak ada ni.. ada jangan takut ye.. adam kuat.. mak tau adam kuat..."
Sambil aku pun nangis :(

Lepas tu dalam pukul 2, aku suap susu..
Habis 7 oz.. Lepas tu baru nampak dia macam lena sikit..
So aku pun suluhlah mulut dia..





Bawah tak teruk sangat..
Atas teruk..
Alhamdulillah luka dah kering..
Bagus VCO tu, memang serasi dengan adam..
Lagipun VCO tu memang yang boleh dimakan, jadi tak risau sangat nak sapu walaupun dalam mulut..

Lepas suluh aku sapu lagi sikit, kali ni lagi sekata sebab mula-mula tadi adam menggelupur..
Bibir atas dia memang bengkak sikit..
Dahi pun ada lebam sikit..

Alhamdulillah pagi tadi dah ok..
Tapi tu lah, dah lupa kot kat sakit tu, pagi tadi berlari lagi, panjat basikal lagi..
Haih la anak emak..

Pengalaman Bersalin Induce

Hai semua,

Gambar Hiasan


Ada juga yang bertanyakan pengalaman bersalin secara induce / bersalin paksa ni.
Ye itulah pengalaman bersalin aku dulu.

Aku ada cerita dah dulu, karang kalau cerita balik, sama je isinya.

Jadi, bolehlah klik sini untuk entry berkenaan bersalin induce aku tu.

::Bersalin Induce di Hospital Putrajaya::


Aug 7, 2014

Apa itu Wabak Ebola?




Pengenalan Ebola

Ebola  adalah sejenis virus  dari genus Ebolavirus , familia Filoviridae , dan juga nama dari penyakit yang disebabkan oleh virus tersebut. Ianya dijumpai pada tahun 1976, di Sungai Ebola, di Kongo. Kebanyakan kes adalah berlaku di Barat Afrika terutamanya di Guinea, Liberia, Sierra Leone, dan Nigeria.


Cara berjangkit

Ianya berjangkit apabila badan kita terkena dengan cecair orang atau haiwan yang dijangkiti virus ini. Cecair badan termasuklah air liur, najis, air kencing, dan darah. Haiwan yang biasa terkena ebola ialah dari jenis primat iaitu seperti monyet.


Masa Inkubasi

Masa inkubasi adalah daripada tempoh 2 hari hingga 3minggu. Ini bermakna, apabila seseorang terdedah kepada virus ini, seseorang akan hanya mendapat gejala-gejala bermula daripada 2 hari hingga ke 3 minggu.


Gejala-gejala yang timbul

Virus Ebola adalah sangat virulen, bermaksud boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi jika dijangkiti. Antara gejala- gejala yang timbul ialah bermula dengan sakit-sakit badan, rasa lesu. Kemudian pesakit akan mula demam. Ianya berlaku dengan cepat. Sebagai contoh jika rasa sakit-sakit badan pada waktu pagi, pada waktu petang pesakit akan mula mendapat demam, batuk-batuk, cirit-birit dan muntah dan ruam-ruam di badan.




Pengesanan awal
Penyakit ini agak sukar untuk dibezakan dengan penyakit-penyakit lain, kerana gejalanya adalah sama seperti penyakit lain yang agak biasa seperti jangkitan demam selsema, pneumonia, denggi, dan malaria.
Perkara yang membezakan ialah sejarah pernah melawat tempat-tempat yang berlaku wabak Ebola. Sampel darah akan diambil dan akan diuji di Makmal Kesihatan Awam untuk mengesahkan penyakit ini.


Langkah-langkah pencegahan

Berdasarkan maklumat sedia ada dan daripada pihak WHO (World Health Organization), National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) telah membuat analisa risiko ke atas kemungkinan penularan wabak ini di Malaysia masih lagi rendah jika dibandingkan di Afrika Barat. Setakat ini, tiada kes ebola yang dilaporkan di Malaysia.

Jika anda pernah melawat kawasan-kawasan yang diserang wabak ebola ini, sila laporkan di pintu masuk Imegresen. Jika anda mendapat gejala-gejala ini, silalah segera ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran.

Setakat ini, belum ada ubat atau vaksin yang boleh mencegah penyakit ini.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia, www.moh.gov.my  dan Facebook CPRC.

Sumber: Emel dari Nur Asyhraff Mohd Noor, UiTM.


Bersamalah kita berdoa agar dihindari dari penyakit..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...