Pages

Jul 30, 2014

Rabu Resepi | Sotong Goreng Berempah

Selamat Hari Raya semua..
Macam mana makanan raya?
Sedap?

Ke dah muak dah makan ketupat rendang 2 hari ni?

Kalau dah boring dengan makanan raya semua tu, rasa nak ubah selera,
bolehlah masak sotong pulak kan untuk seisi keluarga?

Bolehlah try resepi emak aku ni, Sotong Goreng Berempah.
Kalau jadi, insyaallah sedap!

Gambar pinjam


Bahan-bahannya:

500g sotong putih
250g rempah kari
50g daun kari
50g cili boh
50g bawang besar (agak2)
20g bawang putih (agak2)
2 batang serai
1 inci halia
150g kacang peas
Sedikit serbuk perasa
Minyak masak secukupnya
Sedikit cili merah, cili hijau dan tomato untuk hiasan (optional)
Cara-caranya:

Kisar bawang besar, bawang putih dan serai. (Bahan tumis)
Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis, dan gorangkan sehingga wangi.
Bila minyak sudah naik, masukkan sotong dan biarkan lebih kurang 10 minit.
Sesudah itu, masukkan bahan hiasan tadi.
Letak sedikit garam dan serbuk perasa, dan dikacau rata.


Ummpphhh!!
Sambil taip ni pun dah terbayang-bayang..

:)



Jul 29, 2014

Selamat Hari Raya

Tahun ni raya KB.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,  maaf zahir dan batin, halal kan makan minum atau apa2 yang terambil ke..hehe..

Semoga raya kali ini membawa seribu kebahagiaan kepada semua.

Jangan lupa panjatkan doa kepada saudara kita di Gaza dan mangsa mangsa MH370 dan MH17.

:)

Jul 23, 2014

Rabu Resepi | Puding Gula Hangus

Helo puan puan *dagu macam chef wan*

Minggu lepas aku skip segment ni, saja je..
hee..

Minggu ni nak kongsi resepi Puding Gula Hangus pulak..
Seperti biasa, gambar pinjam dari blog orang..




Bahan-bahannya:

2 cawan gula pasir,  1 cawan dihanguskan dan dicampur dengan 1 cawan air
1 tin susu cair
4 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit marjerin

Cara-caranya:

Pukul gula yang tidak dihanguskan bersama telur sehingga kembang.
Kemudian, masukkan susu dan tepung kastard, kacau hingga sebati.
Sapu acuan dengan sedikit marjerin, dan masukkan gula hangus tadi.
Masukkan pula adunan sebati tadi, dan kukus sehingga masak.
Sesudah masak, sejukkan.


Senang bukan?
Bolehlah nak buat sendiri bulan-bulan puasa ni, kalau nak beli kat Bazaar satu slice tu RM2 gak kan..

:)



Jul 21, 2014

Adam Zuhairi dan Neneknya | Part II

Ni Sabtu lepas, saja keluar bawak Adam jalan-jalan pergi Tesco Semenyih dengan tokwan dan nenek dia..
Beli beli barang sikit..

Lepas tu, dalam kereta masa on the way balik, dua bercucu ni nak berposing pulak..
Haha..

Layanzz..







Budak manja..

Sementara tunggu nenek dengan tokwan dia bayar barang kat Tesco tu, aku bawaklah dia kat tempat arcade mainan tu..
Ingatkan nak bagi adam main la..
Ala selalu dalam rm1 -rm3 macam tu aje..

Rupanya kat tesco semenyih pelik!
Kau kena beli prepaid card untuk arcade tu..
Paling murah rm20.
Nanti, masa anak kau nak main, kau kena tap kad tu kat mainan tu, dia ada box macam kad touch n go kat tol tu..

Terus cancel plan..
Yelah..
Bukan selalu bawak adam pergi situ pun..
Membazir je nanti..

Makanya.. adam duduk ajelah..
Dia tengok je budak kat mainan sebelah dia duk main.. benda tu gerak-gerak..haha!
Biarlah adam..budak tu mak dia banyak duit..hew hew hew..




Adam kira ok lah sebab tak kisah, maybe kecik lagi kot.
ada sorang budak perempuan tu, dalam 3 - 4 tahun kot, bapak dia ajak balik, dia taknak.
Dia punyalah mengada, dia barang sambil hentak-hentak kaki sambil berputar ikut arah jam.
Boleh bayang?
huhu..
kalau adam buat macam tu esok, aku piat!


Pagi tadi bangun tidur terus tengok awani..
Macamlah faham kan.. haha..
Tapi khusyuk je..
Serius je muka dia..

Macam tau-tau je berita tu sedih..
Pasal MH17..
Bila aku pangil-panggil dia nak amek gambar, muka sangat marah ok!


Sabar je lah!

Jul 20, 2014

Senarai Penuh Penumpang MH17 yang terkorban

Sedihnya Ya Allah...

:(

Senarai penumpang tu boleh klik sini.

Ala, banyak dah site lain share, tapi kot-kot ada yang tersesat ke blog aku ni.

Takziah diucapkan untuk keluarga mangsa..
Luluh hati tengok gambar-gambar semua..

:(




Sedihnya :( :( :(

Paling sedih tengok gambar baby tu.. :(

Astarghfirrulahalazim..

Jul 18, 2014

Selamat Jalan Elin Sayang...

Hari ini adalah antara hari yang sedih dalam hidup aku..
Selain aku turut bersedih dengan:

1) Uncle Sim dibuli.. (malu sebenarnya dengan perangai Kiki Stereng Lock)
2) Gaza dibom racun..
3) Sabah darurat..
4) MH17 ditembak, meletup dan terhempas..


Dan yang paling sedih adalah, kucing kami Elin, telah mati setelah tiga hari nazak..

:(


Mungkin ada yang cakap, kucing je.
Kenapa nak sedih?

Tapi bagi kami, kucing adalah famili.
Kami bela Elin dah 10 tahun.
Dah macam adik.
Macam-macam kenangan..

Aku ingat masa aku mula-mula blogging, aku ada buat blog untuk Elin..
Masa tu aku banyak masa free..
Agak famous blog tu, di kalangan blogger kucing juga..
Bukan dalam Malaysia ye, komuniti tu dari seluruh dunia..

Lepas tu aku dapat kerja, blog Elin memang terabai..

Elin pun makin lama makin sakit..
Tapi bulan ni yang dia nampak teruk sangat.
Bulu dia tak terurus..
Dia asyik keluar.. pergi lepak rumah jiran..
Dia macam bawak diri..

Emak kata dah bawak dia pergi Vet, disahkan Elin punya buah pinggang dah rosak teruk..
Dari hari Rabu lagi mak kata, Elin dah tak boleh gerak..
Muka dia pun dah nampak lain..
Semalam dia masih bernyawa, cuma dia tak mampu bangun, tak boleh makan, minum semua tak boleh..

Pagi tadi, 8.30 pagi lebih kurang..
Elin dah pergi meniggalkan kami sekeluarga.....

:( :( :(


Sedihnya hanya Allah yang tahu..



Ini gambar terakhir Elin sebelum dia mati tadi..
Memang bersih je muka dia sebelum dia mati ni..
Mak kata, tahi mata pun dah tak ada lepas mak lap kan hari tu..


Selamat disemadikan..
Tanam kat tepi rumah mak dan abah..

Janganlah ada yang pertikai kenapa letak bunga atas kubur kucing pulak..
Itu nak bagi tanda supaya tahu kat mana tanam je..
Sebab aku dengan oboi tak ada kat rumah..
Esok baru aku balik..
So esok aku mesti tanya mak, tanam kat mana..
Senanglah nak carik nanti..
Saja nak tengok kubur ..ingatan terakhir..

:(


Dah dua kucing mati setelah lama kami bela..
Few years back, Boody.
Mati lepas 17 tahun kami bela..
Hari ni, Elin pulak..

:(



Jul 17, 2014

Tips Rawat Puting Luka Akibat Susukan Anak (Nipple Melecet)


Saja go thru internet harini, baca sana baca sini..
Terasa nak share tips macam mana nak hadap puting luka sebab susukan anak kecik.
Kalau bahasa biasanya, orang akan mengadu tetek luka.

Ramai sebenarnya yang mengalami masalah ni, especially bila baby kita dah tumbuh gigi.
Dia akan saja je main-main kulum puting emak dia, sambil gigit gigit.
Dia buatnya puting emak dia macam teether.
Malah lagi best kot?
Lembut, lepas tu susu pun ada, kenyang.

Sabar je lah wahai ibu-ibu sekalian..memang macam tu prosesnya.
Tapi, nak hadap pedih kat nipple tu bukan calang-calang jugak kan?


Berdasarkan pembacaan aku kat beberapa blog tadi, rumusannya lebih kurang macam kat blog ~dalamdiri~ ni.

Jadi, aku post semula kat sini:

1)Sapu nipple dengan susu badan. Dedahkan pada udara. Lakukan sekerap mungkin.

2)Atau sapu minyak gamat

3)Beli nipple cream kat farmasi, brand cocoa butter.

4)Bepanthen ointment..  sebelum BF baby ,bersihkan nipple dulu.

5)Guna `PURELAN 100` Medela. Boleh beli di Smart Baby., Banyak farmasi takde, 1 hari nipple dah ok, safe for baby.

6)Ikut petua arwah opah... Letak madu di keliling nipple... Sapu..dan biarkan..sampai ank bf. Sapu dulu baru bf anak...insyallah ok

7)Jangan lupa makan vitamin yang dibekalkan doktor, untuk menggalakkan penyembuhan luka.



Yang Bepanthen Ointment tu, kawan aku pun ada suggest. Dia memang actually nappy cream, tapi memang berkesan katanya. Sakit kurang dalam masa singkat.

Dia kata seeloknya, sapu ointment tu sebelum pakai bra. Macam nak pergi kerja ke kan, ha sapulah.
Sebelum pump, atau sebelum breast feed anak, bersihkan dulu..


Semoga tetek nipple/ puting *lagi sopan katanya* ibu-ibu sekalian pulih.

:D


Jul 16, 2014

Wordless Wednesday




Jul 14, 2014

Oh Anak Emak

Sedih dan pilu je lately sebab bukak Facebook, banyak sangat gambar-gambar anak kecil Palestin yang mati dalam keadaan yang sangat mengerikan. Tak terbayang sedihnya kena hadap semua tu..

Doa saja yang mampu aku kirim untuk saudara Islamku disana..
Semoga Yahudi menerima laknat dari Allah!

Bila tengok gambar-gambar ngeri tu, terus tengok anak sendiri..

Betapa bertuahnya aku dan adam.
Syukur Allah..

Tak ada mood nak menaip sangat..

Asyik nak tengok dan tenung gambar Adam je..





Jul 13, 2014

Selfie dengan Khairy Jamaludin

Haha..
This was last night..
Aku baru balik dari pergi kursus..

Semua kawan lain yang pergi kursus tu dengan aku, dah muat dalam satu teksi ni.. nak balik campus balik lah kan.. lepas tu masa aku nak masuk dalam teksi tu, ada sorang lelaki ni duk rebut teksi jugak dengan aku, aku benganglah! Aku masuk jugak, duduk tepi tingkap. Kiranya dah muat la 3 orang duduk belakang kat dalam teksi tu kan.

Lepas tu, lelaki tu masuk jugak. Duduk sebelah aku. Dah 4 orang kat belakang. Agak sempit lah jugak. Aku memang hangin dah. Memang nak bahasa je mamat sebelah aku ni. Dahlah entah sape2, menyibuk pulak nak rebut teksi.

Elok2 aku nak maki, sekali aku tengok lelaki tu adalah Khairy Jamaludin!

Omg! Omg!

Kj! Kj!

Oh emmm jiii!!

Terus tak jadi marah!
Wow.. KJ is sitting next to me... woooooot!

Apa lagi, harus dirakam detik best ini kan!
Keluarkan handphone,  aku pun selfie lah dengan KJ dua tiga das..

Dah nama pun sempit dalam teksi tu kan, jadi jarak muka macam dekat lah jugak..

Lepas tu aku tak sedar apa, tiba-tiba aku dah ada kat rumah..
Zaimi macam perasan aku duk tersengih2 semacam je.. dia tanya.

Aku cakap takde apa.

Dia macam curious.
Dia perasan aku asik scroll sesuatu kat handphone.
Lepas scroll sengih.
Actually aku asyik tengok gambar aku dengan Khairy Jamaludin tu kan.

Lepas tu zaimi mintak handphone aku.
Aku tak mau kasik.
Dia lagilah bertambah pelik.
Dia macam nak rampas je dari tangan aku.
Aku dah cuak. So aku lari naik atas.
Zaimi kejar sambil kata Bak Sini! Bak Sini!

Aku lari pulak naik tingkat 3 rumah aku.
Aku menyorok kat bilik piano.
Zaimi ketuk2 pintu dari luar sebab aku kunci dari dalam.

Lepas tu aku dengar KJ jerit dari pintu utama rumah aku, suruh zaimi jangan marah aku. Katanya bukan salah aku sorang. . Salah teksi tu katanya..

Lepas tu aku dengar mak aku pulak panggil, katanya dah pukul 5 suku pagi.. sahur dah nak imsak.

Aku?
Terpisat2 duduk atas tilam toto sebelah adam dekat ruang tamu rumah emak aku.

Tiada KJ.
Tiada scene kejar mengejar.

Dan itulah mimpi aku yang paling sengal setelah sekian lama tak mimpi sengal.
Kejadahlah tiba2 Yb KJ nak rebut teksi pastu selfie ngan aku kan.

Hahahahahahaha..
Adess...

P/s: mesti sebab semalam balik lambat punya pasal.. best woa sekali sekala dating berdua dengan suami tercintaku.. ♡♡♡

Jul 11, 2014

Pewangi Pengoda Lelaki Khas Utk Wanita

Ada emel dari Rogayah.
Rogayah mana entahlah.

Tajuk emel dia seperti kat atas tu lah.
Pewangi Pengoda Lelaki Khas Utk Wanita



Bukan Rogayah je.
Ramai lagi yang spam emel aku dengan tajuk yang sama.

Entah hape hape.
Buat penat nak delete je.

Minyak Wangi Pemikat Lelaki PheroMiss merupakan minyak wangi pheromone termoden yang di cipta khas untuk wanita 
Dengan Memiliki PheroMiss Anda Pasti Mampu....* Menggoda dan Menarik Perhatian Jejaka Pilihan Anda
* Lelaki Akan Lebih Selasa dan Seronok Dengan Bau Badan Anda
* Lelaki Yang Mendekati dan Menghidu Wangian Ini Akan Terasa Lebih Ghairah
* Memiliki Daya Memikat Yang Unit dan Tiada Tandingannya.
* Aura Positif Jika Bersama Rakan Anda
Amboi amboi..
Bukan main...
Hahahahah!

Sukahati kau lah Rogayah..


Jul 10, 2014

Percubaan Budak 1 Tahun Lari Dari Rumah

Haha..
Ini masa Ahad lepas..
Saja biar adam main dekat porch..
Zaimi duduk tepi ala-ala baywatch je..
Aku pulak malas nak pakai tudung, so duduk kat grill je..

Terkedek-kedek lah budak kecik ni berjalan..
Ke sana ke mari..
Saja biar dia practice kaki dia tu..

Lepas tu, tiba-tiba adam dapat ilham pulak..
Ilham nak lari dari rumah..








Elok je dia bukak gate tu..
Haih la..
Bahaya betul..

Dia tengok apa kita buat, itu lah dia nak buat..

Jadi korang pun hati-hatilah, kalau tak ada pengawasan, mangga lah gate korang..

Hew hew hew...

Jul 9, 2014

Dulu aku power

Gambar pertama bila aku google image perkataan power


Aku check Yahoo mail tadi.
Ada 1 email ni, dari tumblr.
Katanya, blog aku kat tumblr tu dah 4 tahun dah umurnya.



Gila kau!
Aku tak ingat langsung aku ada tumblr.
Hahahaha!

So aku pun log in lah kan.
Tengok ada 72 post dalam blog tu.
Ok, dah sedikit panas dah muka masa tu bila baca last post kat tumblr tu.

Scroll lah kesemua 72 post.

Erk..

Wow!

Boleh tak aku nak kagum dengan aku yang dulu.
Syazni yang buat tumblr tu.
A bit lah kan aku punya bangga tu.

Sebab apa, sebab susun atur, bahasa dan cara aku menulis masa tu nampaklah macam seorang rakyat Malaysia yang pergi ke sekolah dan belajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan bersungguh-sungguh.

Sekarang?
Hamagad...

Aku masih minat dengan penulisan.
Minat giler kot.

Tapi sejak kerja aku macam susah nak terjemah ayat berselirat dalam kepala aku ni.
Sekarang memang tatabahasa dan pemilihan perkataan pun haru biru, kacau bilau semua.

What happen to me?

Tiba-tiba aku dapat semangat nak menulis macam tu balik.
Well, bukanlah tulis novel ke apa, walaupun itu impian kan,
Tapi write in a proper way.

Akan dicuba.

p/s: Eh apa ni sehari sampai 3 entry..hahah.. sukati la :P


Brazil kah ayam kah?

Terkejut giler masa bangun sahur tadi..
Tengok semifinal World Cup 2014.
Game Brazil lawan German.

Masa aku bukak tu, German dah lead 5 gol, Brazil 0 lagi.
Serius macam tak percaya..
Brazil kot!
Dahlah main kat tempat sendiri..huhu..

Takda rezeki la tu..
Rezeki German nak pergi final..

Foto

BELO HORIZONTE: Jerman mencalar maruah Brazil, sebentar tadi apabila membelasah tuan rumah itu 7-1 untuk layak ke final Piala Dunia pada hari yang menyaksikan Miroslav Klose melakar rekod baru muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam temasya global ini.
Belum pernah Brazil menanggung kekalahan besar seperti ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dengan benteng rapuh sebegini ketika membenarkan jentera serangan Jerman menjaringkan empat gol dalam tempoh 18 minit pertama babak pertama dengan tiga daripada hanya dalam 179 saat sahaja.
Thomas Mueller membuka tirai jaringan pada minit ke-11, Klose selepas 23 minit untuk mengumpul jumlah gol peribadi dalam Piala Dunia kepada 16.
Toni Kroos menambah derita dengan gol minit ke-24 dan 26, Sami Khedira (m-29) dan pemain gantian, Andre Schuerrle menambah dua lagi selepas rehat (m-69 dan 79). Oscar menyumbat gol sagu hati Brazil pada minit ke-90. - AFP (SUMBER)

Kecoh kot satu dunia..
hew hew hew..



Rabu Resepi | Puding Sagu

Hai puan-puan sekelian!
Puasa tak?

Harini nak share resepi yang simple je,
yang boleh membantu puan-puan sekelian agar tak perlu pergi bazar ramadhan.. haha!

Puding sagu.

Gambar dari blog lain


Trust me, sedap weh!
Kalau jadilah korang buat..
Kalau tak jadi jangan salahkan aku ye..

Resepi ni dari emak,

Bahan-bahannya:

1/2 kilogram sagu biji
3 gelas air masak
1 senduk gula
1/4 biji kelapa
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna merah (ikut sukalah nak warna apa sebenarnya)

Cara-caranya:

Bersihkan biji sagu, dan toskan.
Masak gula bersama air sehingga gula hancur.
Setelah mendidih, masukkan sagu dan pewarna.
Kacau hingga kembang, dan angkat untuk disejukkan.
Boleh digaul dengan kelapa dan garam setelah puding dipotong.


Siap!

Jul 8, 2014

Adam demam menjelang masuk umur 1 tahun 3 bulan

Hmm..
Semalam tak pasal-pasal je budak adam ni badan dedar..
Actually hidung dah berair dari hari jumaat, lepas balik bazaar ramadhan.

Menyesal pun ada bawak adam pergi bazaar tu.
Selalu aku dengan zaimi beli dulu baru ambil adam, tapi jumaat tu rasa nak try pergi yang senawang punya, so ambil la adam dulu..

Balik tu hidung berair..
Haih..

Balik semenyih weekend tu ok lagi, setakat hidung je la berair..
Bagi ubat sikit, dengan letak kunyit kat hidung dia nak bagi kurang hingus..

Dah kuning hidung..

Lepas tu sehari dua ni dia asyik menangis..
Bila menangis mulalah berair balik hidung tu..
Mana tak menangis, banyak gusi dah mengeras, gigi nak keluar..
Gigi depan dah keluar suku, yang atas, sebelah yang gigi kapak dua batang tu..
Gigi bawah pun sama..

Geraham pun dia asyik garu je..

Memang merengek je..
Kesian..
Aku bagi lah jugak gripe water tu..

Lepas tu pagi semalam cek suhu dia dah 37.1..
So aku pun EL dan bawak dia pergi Klinik Pakar Kanak-Kanak yang dekat Taipan Senawang tu..
Klinik tu ok, setakat ni adam memang nampak serasi dengan ubat-ubat dia..
Dr Liu tu pun ok je, cuma suara je perlahan sikit..hihi

Zaimi tak cuti, aku pun rasa adam dah besar, boleh kot pergi berdua je..
Alhamdulillah dia behave, cuma agak payah tang nak keluar masuk kereta lah kan.. sebab aku tak biasa lagi keluar berdua dengan adam..

Adam yang behave dalam klinik..
Lepas jumpa doktor, saja lah menyinggah ke Giant, nak beli barang sikit..
Macam biasa aku memang suka letak adam dalam trolley, suruh dia berdiri, sebab dia tak nak duduk kat tempat duduk budak yang ada kat trolley tu.. *eh pening giler ayat*

Lepas tu keluar lah lagu apa tah, adam pun naik sheikh goyang-goyang kepala..
Punyalah syok kot lagu tu bagi dia..
Tak sedar diri tengah demam, hayun punya hayun sekali tangan pun nak angkat joget jugak..
Gedebam!

Tak pasal2 tergolek dalam trolley..
Serius perasaan campur baur..
Kelakar pun ada, sedih of course lah kan sebab tengok adam nangis.. dan malu pun ada macam bebal benor tak reti jaga anak kan..huuuu

Beli apa yang patut, belikan mainan baru kat adam satu..
Kami pun gerak balik..
Sampai rumah sementara suap dia makan, dia main lah mainan baru dia tu ikut imaginasi dia sendiri..haha



Ubat Klinik Dr Liu ni sedap rasa dia..
So takda masalah adam nak makan..
Lepas makan ubat, tak nak gak duk rehat ke apa, stil duk berjalan lagi ke hulu ke hilir..
Last sekali dah pening.. kaki pun dah lembik, jatuh lagi..
Melalak lagi..
Baru nak peluk emak dia..
Gosok-gosok mata..

Kasi susu, masuk buai, tak sampai berapa kali enjut terus lelap..
So aku pun angkat letak atas toto..
Boleh tidur berjemaah dengan aku.. :P


Petang tu ayah balik, pergi beli juadah..
Takde dah la aku dengan zaimi nak bawak adam ke bazaar dah.. serik kot


Syukur adam tak demam melepek tu..
Still boleh jalan-jalan kejar kucing lagi tu..


:)

Jul 5, 2014

Perginya Biduanita Negara

Al-Fatihah untuk Sharifah Aini..
Semoga tenang di sana..
Meninggal 1.26am tadi akibat fibrosis kalau tak silap..


Salam Takziah..

Jul 4, 2014

Kereta Kecil Warna Merah

Last week balik Semenyih, rupanya mak dah belikan Adam kereta kecil warna merah!
Meriah bukan main dengan lagu lampu bagai..
hehe..


Ala kereta yang kena tolak dengan kaki tu..

Mula-mula dia macam takut2 jugak dengan kereta tu.
Tapi lama-lama dah okey sikit.

Abah suruh bawak balik rumah kitorang sendiri.
Sebab kalau tinggal kat rumah dia pun, Adam balik 2 minggu sekali je pun..

So bawak lah balik..

Adam memula buat tak tau je dengan kereta tu.
Jeling-jeling je pun.
Slow slow aku angkat dia letak atas kereta tu.
Picit-picit kan butang kat stereng tu..

Sekarang dia dah start main la kereta tu..

:)




Budak masam emak ni..

Jul 2, 2014

Rabu Resepi | Kek Teh

Hai uolls..
Harini ubah sikit tema kuih raya ni, kita buat kek raya pulak ok?

Ok tak?


Ceh.. aku ni bajet ada pengikut je segment ni..

hew hew hew..

Bedal sajalah..
Di dalam mindaku, ada orang baca resepi-resepi aku share ni..hahahah
Padahal bukan resepi invented sendiri pun..

Takpalah.. mana tau ada orang cari-cari resepi, tersesat masuk blog aku ni, adalah jugak inputnya ye tak?
hua hua..

Ok, fokus! :P

Bahan-bahannya:

240g buah-buahan kering campuran
120g kulit limau campuran
1/2 cawan air teh pekat (disejukkan dahulu)
180g mentega
180g gula perang
Kulit oren yang diparut (1-2 biji)
2 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk kayu manis (diayak dahulu bersama 1 sudu teh serbuk buah pala)


Cara-caranya:

Cincang buah-buahan kering dan kulit limau, dan rendamkan semalaman dalam air teh.
Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan berkrim.
Masukkan kulit limau dan telur, pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan pula buah-buahan, kaup dan balikkan bahan-bahan kering yang telah diayak.
Tuangkan adunan ke dalam acuan, dan bakar dalam ketuhar (175 darjah Celcius) dalam 50 minit.

Ok?

Ini resepi dari buku aku dapat dari Tesco..hee

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...