Pages

May 29, 2014

Panduan Tidur Suami Isteri...

...apabila dah ada anak kecik!

Hahaha..



Hadoi..
Memang lah, kalau dah ada anak kecik ni,

1) Kau tak kan dapat tidur straight macam zaman kau remaja. Sorrylah nak dapat habiskan 1 episod mimpi kau. Confirm tergantung je jalan cerita.

2) Kau akan selalu kena sepak, dengan anak kau. hehe..


Gambar ni memang real lah,
sapa dah ada anak kecik, korang mesti faham kan?
huhuhu..


Rindu budak lasak ni..
Padahal baru 2 jam tak jumpa..
Haih la anak..

May 28, 2014

Rabu Resepi | Kek Santan

Hai uolls, hari ni aku nak kongsi resepi kek pulak yang ada dalam buku resepi emak aku ni kan,
iaitu resepi kek santan.

Pernah dengar nama kek santan?
Ala yang hijau hijau yang lembut lembut tu.. kikiki..

Ha macam ni rupa dia.


Tapi ini bukan hasil tangan aku ye, ni aku ambil gambar dari blog orang lain, untuk bagi gambaran idea kat korang apa itu kek santan  ;)

Ok, resepinya:

Bahan-bahannya:

4 cawan tepung gandum
4 sudu teh baking powder
2 1/2 cawan santan dari 1 biji kelapa
Sedikit daun pandan
4 biji telur
2 cawan gula halus
Cara-caranya:

Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan sebati.
Ayakkan tepung gandum bersama baking powder.
Sesudah gula dan telur tadi sudah sebati, masukkan santan, kemudian kacaukan adunan.
Masukkan pula tepung dan baking powder yang sudah diayak tadi.
Kemudian, masukkan adunan ke dalam acuan, dan bakar pada suhu biasa membakar kek.

Selamat mencuba!

May 26, 2014

Akuarium Baru!

Ye..
Macam aku cakap haritu, zaimi dah beli akuarium untuk rumah baru kami...
Weehuuuu!!

Semalam siap bawak adam ke pudu beli ikan, memang heaven la situ kan, murah2 semua..
Siap beli hiasan akuarium lagi..

Besar jugaklah saiz akuarium baru laki aku ni, lamalah jugak air nak penuh..

Buat masa ni bela ikan kecik2 je dulu, plus lampam 2 ekor..

Arrghhhh leceh lah update blog guna handphone ni.. Lambat..

Aku attach gambar je lah ye..
Oh by the way, akuarium tu zaimi beli kat Bandar Baru Bangi, nama kedainya 3B..
Belakang raytech yang dekat dengan masjid bumbung hijau yang sebelah pizza san francisco tu.. Kot2 ada yang nak pergi carik gak.. Haha..

May 22, 2014

Menangis Nak Ikut Masuk Toilet

Anak aku ni boleh tahan jugak kuat dia punya drama..haha
Memang setiap kali ayah dia, atau aku sendiri yang masuk toilet, dan tutup pintu toilet, mesti dia akan menangis sambil ketuk-ketuk pintu toilet tu..

Konon-konon macam nak ikut lah.. haha..

Entah apa yang dia nak buat ikut kitorang entah lah..


Agaknya apalah dia fikir kitorang buat, atau pergi manalah agaknya, lepas masuk dalam pintu tu..

Tu gambar pagi tadi, melalak-lalak nak ikut ayah dia masuk toilet..
Kelakar pun ada..

Jenuhlah pujuk, bawak pergi tengok ikan..
Bila kita sebut, ''fish'', dia pun sebut gak, tapi bunyi dia jadi "pishhh"

Oh lupa nak update, zaimi dah beli akuarium, tercapai jugak hasrat laki aku tu nak bela ikan dalam akuarium kat rumah sendiri.. :)

Entry pasal akuarium tu nanti lah, esok ke..

Sekarang ni aku duk transfer gambar dengan video adam dari memory card handphone ke desktop, banyak sungguh!

Bila tengok balik gambar lama adam, alahaiiii..... lainnya!!



Keciknya masa ni!!!
Oh adam.. dah besar dah anak emak..
dah banyak perangai..
tapi takpa, mak sayang!

Mmmwaahhh!


Ni gambar sabtu lepas..
dah terel makan keropok lekor sendiri..


Ni antara gambar latest lah ni..


Anak ayah..

Dua orang ni antara harta aku yang tak ternilai..
Syukur..

Ok, tajuk tu memang tak sesuai kan.. hahaha!
Bedal lah!

May 21, 2014

Rabu Resepi | Puding Roti

Hello uolls..

Harini nak share resepi puding roti pulak.
Puding roti ni sedap juga kalau makan petang-petang, tak pun buat untuk jamu tetamu datang kan?
Cara buat pun tak lah sesusah mana, dan boleh siap sekejap je.


Bahan-bahannya:

1 buku roti
2 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan marjerin
2 cawan air + susu pekat (agak-agak manis)
Sedikit esen vanilla
Cara-caranya:

Potong roti kecil-kecil dan rendam dalam air yang telah dicampur dengan susu pekat tadi.
Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu sambil memukul adunan.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan roti, dan gaul sehingga rata kesemua bahan tadi.
Pindahkan ke dalam loyang, dan bakar dalam oven seketika dengan suhu biasa membakar kek.


 jom buat!

Aku pun dah lama tak makan puding roti ni..
nyum nyum..


May 19, 2014

Try LSIMHBIWFEFMTALOL | Jangan risau, ini entry baru, bukan virus

No words needed, me likey this photo!


May 14, 2014

Birthday Nenek ke 71!

Selasa 13 Mei 2014, kebetulan public holiday sebab hari wesak kan, so alang plan nak buat makan-makan sikit sempena birthday nenek aku yang ke 71 yang memang jatuh pada 13 Mei..



Ala, bukan apa pun, saja suka-suka makan-makan dengan family belah mak.

Angah Din dengan Aul tak ada  sebab dorang kena tunggu orang datang pasang unifi kat rumah dorang, dan family ucu memang jauh lah kan kat Langkawi tu, kalau buat event mengejut macam ni, memang susah lah dorang nak balik.

Buat dekat rumah mak je semalam, alang beli fillet ikan, suruh mak goreng sendiri je.
Plan asal nak makan kat luar, tapi mengenang ada dua baby tu, haru karang.. lebih-lebih lagi adam, sangatlah lasak! Baik makan kat rumah huhuu... Lepas tu alang beli kek, aku dengan zaimi sponsor pizza.. so yums!



Adam pun dengan tak malunya, tumpang makan sekali aisyah punya mee sup yang angah shidah buat.. haha..




Sebelum makan, selfie dulu ramai-ramai menggunakan monopod yang baru beli.. kah kah kah..




Lepas selfie dengan riuhnya, jom makan!








Sempat jugaklah merakamkan kenangan nenek dengan cucu terkecil, dan cicit sulung dia.. :')






Semoga nenek sentiasa sihat.. Dan dipinjamkan kepada kami lebih lama lagi......

Lama tak buat entry panjang-panjang macam ni..hihik..

Rabu Resepi | Tepung Talam

Ya ampun, boleh konon-konon nak buat segmen baru, lepas 2 post, terus sepi?
Kah kah..

Sibuk lah kat office.. kenalah anak tirikan blog :(

Ok lah, hari ini, aku nak share sesuatu dari buku resepi emak aku tu, hari ni, kuih ye..
Iaitu kuih tepung talam.
Tau tak tepung talam tu macam mana?
Jangan confuse dengan kaswi tau, tepung talam tu rupa dia macam gambar bawah ni.




Ada cam itu kuih?
Kalau reti buat sendiri baguslah, sebab nak beli pun azab dah zaman sekarang ni, sepotong kecil pun mau 50 sen dah..

T_T


Siapa yang suka makan, atau laki dan anak-anak suka makan, boleh try buat sendiri.
Meh!

Bahan-bahannya:

(Bahagian Atas)
1/2 biji kepala (diambil santannya)
1 cawan tepung beras

(Bahagian Bawah)
1 mangkuk tepung beras
1 mangkuk air kosong
1 keping gula melaka
Sedikit kapur sirih

Cara-caranya:

Masak air kosong dengan gula melaka hingga mendidih.
Kemudian, campurkan dengan tepung beras dan kapur sireh sambil menggaul sebati sehingga rata.
Sesudah sebati, masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga setengah masak.
Di bekas lain, campurkan 1 cawan santan dengan 1 cawan tepung beras dan sedikit garam, dan gaul sehingga sebati.
Kemudian, tuangkan semuanya ke atas adunan yang telah dikukus setengah masak tadi.
Masukkan semula ke dalam pengukus, dan kukus sehingga naik rupanya.


Selamat mencuba uolls!

May 12, 2014

Cara Nak Lebatkan Rambut Bayi

Lama kan tak share share petua ni?
huhu..

Sajalah nak kongsi cara lebatkan rambut bayi ni, sebab anak aku pun jenis rambut halus dan nipis, siap dari jauh nampak macam botak..huhu..

Kalau aku, aku sapu VCO je kat kepala dia, lepas dah lap kering-kering lepas mandi tu.
Agak-agak je letak, jangan banyak sangat sampai lencun lak..hee

Lepas tu biarlah dia kering sendiri..

Alhamdulillah, lepas tu rambut Adam boleh tahan lebatnya.

Kalau mak aku pulak, antara cara nak anak rambut lebat, masa mengandung, banyakkan makan kacang, tak kisahlah kacang ngan yin ke, kacang hazel ke.. insyaallah anak rambut lebat dan hitam..
aku dulu masa pregnant tak makan kacang, sebab aku kureng sikit kacang-kacang ni.. hehe..

Dan satu lagi petua aku terbaca kat Facebook tadi:

Ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan enam helai daun melur. Kesemua daun digiling. Kemudian, campurkan dengan bedak sejuk dan air. Sapukan pada kepala bayi. -SUMBER

daun asin tu, nama lainnya daun cekur manis kalau tak silap aku.

Hasil sapu VCO kat adam, inilah hasilnya..



Lebat tak?

May 11, 2014

Adam Zuhairi 400 Hari

Ewah, macam pantun pulak.
Dah 400 hari anak emak melihat dunia.
Syukur..

:)

May 10, 2014

Kanak-kanak setahun mandi laut seorang diri di Pantai Saujana, Port Dickson

Tajuk apa tu syazni oi??

Adam Zuhairi First Time Mandi Laut Port Dickson punya cerita daa..
Ini cerita 4 Mei 2014 haritu, baru rajin nak update.
Tu belum korek balik album gambar kat handphone, lagilah berlambak gambar tersimpan tanpa update di mana-mana..kikikik..

Petang tu, terasa nak pergi PD.. ala dari rumah kitorang tak jauh pun, dalam 45 minit je..
So packed barang-barang adam, kitorang pun siap ala kadar, terus gerak..

Sekali tersilap langkah, pergi ikut PLUS pulak.. tak memasal sangkut jem 20 minit..chait.
Rugi je masa.. nasib adam tidur dalam kereta.. hehe..

So, sampai je PD, terus pergi ke Pantai Saujana, sebab situ macam ok, parking senang, toilet senang..
Parking kereta, terus bawak budak tecit gi tepi laut..
Dia baru bangun tidur, terkebil-kebil hairan memandang ke laut tu.
Tengok je laut, yang mak ayah pulak sibuk nak selfie, padahal kedekut nak beli monopod.
hahaha


Tengoklah adam tu, muka toya je layan selfie kitorang.. hahah




Lepas tu, zaimi bawak adam ke tengah sikit, takat-takat air sampai buku lali.. sebab kalau tepi betul2 ni macam kotor pulak, ada putung rokok la, tutup botol la.. teruk betul.
So kat tengah sikit tu, air macam clear sikit .

Zaimi berdirikan adam, sambil dia pegang tangan adam.
Senyap je adam mula-mula, pastu dia gelak teruja.. hahah!
Syok pulak dia kaki dia kena ombak..



Mula-mula ingat nak pegang je dia, tak berani nak lepaskan.
Pastu fikir balik, ala air cetek je pun kan, apa salahnya.
Jom try letak!



Hoh sekali dah masuk air, sampai tak nak keluar pulak.
Adam tak takut air, lagi dia syok badan dia kena tolak ngan ombak adalah.

Lama gak dia main air, adalah dalam 20 minit kitorang biarkan dia, sambil kitorang ambil video lah, gambarlah..

Lepas tu dah sudah, ingat nak bilas adam dalam toilet, ramailah pulok.
Makanya, beli je air botol, bilas je adam kat tembok tepi jalan tu..
Kecik-kecik bogel tepi jalan takpe kan?

hahahah..

Malam tu, tidur siap mengigau lagi budak ni..

Canteklah adam tak takut air, nanti boleh plan pergi piknik ngan mak abah nana semua..
weehuuu!

May 9, 2014

Adam dan Neneknya

Rabu haritu aku cuti, bawak mak pergi Tabung Haji.
Sebab apa?
Sebab.. nak tukar akaun kanak-kanak tabung haji aku jadi akaun dewasa..


Hahah!

Dulu masa kecik, mak yang bukakkan aku akaun tu, sekali tu, boleh pulak sampai umur aku dah tua bangka ni, lupa pulak nak tukar..

So haritu ada sedikit sosak, nak korek tabung haji lah, tup tup pergi kaunter, dia kata mak aku je yang boleh keluarkan duit tu, sebab belum tukar, so akaun ni milik mak. funnyyyyyy!!

So rabu tu pergilah tukar. Bawak adam sekali.
Mak oii beramah mesra budak tu dengan polis bantuan apa semua.
Kitorang pergi yang kat Terminal 1 Seremban je, dekat dengan rumah aku.
Pagi tu abah datang hantar mak.

Syok je rasa bila dapat keluar jalan-jalan pada tengah2 minggu, orang tak ramai, tenang je.
Mak belanja lah adam naik mainan ni, 50 sen sekali naik.
Tapi si adam dah letih beramah mesra tadi, muka masam je la sebab ketakutan benda tu gerak gerak.. haha




Tengoklah, mak aku elok je slim. Jeles.
huuu..

Lepas urusan tabung haji tu, terus ke TESCO Seremban Jaya tu jap..
Beli-beli barang rumah sikit, ajak mak makan semua..
Nikmat gila kot perasaan masa tu.
Indahnya.. orang kerja tapi kau cuti.. hahah..

Lepas tu balik lah, sampai rumah dalam pukul 2.45 camtu, ingat nak pergi servis kereta, tapi macam tak sempat lak. So, call klinik Sukhilmi, doktor ada.
Mak suruh pergi, bagi puas hati.
Baiklah.
Aku pun risau jugak..
Mak duduk rumah jap dengan adam, adam tidur keletihan..

Lepas check semua, aku balik, mak masak pulak untuk menantu kesayangan dia..huhu..
Dah kata emak kan, masak ikan goreng cili ngan kobis air pun sedap gilersss...

Malam tu zaimi ada futsal, abah pulak macam letih lagi sebab lepas hantar mak dia pergi teluk intan, makanya, aku bawaklah adam pergi semenyih malam tu hantar mak..

Sebelum pergi tu, terkekek-kekek kitorang gelak..
Mak ada bawak wagon baby yang baby guna untuk practise jalan tu, pinjam dari angah aku,
pagi tadi masa zaimi gi kerja, adam baru belek-belek je benda tu, bila ayah dia balik, baru dia nak try.
Keakar ok tengok adam terkengkang-kengkang tolak benda tu.. hahahah!


Hai lah adam..
Macam-macam..
Ni yang rasa rindu ni..

Cepatlah masa, aku pun sejak penyakit pelik ni ada, rasa taknak je duduk kat ofis ni..
Asik nak balik je..

Semoga aku pulih seperti dulu..

huuu...

May 6, 2014

Perginya Bujang Lapok Yang Terakhir.. Aziz Satar Meninggal Dunia

Terbaca kat wall facebook around 3am semalam.
Terkejut.
Sedih.

:(

Al-Fatihah kepada beliau, seorang lagenda yang aku rasa sangat dekat di hati.
Mungkin sebab aku membesar sambil tengok filem-filem klasik lakonan beliau.

Semoga tenang di alam sana........



Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 
Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 
"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. 
Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. 
Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. 
Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. - Berita Harian


CHERAS: Suasana hiba menyelubungi kediaman anak bongsu Allahyarham Datuk Aziz Sattar di Bandar Tun Hussein Onn, di sini apabila adik beradiknya yang datang dari Singapura terlampau sedih sehingga terpaksa dipapah. 
Dua adiknya, Zaini dan Umaiyah tiba pada jam 9.40 pagi manakala seorang lagi saudara terdekat mereka, Aminah yang sampai lebih awal dilihat sudah berada di sisi jenazah sambil ditenangkan saudara mara. 
Seniman veteran itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun akibat penyakit jantung di Hospital KPJ Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi. 
Terdahulu, beliau dimasukkan ke wad sehari sebelumnya selepas mengadu sakit dada namun ketika itu keadaannya tidak membimbangkan. 
Anak perempuannya, Sandakiah memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn selepas Zuhur. -Berita Harian

May 5, 2014

Jawatan Kosong UiTM 2014 | Update Mei 2014

Bismillah..

Aku pun kan macam malas nak update blog sekarang.. heheh..
Jadi tadi bukak kat Facebook, ada orang share ni.
UiTM nak pakai ramai staff baru.

Jadi, sesiapa yang sedang mencari kerja, adalah kekosongan jawatan.
Antara 42 jawatan yang ada kosong buat masa ni adalah:

A. KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1. PEGAWAI PENERBITAN N41
2. PEGAWAI SAINS C41
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
4. JURUTERA J41
5. PENGURUS ASRAMA N41
6. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
7. PEGAWAI PERGIGIAN U41
8. PEGAWAI FARMASI U41
9. JURU X-RAY U41
10. PEGAWAI DIETETIK U41
11. PEGAWAI OPTOMETRI U41
12. PEGAWAI PENILAIAN W41

B. KUMPULAN PELAKSANA MINIMUM MAKSIMUM

13. JURURAWAT PERGIGIAN U40
14. JURURAWAT PERGIGIAN U38
15. JURURAWAT PERGIGIAN U29
16. JURURAWAT U29
17. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
18. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
19. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
20. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
21. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
22. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
23. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
24. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
25. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29
26. PENOLONG JURUTERA JA29
27. PENOLONG GRAFIK B27
28. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G27
29. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
30. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
31. PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27
32. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N22
33. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
34. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N17
35. PEMBANTU PENERBITAN N17
36. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J17
37. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
38. PEMBANTU PEMULIHARAAN S17
39. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S17
40. PEMBANTU KESATRIA S17
41. OPERATOR LOJI H11
42. PEMANDU


Cubalah apply, mana tau ada rezeki, boleh sama-sama kita kerja UiTM.
eh?

:)

Untuk buat permohonan kerja, maklumat lanjut, gaji dan skop kerja, boleh baca sendiri kat SINI. KLIK JANGAN TAK KLIK.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...