Pages

Feb 15, 2014

Waris yang Awesome

Awesome!

Itu je mampu aku cakap bila dengar suara Waris ni.
Memula dulu, first time aku dengar lagu dia yang Rembau Most Wanted tu, aku ingat negro rapper barat manalah nyanyi kan, rupanya orang Negeri Sembilan.

Pergh.
Perghh.
Perghhh!

Awesome betul weh suara beliau tu.

Latest ni lagu dia dengan Dato' Hattan tu pulak.
Cair di telinga beb!

Waris ni pun mesti tak sangka dia akan dapat peluang nyanyi dengan legend macam Dato' Hattan tu kan.
Suara Hattan pun memang dah termaktub awesome nya.
Campur lak dengan suara Waris ni.

Memang double awesome!

Korang dah dengar belum lagu Gadis Jolobu tu?
Kalau belum dengarlah, best!



Lirik lagu Gadis Jolobu - Waris dan Dato' Hattan

(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari’an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur


   
Chorus
(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti


Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
“sebagai suatu warisan”

Ulang Chorus

(Dato Hattan)
Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
(Waris)
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
(Dato Hattan)
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
(Waris)
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak,poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
sebagai suatu warisan

Ulang Chorus


Sumber: www.phat.my

Feb 14, 2014

Sofa Kanak-Kanak

Semalam bawak Adam pergi Giant Senawang, saja beli barang sikit.
Dan ternampaklah kat bahagian almari rak semua tu, ada sofa yang saiz kecik.
Rupa dia macam sofa biasa tu, cuma dia kecik dan mini, children sofa katanya.. hahahah!

Aku dah nampak haritu lagi, tapi masa tu adam kecik, rumah sewa dulu pun kecik, so macam malas nak penuhkan rumah tu kan.. so semalam rupanya sofa tu still ada jual lagi.. apa lagi, menggeletis lah mak adam nak beli hahahaha!

Tapi kena dapatkan kebenaran zaimi dulu, untuk kesejahteraan bersamalah katakan..haha..

Aku pun tanya, zaimi kata belilah kalau nak beli.. apa lagi, berdesup tolak troli gi amek sofa tu.. kikiki..

Tak mahal sangat, rm69. Oklah kot.
Asalkan aku puas hati.. :D





Saja ambil warna tu, nak bagi warna dia ala-ala sofa besar kat rumah tu gak..

Sapa nak beli bolehlah, ada macam-macam corak, ada yang corak bunga-bunga, ada yang jalur-jalur..
Bolehlah si comel anda pun ada sofa.. kah kah kah

Emm ok lah, nanti cerita lagi.. ;)

p/s: tekak kepingin teh ais pulak dah.

Feb 13, 2014

What the hell ?

Ayo, boleh pulak aku neglect blog dari 1 Disember 2013.
Looser me.

Aku macam hilang mood langsung nak blogging.
Padahal banyak je benda berlaku dalam hidup aku sepanjang tu.

Summary nya lebih kurang macam ni:

- Semester baru dah start, aku dapat 4 kelas kod yang sama. I can picture myself mark the final exam scripts already. huuuuu...~

- Balik Kota Bharu, kakak zaimi kahwin. Alhamdulillah, bertemu jodohnya *dengan nada lagu pengantin baru*

- Happy Anniversary yang kedua. Alhamdulillah. I love you zaimi :)

- Bawak anak check up klinik. Anak aku dah 10 bulan. Dan aku asyik lupa nak call DS Amirah tu untuk cek gigi anak aku. LOL.

- Pindah rumah. Yes ini event paling besar since aku tak update. Serius penat baq hang. Alhamdulillah dah siap. Dah masuk. Happily moving in. Syukur ke hadrat illahi.

- Tapah Rumours. Aku paling tak gemar benda ni. Ura-ura akan ada perpindahan staff ke Tapah. Berita ni jadi lagi haru sebab point di atas. Baru pindah rumah. Ya Allah jauhkanlah.

So, that's it.

Alah syazni, kau bajet plak ada orang tertunggu-tunggu entry baru kau kan?
LOL.

Just nak meluah perasaan sikit pasal Maharajalawak Mega 2013,

Hello Sepahtu, lawak macam gitu pun boleh juara ke?
Puii!

Dan Nabil, daku tetap di belakang mu.. ewah~!
Ala sian lah dia, korang ni pun, buat apa lah nak kata anak bini dia bagai.
Mengata dia tak masuk universiti lah, bekas despatch la..
dah lah woi!

#bang bil #bang bil #bang bil #bang bil #bang bil #bang bil #bang bil



Eh tetiba luah sikit je.. haha..
Tak rajin plak nak taip.

:P

Ok lah, harap aku kembali rajin blog.
Karang NetKL ni dapat duit domain aku free free gitu je sebab aku tak update, tapi poyo beli domain. hahaha..

Daa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...