Pages

Nov 3, 2014

Sepagi bersama Adam

Hello November~!

Sekejap je dah masuk bulan 11 kan?
Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan 11..
Tinggal lagi sebulan je nak masuk 2015, tahun baru, umur baru..
Takutnya dah nak tua! hahaha


Hari Sabtu haritu, aku bawak Adam pergi dekat taman permainan hujung jalan rumah kitorang.
Pagi dalam pukul 8 lebih, masa sampai tu, aku berdua dengan adam je ada..haha

Taman ni baru je siap, sebelum ni tak ada pun.
Ok lah, dah ada ni at least, ada lah tempat budak-budak nak main.

Masa sampai tu, disebabkan kitorang berdua je, dan hari pulak redup matahari segan-segan lagi nak keluar, makanya semua mainan tu basah..

Jadi, adam lah yang tolong lap dengan bontot dia..kih kih kih..
Nasib ada pampers..







Sambil main, sambil makan apam..haha
Kebetulan Pakcik Shah, jiran sebelah tu bagi apam kat adam masa kitorang on the way ke taman permainan tu..

Itu yang bukan main sedap lagi adam melantak tu..
Lokasi taman permainan ni memang dekat tepi cerun, bawah tu ada ladang sawit..
Bila pagi-pagi redup datang sini, boleh fefeeling duduk Cameron Highlands.. hahahaha


:p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...