Pages

Oct 16, 2014

2 bulan sudah

Bapak ah! Lama gila tak update blog.
Harini tiba-tiba teringat nak bukak, cek nuffnang semua.
Ingatkan nuffnang dah tak bagi apa-apa CPUV, eh sekali tengok ada 5 on going, dan total income selama dua bulan ni dah RM14.

Haha!
Oklah tu kan, daripada tak ada.

Bukan senang nak dapat duit tanpa buat apa-apa.
Tak pernah pulak ada orang tiba-tiba hulur aku duit masa aku tengah tunggu bas.
So dah dapat ni, syukur!

Speaking pasal syukur, korang semua bersyukur tak denga bajet 2015 haritu?
Hahahahhaa..

Ok aku tak nak komen lebih-lebih.
Totally out of my league.

AKu cek jugak statcounter, cek kat bahagian keywords.
Eh ramai rupanya yang search resepi bubur bayi.
Mesti anak-anak uolls dah melebihi 6 bulan kan?
Syukur alhamdulillah.. 

:)

Emm.. aku tak tau nak cerita pasal apa sekarang. Actually aku tengah marking skrip exam.
Semak perut marking non stop, itu yang bukak blog ni.
Nak cerita pasal adam pun, karang lama pulak jadinya.
Asalnya ingat nak quick update je.
Kalau cerita pasal anak karang, lama!
Hehe..maklumlah budak tu dah besar, dah banyak ceritanya..
Insyaallah nanti aku cerita.. 

:)


Sambil marking ni aku dengar lagu Siti Nurhaliza.
Nampak sangat tanda penuaan.
Dulu haram tak suka lagu-lagu dia.
Tetiba sekarang boleh layan dan masuk dengan jiwa pulak.

Damn.

I love you Dato' Siti.



*muntah dengan diri sendiri*

Ok, anyway tajuk tu maksudnya dah 2 bulan aku tak update blog, bukan dato siti dah pregnant 2 bulan.

Jangan salah faham.

tata!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...