Pages

Aug 20, 2014

Rabu Resepi | Ikan Kukus Nyonya

Hai semua!~

Kali ni resepi aku ambil dari keratan mak aku potong dari majalah mana tah.. hahaha..
Tapi kitorang dah try buat, dan memang mantop.




Bahan-bahannya:

1 peket Tumisan Asam Pedas Maggi
1 biji terung panjang dipotong-potong
4 biji bendi dipotong dua
1 labu bawang besar dipotong baji
1 kuntum bungan kantan dipotong baji
6 tangkai daun kesum
1 biji tomato dipotong baji
1/2 cawan air masak
500g kepingan ikan (optional)


Cara-caranya:

Masukkan pes tumisan ke dalam periuk, dan semua bahan sayuran.
Goreng selama lebih kurang 2 minit.
Masukkan air masak, dan biarkan hingga mendidih.
Ketepikan dari api.
Sementara itu, kukuskan ikan selama 15-20 minit.
Sendukkan bahan sos tadi ke atas ikan dan boleh dihidang.


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...