Pages

Jun 18, 2014

Rabu Resepi | Biskut Prune

Masih dalam mood menuju raya.. keh keh..
Jadi, resepi biskut raya yang aku nak share hari ini sempena Rabu Resepi adalah Biskut Prune ye puan puan..

Gambar dari resepimaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:

200g mentega
150g gula perang halus
2 biji telur
1 camca teh esen vanila
150g prune dicincang
100g tepung kastard
100g tepung jagung
200g tepung gandum

Cara-caranya:

Kacau mentega bersama gula perang halus hingga sebati, dan masukkan telur.
Masukkan pula esen vanila dan prune, kemudian dikacau.
Selepas itu, masukkan ketiga-tiga tepung dan campurkan ke dalam adunan, dan uli.
Canaikan adunan, tekap, dan bakar dalam ketuhar lebih kurang 25-30 minit.

Selamat mencuba ye puan puan..


:)


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...