Pages

Jun 11, 2014

Rabu Resepi | Biskut Gajus

Bulan puasa dah nak dekat ni, puasa dah habis ganti ke belum?
Alang-alang nak masuk bulan puasa and raya ni, aku nak share resepi-resepi biskut raya lah untuk segment Rabu Resepi aku ni.

Sumber resepi macam biasalah, aku ambil dari buku resepi emak aku tu.

Manalah tau, dengan perkongsian aku ni, korang try buat, jadi pulak tu, sedap pulak tu.. kih3..

So, aku start dengan resepi Biskut Gajus!


Bahan-bahannya:

150g mentega
150g gula halus
2 biji kuning telur (sebiji untuk sapuan)
1 camca teh esen vanila
100g gajus ditumbuk halus
200g tepung gandum
100g tepung jagung
50g tepung kastard
150g gajus (hiasan atas kuih)

Cara-caranya:

Pukul mentega bersama gula hingga sebati dan kembang, masukkan kuning telur sebiji, esen vanila dan kacau hingga rata.
Masukkan gajus yang telah ditumbuk halus dan kesemua jenis tepung, dan uli.
Bentukan kuih, dan letak gajus.
Sapukan kuning telur di atas semua kuih, dan bakar di dalam ketuhar.

Siap!
Kuih ni dah jarang dah aku jumpa musim raya sekarang..


..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...