Pages

Jun 13, 2014

Pilihan Untuk Bersalin dan Doula

Tadi setores setores (well setores adalah stress yang aku eja secara bangang), aku decide untuk tolak tepi semua kerja kat office sekejap. 
Kebetulan jam pun dah 1.30pm kan, lunch hour kot?
Perlukah daku terlalu berdedikasi sehingga memperjudikan waktu untuk rehat? Haha..
So browse internet.. Dan terjumpa artikel berkenaan pilihan ibu-ibu untuk bersalin, mana nak bersalin, cara nak bersalin semua.
Sebab ada juga sesetengah ibu-ibu sekarang lebih gemar untuk tidak bersalin di hospital, mereka lagi prefer bersalin kat rumah secara waterbirth, natural birth semua..
Antara isi artikel tu, memang dia tekankan bahawa ibubapa perlu buat keputusan bukan saja macam mana cara untuk bersalin, tapi kena decide juga siapa yang akan sambut, dan di mana. Memang kena decide sejak awal kehamilan lagi benda-benda ni.
Selalu bersalin hospital memang pilihan utama, termasuklah aku dulu..hehe..but homes and birthing centers are becoming increasingly popular, and many women are now seeking the assistance of trained and certified midwives and doulas..
Doula.
Apakah doula?
Doula adalah orang yang bukan dari golongan medik, yang assist labour. Dia tolong ibu yang nak bersalin tadi, bila ibu tu pilih untuk bersalin di tempat selain hospital. Dan seharusnya doula ni bersijil, maksudnya ada tauliah lah, dia tau dia nak buat apa nanti.
Apa yang doula ni assist dan buat?
Macam-macam sebenarnya.. antaranya adalah:
  • Menerangkan tentang birth education dan persediaan yang patut
  • Menyediakan perancangan kelahiran
  • Urut dan buat bagi si ibu selesa
  • Check kedudukan bayi dalam perut
  • Mencadangkan posisi bersalin, tak macam kat hospital yang mana si ibu kena baring je..
  • Bagi semangat
  • Bagi kata-kata positif
  • Menyediakan persekitaran yang nyaman..pasang muzik tenang dan sebagainya..
  • Rakam moment bersalin tu..
  • Dan macam-macam lagi..

Bila baca pasal doula ni, macam menarik pulak nak cuba..
Tapi aku tak pasti dengan doula yang ada dekat Malaysia ni, dan boleh ke ibu berisiko macam ada kencing manis dan darah tinggi contohnya, bersalin secara waterbirth kat rumah, hanya menggunakan doula ni.

Sebab dia lebih kurang mempertaruhkan nyawa jugak kan..

Oh aku baca pasal doula tu kat sini.

Bolehlah korang baca untuk mendapatkan pemahaman tentang apa itu doula ketika bersalin.
Manalah tau ada yang nak cuba bersalin di rumah kan?

:)

Rasa nak mengandung lagi, tapi seram bersalin adam pun tak hilang lagi..
Mana tak nya, aku kan ada kencing manis masa mengandung dulu, tiap malam kena injek insulin, beranak pun induced.. huhuuu..

Tengoklah kalau ada rezeki..
Boleh bagi adam adik.. heee



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...