Pages

Jun 26, 2014

Anak dapat kaki

Sejak dah boleh berjalan ni, happy sangat si Adam..
Terkedek-kedek je berjalan sana sini..hihi

Sambil berjalan, tangan mesti kat paras dada sebab nak balance badan dia kan..
Lepas tu mulut mesti duk membebel je.. sampai terkembang kuncup hidung bernafas..hahah


Walaupun orang cakap adam agak lambat berjalan, persetankan!
Tiap-tiap budak lain.
Memang mentaliti kekampungan sungguh orang yang asyik duk compare dengan anak dia..huh!
Adam berjalan haritu, umur dia setahun 2 bulan.
Bukannya sebelum tu dia langsung tak boleh berpaut ke apa, boleh je.
Cuma masa tu dia tak nak lepas tangan dari dinding atau kerusi semua..

Sekarang alhamdulillah.. :)


Kepada ibubapa yang anak dia belum boleh jalan, jangan risau..
Yakinlah, anak kita akan berjalan bila dia hendak berjalan.
Bagi dia masa, jangan marah, jangan perli dia.
Walaupun dia kecil, tapi kita jangan guris hati dia.. dia faham tau..

Doa adalah paling penting, teruskan!

Bila dia dah jalan, happy tu Allah je tau :')


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...