Pages

Jun 30, 2014

Budak Tak Puasa di Semenyih

Selamat berpuasa semua!
Macam mana puasa tahun ni?
Syukur rasanya.. ada rezeki nak berpuasa dengan mak abah lagi tahun ni..

Lately banyak sangat parents rakan sekerja aku meninggal dunia..
Sayu hati...

Tahun ni juga adalah tahun kedua aku berpuasa sebagai ibu..
Alhamdulillah..

Bak kata zaimi, tahun lepas time berbuka adam duk baring je atas tilam..
Tahun ni, jenuh mengejar dia..dia dah boleh jalan lah katakan..haha

Dan dialah budak yang tak puasa tu..
Mana boleh puasa lagi kan? :D


Kemain lagi duk hisap botol..hehe..
Zaimi rajin melayan anak dia tu..







Macam-macam aksi kan budak adam ni..haha..
First day puasa tahun ni dekat semenyih, dan zaimi pun dah agree every week akan balik berbuka sebab raya nanti seminggu lebih dekat Kota Bharu pulak..

So Sabtu haritu baliklah rumah mak, itu yang budak adam bertambah ligat tu.
Habis segala ceruk rumah nenek dia, dia explore..
Semua orang kena ambil langkah berjaga-jaga je..keh keh

Sampaikan tangga kena hadang dengan kusyen besar, kalau tak confirm naik punya..
Kalau rumah kitorang, kitorang letak pagar, ini rumah mak, nanti masa adam takde jenuh pulak dorang nak bukak pagar kan..

Harini masuk kerja, lemau je rasa.. sebab semalam dah over minum air..hahah

Adam dan tokwannya..
Oklah.. nak mengadap kerja..

Jun 29, 2014

Tips Menyusukan Bayi Pada Bulan Ramadhan

Dah masuk bulan puasa..
Teringat pulak, puasa tahun lepas, adam masih menyusu badan..
Nak jadikan cerita, dengan ilmu yang kurang di dada, susu aku drop.
Drop se drop drop nya.

:(

Jadi, rugilah aku disitu..



Aku tak nak ibu-ibu yang lain mengalami pengalaman sama macam aku..
Tahniah pada ibu-ibu sekalian yang ada effort untuk search pasal perkara ni, dan memandangkan korang dah end up sampai ke blog aku ni, aku nak share tips untuk kekal cergas, dan tiada drop susu sepanjang bulan puasa, insyaallah..

1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Sumber SINI

Dan aku juga nak share link dua blog yang boleh membantu menaikkan semangat korang semua:

1) Ummi
2) Nurul Dhia
3) Adelita

Selamat berpuasa sambil menyusukan si comel anda :)


Jun 27, 2014

Iklan Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sabah 2014

Share dari Facebook:



Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan akademik. Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web UMS di http://ejobs.ums.edu.my/
 


Antara kekosongan jawatan akademik yang diiklankan seperti di bawah adalah:


  • Profesor VK7/VK6/VK5
  • Profesor Perubatan VK7/VK6/VK5
  • Profesor Madya DS53
  • Profesor Madya Perubatan DU53
  • Pensyarah Kanan DS51
  • Pensyarah Perubatan Kanan DU51
  • Pensyarah Perubatan Pelatih DU51P
  • Pensyarah DS45
  • Guru Bahasa DG41/44/48/52
  • Felo Siswazah


Cantik

Cantiklah gambar ni.
Tuan punya gambar ni memang cantik.


Ala kontot sangatlah pulak entry ni kalau setakat aku cakap Nad Zainal ni cantik dan lawa kan? Oh by the way gambar ni aku ambil dari Beautifulnara.

Hahahah...

Ok lah, share sekalilah biodata Nad Zainal.
Panjang sikit entry..hiks..


Nama Penuh : Farah Nadia Binti Zainal AbidinNama Komersial: Nad Zainal, Nadia ZainalTarikh Lahir: 16 Mei 1990Tempat Lahir : Kajang,SelangorAdik beradik: Anak TunggalPendidikan: Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)Kerjaya : Pelakon Drama, Iklan dan Teater
Drama: Kampung Girl, Putera Rayyan, Bukan Bidadari, Memberku Hawa, Ke Pintu Bahagia, Sunsilk Impian, Bloggerboy 2 (2008), Apa Dosaku : Sybil Kathigasu (2009), Inikah Cinta, Qolbu, Papaku Nak Kahwin dan kisah futuristik, Rafik (2010), Buaian Kasih, Elly dan Epit, Incredible Tales.
Filem: Jidin Sengal, Kami Histeria
Teater: Muzikal Tun Abdul Razak (2009), Tanda,  Makyong Sindo
Iklan: SimplySity dan Simple 5
Facebook Nad Zainal: http://www.facebook.com/nadzainal

Sum
ber: http://www.buzzera.net/2012/07/biodata-profil-nad-zainal-farah-nadia.html#ixzz35cIkvKrM

Jun 26, 2014

Anak dapat kaki

Sejak dah boleh berjalan ni, happy sangat si Adam..
Terkedek-kedek je berjalan sana sini..hihi

Sambil berjalan, tangan mesti kat paras dada sebab nak balance badan dia kan..
Lepas tu mulut mesti duk membebel je.. sampai terkembang kuncup hidung bernafas..hahah


Walaupun orang cakap adam agak lambat berjalan, persetankan!
Tiap-tiap budak lain.
Memang mentaliti kekampungan sungguh orang yang asyik duk compare dengan anak dia..huh!
Adam berjalan haritu, umur dia setahun 2 bulan.
Bukannya sebelum tu dia langsung tak boleh berpaut ke apa, boleh je.
Cuma masa tu dia tak nak lepas tangan dari dinding atau kerusi semua..

Sekarang alhamdulillah.. :)


Kepada ibubapa yang anak dia belum boleh jalan, jangan risau..
Yakinlah, anak kita akan berjalan bila dia hendak berjalan.
Bagi dia masa, jangan marah, jangan perli dia.
Walaupun dia kecil, tapi kita jangan guris hati dia.. dia faham tau..

Doa adalah paling penting, teruskan!

Bila dia dah jalan, happy tu Allah je tau :')


Jun 25, 2014

Rabu Resepi | Biskut Emping Jagung Berminyak Sapi

Apa khabar puan puan semua hari ni?
Hik hik...

Harini, resepinya adalah Biskut Emping Jagung pulak..


Ala, orang putih panggil cornflakes..
Nenek aku yang melayu pun panggil cornflakes jugak..

Eh ada ke orang yang guna perkataan emping tu ye?

"Pakcik, kedai pakcik ada jual emping jagung tak?"

Hahah.. semua suka dan selesa guna perkataan cornflakes kot ye?
Aku lah salah sorang nya..

Eh, merepek apa lah pulak aku ni?
Ok, let's see the recipe..

Bahan-bahannya:

150g mentega
100g minyak sapi
200g gula halus
2 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
200g emping jagung
100g tepung jagung
200g tepung gandum
100g tepung kastard
Sedikit putih telur (untuk sapuan)
10 biji buah ceri (optional)

Cara-caranya:

Pukul mentega bersama minyak sapi dan gula sehingga kembang.
Masukkan kuning telur, esen vanila dan emping jagung, kemudian kacau.
Masukkan kesemua tepung, dan gaul sehingga sebati.
Selepas itu, bentukkan adunan (bulat-bulat), dan sapukan putih telur.
Letakkan ceri di bahagian atas.
Bakar dalam 15-20 minit.


 Selamat makan kuih raya!


.

Jun 23, 2014

Facebook Ibu Budak Kena Kurung Sampai Kurus Kering di Nilai

Aku masih tak dapat terima perbuatan ibu Firdaus ni kepada anak OKU dia.
Dia tak nak dikenali, just nak orang tau nama dia Lola.

Dia bagi alasan, dia busy, kesempitan duit, sampai tak sempat uruskan anak OKU dia, Firdaus tu.

Nauzubillah..semoga aku dan kaum keluargaku dijauhi dari kekejaman begini.

:( :( :(

Dia ingat dunia ni kecik, dan orang ramai ni tak boleh fikir.
Kalau ye pun tak sempat, kenapa tak tukar baju anak?
Kutip sampah dan makanan basi dalam bilik anak?
Kenapa biar anak terkurung dalam bilik penuh najis?

Kenapa Lola, kenapa???


Kau kata kau takde duit?
Tudung kau lagi vogue dari tudung aku Lola?
Apa ni??


Mungkin tak ada orang mengerti kepayahan kau bela budak OKU ni, tapi ni anak kau Lola!
Anak kau!
Ya Allah.. dah macam mayat hidup..

:(

Kepada siapa yang terlepas cerita, sini ada. Ada video sekali, video ketika Firdaus ditemui dalam keadaan yang sangat sadis dan tak boleh diterima akal.

Kepada yang nak stalk FB Lola, sini.

Entry ni mungkin tak lama.
Mungkin lama.
Tengoklah.
Bergantung pada rasa marah aku pada kau Lola.

Semoga kau insaf, diberi hidayahNya.

Jun 20, 2014

Anak Kecil Sudah Berjalan!

Last Wednesday, tapak tangan kanan gatal sangat. 
Sempat gurau dengan Kak amie, kata nak dapat rezeki ni..haha
Today pulak adalah salah satu hari sedih, first time anak jatuh sampai berdarah koyak mulut. 
Dan, harini jugak Allah bagi rezeki yang aku harapkan dari Rabu tu, my son, Adam Zuhairi, officially dah boleh jalan sendiri tepat 945pm tadi. Sampai sekarang tak berhenti2 lagi.. syukur Allah !




Sayang sangat anak emak..mmmwaahhhh!

Jun 19, 2014

10 Tips menghadapi Viva Thesis

Mungkin bermanfaat.
Oh ye, artikel asal dalam bahasa inggeris, aku translate guna google sebab aku malas.
Artikel asal disini.



1) Bertenang dan bernafas.
Merisaukan diri hanya akan memburukkan lagi keadaan, dengan mengganggu anda tidur dan membuat anda sakit. Mencari jalan untuk berehat, sama ada yoga, berjalan, meditasi atau permainan video; mencari sesuatu untuk membantu anda kekal tenang.

2) Adakan sesuatu yang menyeronokkan.
Jangan menghabiskan masa anda menyemak semula saja. Anda masih perlu untuk berseronok, atau anda akan memakan diri anda sebelum peperiksaan. Anda mahu menjadi segar pada hari itu, jadi keluar dan berseronok (mungkin dengan yang kawan-kawan anda diabaikan dalam bulan-bulan / tahun terakhir ini).

3) Percaya pada diri sendiri.
Anda telah menghabiskan beberapa tahun kebelakangan ini membaca , menulis  dan melakukan projek anda. Anda adalah pakar; anda tahu projek anda, ingatlah.

4) Pergi dengan sikap yang baik.
Jangan melihat pemeriksa sebagai orang jahat yang membuat anda menderita. Mereka mahu anda untuk lulus. Walau bagaimanapun, jika anda pergi dalam berfikir bahawa mereka mahu anda gagal, anda tidak hanya akan menjadi lebih takut, anda akan juga menjadi lebih defensif, yang tidak baik. Sebaliknya cuba berfikir pemeriksa anda sebagai orang-orang yang benar-benar berminat dalam apa yang anda lakukan dan memahami semua masalah dan kesulitan yang berkaitan dengan penyelidikan.

5) Lihat rapi.
Kerja makmal mungkin mempunyai pakaian anda sedikit lebih buruk, tetapi anda perlu cuba untuk membuat usaha yang betul untuk berpakaian pintar pada hari viva anda. Pertama, mencari yang baik akan membantu naikkan harga diri anda, membuat anda berasa lebih yakin. Kedua, ia menunjukkan pada jawatankuasa memeriksa bahawa anda serius mengenai projek anda dan viva.

6) Baca tesis anda.
Walaupun anda telah menghabiskan beberapa tahun kebelakangan ini melakukan penyelidikan  lama menulisnya, anda ingin memastikan ia segar dalam fikiran anda. Ini adalah benar jika anda mempunyai jurang yang panjang antara menyerahkan tesis anda dan peperiksaan. Anda tidak perlu membacanya sekali sehari setiap hari sehingga viva anda, pastikan anda baca beberapa kali sebelum viva.

7) Tahu peraturan.
Tiap-tiap institusi adalah berbeza; bagi sesetengah anda mempunyai hanya dua orang pemeriksa, yang lain anda juga mempunyai Convenor. Dalam beberapa institusi anda mungkin perlu menyediakan satu ceramah untuk mengemukakan kepada viva (ini adalah kes bagi saya, dan saya dapati ia persediaan yang baik untuk peperiksaan). Anda perlu pastikan anda tahu apa yang institusi anda tidak untuk memastikan anda bersedia. Satu perkara penting untuk mengetahui adalah jika anda dibenarkan untuk membawa satu salinan tesis anda ke dalam peperiksaan, dan jika ya, sama ada anda boleh menganotasinya.

8) Buat satu senarai pembetulan anda sendiri.
Melainkan jika anda adalah sempurna, atau mempunyai tesis anda secara profesional bukti membaca, tesis anda mungkin mengandungi banyak kesilapan. Selepas membacanya lebih banyak kali anda sering melihat apa yang anda berfikir hendaklah ditulis, dan bukan apa yang sebenarnya ditulis. Sebelum viva anda, melihat yang lain atas tesis anda (sebaik-baiknya selepas sedikit masa dari itu, jadi anda lebih segar). Cari semua kesilapan, catatkannya dan membawa mereka masuk ke peperiksaan anda. Pemeriksa akan kagum yang anda telah lakukan, dan anda akan kurang berperingkat-peringkat oleh kesilapan mereka menyerlahkan. Plus, anda boleh menyelamatkan diri anda masa dan betul mereka sebelum viva, bermakna masa yang kurang dibelanjakan untuk pembetulan selepas itu.

9) Buat rancangan untuk meraikan.
Atau mendapatkan rakan untuk menganjurkan sesuatu jika anda terlalu sibuk. Saya begitu takut gagal saya tidak mahu untuk menganjurkan apa-apa. Saya begitu gembira untuk mempunyai malam keluar dianjurkan oleh rakan-rakan saya, terutama selepas begitu banyak malam Sabtu melakukan kerja makmal atau menulis .

10) Cuba untuk menikmatinya.
Saya tahu ia mungkin kelihatan tidak masuk akal, tetapi ini adalah masa yang semua peluh darah dan air mata telah membawa kepada pengakhiran. Nikmati masa anda dalam viva. Saya terkejut apabila mendapati yang sangat saya sukai viva saya; Saya akhirnya dapat untuk keluarkan semuanya dari dada saya. Saya mendapat peluang untuk membincangkan pemikiran dan teori-teori saya dengan orang-orang yang berminat dan memberikan saya perspektif dan idea-idea baru.

Jun 18, 2014

Rabu Resepi | Biskut Prune

Masih dalam mood menuju raya.. keh keh..
Jadi, resepi biskut raya yang aku nak share hari ini sempena Rabu Resepi adalah Biskut Prune ye puan puan..

Gambar dari resepimaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:

200g mentega
150g gula perang halus
2 biji telur
1 camca teh esen vanila
150g prune dicincang
100g tepung kastard
100g tepung jagung
200g tepung gandum

Cara-caranya:

Kacau mentega bersama gula perang halus hingga sebati, dan masukkan telur.
Masukkan pula esen vanila dan prune, kemudian dikacau.
Selepas itu, masukkan ketiga-tiga tepung dan campurkan ke dalam adunan, dan uli.
Canaikan adunan, tekap, dan bakar dalam ketuhar lebih kurang 25-30 minit.

Selamat mencuba ye puan puan..


:)


.

Jun 17, 2014

Betul-Betul Punya #throwback

Speechless aku tengok gambar aku dengan Zaimi, yang merangkap boyfriend aku masa ni.


Kurus.
Hitam.
Kulit berminyak.
Kurus.
Kurus.


Arghhh!


2007 punya cerita...

Jun 16, 2014

Aktiviti yang dibenci sebelum dan selepas kahwin

Sebelum ke, selepas ke, memang kurang gemar buat 1 benda ni.

Arghhhhhhhhhhhhhhhh!

Tapi nak tak nak kena buat jugak.
Sebab aku takde bibik.
Sobsss..

Apakah benda itu?

Lipat kain!
Ye tak suka.

Ada tak orang suka?

Meh tolong meh!!

P/s: kan best kalau ada servis tolong lipatkan kain kat senawang ni..hehe

Jun 15, 2014

Cara Menangani Anak Kecil Mengamuk


Kita selalu dinasihatkan untuk mengabaikan tantrum tetapi tidak menjadi kesalahan untuk kita berada berhampiran dengan anak ketika mereka mengamuk dan mendengar. Ini tidak bermakna kita mesti mengalah dan memberi apa saja yang mereka mahukan atau menukar peraturan yang kita buat, tetapi dengan mendengar, sebenarnya kita menawarkan perhatian untuk memahami apa yang mereka rasakan dan itulah yang sebenarnya mereka perlukan. - Facebook Ibubapa Cemerlang



Ye tak ye jugak ye..
Memang kalau perasan, bila adam meragam, lagi kita macam nak buat tak tau, lagi kuat dia mengamuk..
Bolehlah slowly aku apply teknik handle anak tantrum ni kan..

Adam, mak sayang adam..
Tapi kadang-kadang bila adam nakal, mak marah ler.. nak adam jadi budak baik.. :)

Jun 13, 2014

Pilihan Untuk Bersalin dan Doula

Tadi setores setores (well setores adalah stress yang aku eja secara bangang), aku decide untuk tolak tepi semua kerja kat office sekejap. 
Kebetulan jam pun dah 1.30pm kan, lunch hour kot?
Perlukah daku terlalu berdedikasi sehingga memperjudikan waktu untuk rehat? Haha..
So browse internet.. Dan terjumpa artikel berkenaan pilihan ibu-ibu untuk bersalin, mana nak bersalin, cara nak bersalin semua.
Sebab ada juga sesetengah ibu-ibu sekarang lebih gemar untuk tidak bersalin di hospital, mereka lagi prefer bersalin kat rumah secara waterbirth, natural birth semua..
Antara isi artikel tu, memang dia tekankan bahawa ibubapa perlu buat keputusan bukan saja macam mana cara untuk bersalin, tapi kena decide juga siapa yang akan sambut, dan di mana. Memang kena decide sejak awal kehamilan lagi benda-benda ni.
Selalu bersalin hospital memang pilihan utama, termasuklah aku dulu..hehe..but homes and birthing centers are becoming increasingly popular, and many women are now seeking the assistance of trained and certified midwives and doulas..
Doula.
Apakah doula?
Doula adalah orang yang bukan dari golongan medik, yang assist labour. Dia tolong ibu yang nak bersalin tadi, bila ibu tu pilih untuk bersalin di tempat selain hospital. Dan seharusnya doula ni bersijil, maksudnya ada tauliah lah, dia tau dia nak buat apa nanti.
Apa yang doula ni assist dan buat?
Macam-macam sebenarnya.. antaranya adalah:
  • Menerangkan tentang birth education dan persediaan yang patut
  • Menyediakan perancangan kelahiran
  • Urut dan buat bagi si ibu selesa
  • Check kedudukan bayi dalam perut
  • Mencadangkan posisi bersalin, tak macam kat hospital yang mana si ibu kena baring je..
  • Bagi semangat
  • Bagi kata-kata positif
  • Menyediakan persekitaran yang nyaman..pasang muzik tenang dan sebagainya..
  • Rakam moment bersalin tu..
  • Dan macam-macam lagi..

Bila baca pasal doula ni, macam menarik pulak nak cuba..
Tapi aku tak pasti dengan doula yang ada dekat Malaysia ni, dan boleh ke ibu berisiko macam ada kencing manis dan darah tinggi contohnya, bersalin secara waterbirth kat rumah, hanya menggunakan doula ni.

Sebab dia lebih kurang mempertaruhkan nyawa jugak kan..

Oh aku baca pasal doula tu kat sini.

Bolehlah korang baca untuk mendapatkan pemahaman tentang apa itu doula ketika bersalin.
Manalah tau ada yang nak cuba bersalin di rumah kan?

:)

Rasa nak mengandung lagi, tapi seram bersalin adam pun tak hilang lagi..
Mana tak nya, aku kan ada kencing manis masa mengandung dulu, tiap malam kena injek insulin, beranak pun induced.. huhuuu..

Tengoklah kalau ada rezeki..
Boleh bagi adam adik.. heee



Setores Setores

Setores sungguh.
Arghhhh!!

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk terus bekerja.
Kekadang tu rasa penat.
Kekadang tu rasa nak quit.

Ye. Quit.

Maksudnya hantar surat perletakan jawatan.
Lepas tu duduk rumah.

Tapi itu akal tak waras aku yang bisik.

Akal warasku?
Of course dia suruh sabar.
And take it as a challenge.
Challenges kot. Macam banyak je.


Oh by the way, salah 1 yang aku bengang hari ni, ikan dalam akuarium ofis aku mati sekoq.
wuuuu.


Jun 12, 2014

Artis Badan Berbau

Gambar Hiasan


Seriously?
Ada orang google benda ni?


Hahahahahahahah

Jun 11, 2014

Rabu Resepi | Biskut Gajus

Bulan puasa dah nak dekat ni, puasa dah habis ganti ke belum?
Alang-alang nak masuk bulan puasa and raya ni, aku nak share resepi-resepi biskut raya lah untuk segment Rabu Resepi aku ni.

Sumber resepi macam biasalah, aku ambil dari buku resepi emak aku tu.

Manalah tau, dengan perkongsian aku ni, korang try buat, jadi pulak tu, sedap pulak tu.. kih3..

So, aku start dengan resepi Biskut Gajus!


Bahan-bahannya:

150g mentega
150g gula halus
2 biji kuning telur (sebiji untuk sapuan)
1 camca teh esen vanila
100g gajus ditumbuk halus
200g tepung gandum
100g tepung jagung
50g tepung kastard
150g gajus (hiasan atas kuih)

Cara-caranya:

Pukul mentega bersama gula hingga sebati dan kembang, masukkan kuning telur sebiji, esen vanila dan kacau hingga rata.
Masukkan gajus yang telah ditumbuk halus dan kesemua jenis tepung, dan uli.
Bentukan kuih, dan letak gajus.
Sapukan kuning telur di atas semua kuih, dan bakar di dalam ketuhar.

Siap!
Kuih ni dah jarang dah aku jumpa musim raya sekarang..


..

Jun 5, 2014

Contengan Pertama Adam | 4 Jun 2014

Alang-alang teringat ni saja lah nak abadikan memori yang satu ni..
Semalam pergi TESCO Seremban Jaya tu..
Belikan adam mainan yang macam papan conteng tu..

Actually pen papan tu takde dakwat pun, dia guna sistem magnet..
Hujung pen tu besi, so besi tu akan tarik serbuk magnet..

Ajarlah adam cara pegang pen, dan macam mana nak guna pen tu..
Mula-mula adam biasalah, semua dia nak masuk dalam mulut..

Lepas tu bila dah tau, asyiklah duk gesek kan pen tu kat papan putih tu..
hahaha

Excited pulak dia!


Ha tu lah hasil gese gesel pen kat papan putih tu..
Ok lah tu kan untuk budak setahun 2 bulan? hehe..


 Ha yang ni pulak muka bengang sebab pampers dah penuh..
Pistol tu kasi leka dia sementara kat atas trolley je..

:P


Akuarium Pejabat

Tension lah lately...
Dengan dapat perkhabaran yang cemas pagi tadi.. huwaaaa..

Eh, silap.
Sebenarnya nak update pasal akuarium lagi..
Haha

Haritu aku gatal pergi beli akuarium kecil,
nak letak kat ofis katanya..

So tadi aku dengan Zaimi keluar jap tengahari, pergi Bahau..
Beli guppy dua ekor..

Tak tau la hidup lama mana ikan ni..
Harapnya lama la..
kikikik...




Leka pulak aku tengok ikan guppy dua ekor ni berenang-renang..
Tenang sikit lara hati ni..wuuuu

Lagi tenang tenung gambar budak tecit ni..



Jun 4, 2014

Rabu Resepi | Rendang Udang

Korang suka makan seafood tak?
Me luv it much much!!

Entahlah, aku memang suka especially udang dengan sotong, sedap!

So, harini, aku nak share 1 lagi resepi dalam buku resepi emak aku tu, iaitu rendang udang!
Dan seperti biasa, gambar ambil dari blog orang.. kikik


Bahan-bahannya:

300g udang bersaiz sedang
3 sudu makan cili giling / boh
Sedikit asam jawa
2 ulas bawang putih (dititik)
2 biji bawang besar (dimayang)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Sedikit kicap
1/2 cawan air kosong

Cara-caranya:

Siang udang, bersihkan dan tos.
Gaulkan udang yang bersih bersama sebuk kunyit, garam dan gula, dan perap selama 15 minit.
Panaskan minyak, dan tumis bawang putih, dan masukkan udang.
Kacau sehingga udang kelihatan masak, dan angkat udang keluar dari kuali dahulu.
Dalam kuali yang sama, tumiskan pula bawang besar.
Masukkan cili giling / boh, dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa ikut rasa.
Biar mendidih sehingga naik bau, masukkan sedikit kicap dan air kosong.
Gaul semua bersama udang, dan angkat.



Sementara taip ni pun perut dah bunyi kriuk kriuk..
Arghhh..

mak.. nak makan.....

Jun 1, 2014

Iklan Jawatan Kosong UMT

Ni aku share dari orang share kat Facebook.
Bolehlah cuba.
Mana tau ada rezeki kan?

Aku dulu bekas student Universiti Malaysia Terengganu.
Hidup kat Kuala Terengganu ni memang menenangkan.
Best woaaa!
Selalu rindu nak pergi sana lagi.

P/s: Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...