Pages

May 6, 2014

Perginya Bujang Lapok Yang Terakhir.. Aziz Satar Meninggal Dunia

Terbaca kat wall facebook around 3am semalam.
Terkejut.
Sedih.

:(

Al-Fatihah kepada beliau, seorang lagenda yang aku rasa sangat dekat di hati.
Mungkin sebab aku membesar sambil tengok filem-filem klasik lakonan beliau.

Semoga tenang di alam sana........



Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 
Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 
"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. 
Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. 
Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. 
Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. - Berita Harian


CHERAS: Suasana hiba menyelubungi kediaman anak bongsu Allahyarham Datuk Aziz Sattar di Bandar Tun Hussein Onn, di sini apabila adik beradiknya yang datang dari Singapura terlampau sedih sehingga terpaksa dipapah. 
Dua adiknya, Zaini dan Umaiyah tiba pada jam 9.40 pagi manakala seorang lagi saudara terdekat mereka, Aminah yang sampai lebih awal dilihat sudah berada di sisi jenazah sambil ditenangkan saudara mara. 
Seniman veteran itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun akibat penyakit jantung di Hospital KPJ Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi. 
Terdahulu, beliau dimasukkan ke wad sehari sebelumnya selepas mengadu sakit dada namun ketika itu keadaannya tidak membimbangkan. 
Anak perempuannya, Sandakiah memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn selepas Zuhur. -Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...