Pages

May 10, 2014

Kanak-kanak setahun mandi laut seorang diri di Pantai Saujana, Port Dickson

Tajuk apa tu syazni oi??

Adam Zuhairi First Time Mandi Laut Port Dickson punya cerita daa..
Ini cerita 4 Mei 2014 haritu, baru rajin nak update.
Tu belum korek balik album gambar kat handphone, lagilah berlambak gambar tersimpan tanpa update di mana-mana..kikikik..

Petang tu, terasa nak pergi PD.. ala dari rumah kitorang tak jauh pun, dalam 45 minit je..
So packed barang-barang adam, kitorang pun siap ala kadar, terus gerak..

Sekali tersilap langkah, pergi ikut PLUS pulak.. tak memasal sangkut jem 20 minit..chait.
Rugi je masa.. nasib adam tidur dalam kereta.. hehe..

So, sampai je PD, terus pergi ke Pantai Saujana, sebab situ macam ok, parking senang, toilet senang..
Parking kereta, terus bawak budak tecit gi tepi laut..
Dia baru bangun tidur, terkebil-kebil hairan memandang ke laut tu.
Tengok je laut, yang mak ayah pulak sibuk nak selfie, padahal kedekut nak beli monopod.
hahaha


Tengoklah adam tu, muka toya je layan selfie kitorang.. hahah




Lepas tu, zaimi bawak adam ke tengah sikit, takat-takat air sampai buku lali.. sebab kalau tepi betul2 ni macam kotor pulak, ada putung rokok la, tutup botol la.. teruk betul.
So kat tengah sikit tu, air macam clear sikit .

Zaimi berdirikan adam, sambil dia pegang tangan adam.
Senyap je adam mula-mula, pastu dia gelak teruja.. hahah!
Syok pulak dia kaki dia kena ombak..



Mula-mula ingat nak pegang je dia, tak berani nak lepaskan.
Pastu fikir balik, ala air cetek je pun kan, apa salahnya.
Jom try letak!



Hoh sekali dah masuk air, sampai tak nak keluar pulak.
Adam tak takut air, lagi dia syok badan dia kena tolak ngan ombak adalah.

Lama gak dia main air, adalah dalam 20 minit kitorang biarkan dia, sambil kitorang ambil video lah, gambarlah..

Lepas tu dah sudah, ingat nak bilas adam dalam toilet, ramailah pulok.
Makanya, beli je air botol, bilas je adam kat tembok tepi jalan tu..
Kecik-kecik bogel tepi jalan takpe kan?

hahahah..

Malam tu, tidur siap mengigau lagi budak ni..

Canteklah adam tak takut air, nanti boleh plan pergi piknik ngan mak abah nana semua..
weehuuu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...