Pages

May 12, 2014

Cara Nak Lebatkan Rambut Bayi

Lama kan tak share share petua ni?
huhu..

Sajalah nak kongsi cara lebatkan rambut bayi ni, sebab anak aku pun jenis rambut halus dan nipis, siap dari jauh nampak macam botak..huhu..

Kalau aku, aku sapu VCO je kat kepala dia, lepas dah lap kering-kering lepas mandi tu.
Agak-agak je letak, jangan banyak sangat sampai lencun lak..hee

Lepas tu biarlah dia kering sendiri..

Alhamdulillah, lepas tu rambut Adam boleh tahan lebatnya.

Kalau mak aku pulak, antara cara nak anak rambut lebat, masa mengandung, banyakkan makan kacang, tak kisahlah kacang ngan yin ke, kacang hazel ke.. insyaallah anak rambut lebat dan hitam..
aku dulu masa pregnant tak makan kacang, sebab aku kureng sikit kacang-kacang ni.. hehe..

Dan satu lagi petua aku terbaca kat Facebook tadi:

Ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan enam helai daun melur. Kesemua daun digiling. Kemudian, campurkan dengan bedak sejuk dan air. Sapukan pada kepala bayi. -SUMBER

daun asin tu, nama lainnya daun cekur manis kalau tak silap aku.

Hasil sapu VCO kat adam, inilah hasilnya..



Lebat tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...