Pages

May 9, 2014

Adam dan Neneknya

Rabu haritu aku cuti, bawak mak pergi Tabung Haji.
Sebab apa?
Sebab.. nak tukar akaun kanak-kanak tabung haji aku jadi akaun dewasa..


Hahah!

Dulu masa kecik, mak yang bukakkan aku akaun tu, sekali tu, boleh pulak sampai umur aku dah tua bangka ni, lupa pulak nak tukar..

So haritu ada sedikit sosak, nak korek tabung haji lah, tup tup pergi kaunter, dia kata mak aku je yang boleh keluarkan duit tu, sebab belum tukar, so akaun ni milik mak. funnyyyyyy!!

So rabu tu pergilah tukar. Bawak adam sekali.
Mak oii beramah mesra budak tu dengan polis bantuan apa semua.
Kitorang pergi yang kat Terminal 1 Seremban je, dekat dengan rumah aku.
Pagi tu abah datang hantar mak.

Syok je rasa bila dapat keluar jalan-jalan pada tengah2 minggu, orang tak ramai, tenang je.
Mak belanja lah adam naik mainan ni, 50 sen sekali naik.
Tapi si adam dah letih beramah mesra tadi, muka masam je la sebab ketakutan benda tu gerak gerak.. haha




Tengoklah, mak aku elok je slim. Jeles.
huuu..

Lepas urusan tabung haji tu, terus ke TESCO Seremban Jaya tu jap..
Beli-beli barang rumah sikit, ajak mak makan semua..
Nikmat gila kot perasaan masa tu.
Indahnya.. orang kerja tapi kau cuti.. hahah..

Lepas tu balik lah, sampai rumah dalam pukul 2.45 camtu, ingat nak pergi servis kereta, tapi macam tak sempat lak. So, call klinik Sukhilmi, doktor ada.
Mak suruh pergi, bagi puas hati.
Baiklah.
Aku pun risau jugak..
Mak duduk rumah jap dengan adam, adam tidur keletihan..

Lepas check semua, aku balik, mak masak pulak untuk menantu kesayangan dia..huhu..
Dah kata emak kan, masak ikan goreng cili ngan kobis air pun sedap gilersss...

Malam tu zaimi ada futsal, abah pulak macam letih lagi sebab lepas hantar mak dia pergi teluk intan, makanya, aku bawaklah adam pergi semenyih malam tu hantar mak..

Sebelum pergi tu, terkekek-kekek kitorang gelak..
Mak ada bawak wagon baby yang baby guna untuk practise jalan tu, pinjam dari angah aku,
pagi tadi masa zaimi gi kerja, adam baru belek-belek je benda tu, bila ayah dia balik, baru dia nak try.
Keakar ok tengok adam terkengkang-kengkang tolak benda tu.. hahahah!


Hai lah adam..
Macam-macam..
Ni yang rasa rindu ni..

Cepatlah masa, aku pun sejak penyakit pelik ni ada, rasa taknak je duduk kat ofis ni..
Asik nak balik je..

Semoga aku pulih seperti dulu..

huuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...