Pages

Sep 28, 2013

Aisyah Aziz Akademi Fantasia 2013

Hahah.. tajuk macam aku nak blog pasal biodata budak ni pulak kan? Tak adalah, aku tak tau banyak pun pasal latar belakang budak tinggi lampai ni.. yang aku tau budak Aisyah ni memang adik Aliff Aziz..

Dan budak ni cantik kot pewitt!

Tadi aku tengoklah konsert AF2013 ni kat channel 135.. Astro maya tu kalau tak silap. Aku tengok dalam ramai2 tu, si Aisyah ni nyanyi memang berjaya buat bulu tengkuk aku tegak. Rasa goosebump!

Kira bagi aku memang sedap sangat lah budak tu nyanyii.

Sekali kena kritik teruk plak dengan Roslan Aziz..

Apedaa.. aku rasa tak patut lah plak..

Ke aku yang pekak?

Sep 24, 2013

Huru-Hara Kehidupan

Serius weh.

Seminggu dua ni memang rasa macam apa je.
Kelam-kabut rasanya hidup.

Exam dah dekat, time ni lah nak marking semua test segala..

Sambil2 test sambil pening duk baca, apakah lah yang budak ni tulis???

Doktor sangat tulisan T_T

Tapi Alhamdulillah anak aku baik pulak malam-malam sekarang..
Sebab dia pun dah ikut jadual tido mak ayah dia..

Paling-paling pun dia bunyi lah ek ek ek sekejap sebab samada nak susu ataupun nak tukar pampers.. Cuma ada sekali tu dia bunyi ek ek ek tu, aku tukar pampers, bagi susu semua still macam nanges2 atas cot dia.. last sekali aku angkat lah peluk.. dia senyap sekejap.. Lepas tu aku pun dah terlentok2 mengantuk, jadi aku letak je dia kat tengah2 aku dengan zaimi atas katil..

Terus senyap dia tidur.. nak bermanja rupanya..
Aku pun tidur sambil paut badan dia dengan tangan aku..
Sebab aku jenis mesti nak tidur sambil letak tangan kat badan anak, maklumlah.. jenis tidur mati ni karang setakat adam nangis2 slow tu tak sedar punyalah.. atleast terasa dia tepuk2 tangan aku tu, terbangunlah jugak..huhu

Dah ada anak ni, walau sibuk mana pun kat opis, kena gak allocate time untuk uruskan hal-hal berkaitan anak.. Macam haritu, tak dapat attend kolokium, sebab nak bawak anak pergi injek. Dahlah lah dengan klinik kerajaan ni kekadang buat sakit hati je. Maaf cakaplah. Aku taulah kau penat ke, banyak kerja ke, tapi aku tak suka lah bila nurse buat muka taik. Serius. Kau kan nurse. Kau patut pandai kawal muka taik kau. sebab kau kerja kena deal dengan orang. Bukan semua nurse lah.. agaknya kebetulan nurse tu gaduh dengan laki dia kot malam sebelumnya.. jadi nak lepas geram kan anak aku.. debik kang baru tau..

Budak ready nak injek


Ikut hati aku nak bawak aku injek kat swasta je. Tapi ada kawan pernah advice, kalau nak injek anak, better pergi klinik kerajaan. Sebab yang private ni takut proses penyimpanan benda yang dia nak injek tu bukan pada suhu yang sepatutnya, dan mungkin akan menyebabkan benda tu tak berkesan pun nanti. Kalau tak berkesan takpe, kalau jadi lebih bahaya? Nauzubillah.. Tapi ini pendapat aku base on nasihat kawan aku lah kan.. dia doktor..

Adoi..
Pening-pening menanda kat opis ni, last-last aku layan blog Peej.. terkekek2 sorang baca entry2 dia..
Sebab dah dekat 2 minggu kot tak jengah blog dia, busy kan..hukhukhuk.. :P

Nasiblah ada blog dia, boleh gak nak buat release tension main ngan pen merah tak habis2 ni..huuu

Ni sekarang tinggal nak key in je.

Legalah sikit kot.

Pastu tadi duk belek2 godek2 semua post lama and latest blog aku ni..
Aku rasa macam aku pentamak. huk huk huk..
Bercampur aduk kategori.

Nak kata personal tidak, tips tidak, berita tidak, gosip tidak..
Adoi!

ROjak sungguh blog aku ni.
Ikut hati nak adjust mana yang patut.
Tapi malas plus serabut. Nanti2 ah. Tak pun, lantak je lah.
Bukan ada reader pun? :P

Ah dah lah.
Serabut.
Babai!


p/s: Tq nuffnang sebab bagi lagi CPUV. CUma yang tak best, opis aku ni blog plak web nuffnang. Kejadah tah? huhu..

Sep 22, 2013

Kepenatan melanda

Penat.
Ponek.
Leloh.
Capek.

Haritu demam.
Melarat larat sampai muntah cirit segala.

Ni budak nak exam plak.

Fokus kerja.

Nanti mood datang baru update.

Wuwuwuwuwu

Sep 14, 2013

Bila Bayi Mula Mengenal Bahasa?

Adam sekarang memang rancak berbunyi 'aoo' 'agoouu' 'beh' 'errr' dan macam-macam lagilah!

Seronok je tengok anak happy berborak-borak macam tu tau..hehe..


Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah bila kita berkomunikasi dengan anak kecil kita tu, dia faham apa yang kita cakap tu? Sebab seolah-olah kadang-kadang tu dia macam senyum2 bila kita kata dia comel semua tu kan..hehe

Dan ada sumber yang aku baca ni, artikel tu ada menyebut yang bayi ni sebenarnya dah mula mempelajari dan mengecam bahasa yang parents dia tuturkan sejak dari dia dalam rahim emak dia lagi.. dan apabila dia lahir nanti, dia akan mula mengenal perkataan demi perkataan.

Meh aku kongsikan artikel tu kat sini:

Bagi kebanyakan ibu-ibu mengandung yang bermain muzik atau bercakap dengan anak dalam kandungan mereka, tendangan anak dalam perut mungkin menjadi satu-satunya pengesahan bahawa kanak-kanak mendengar itu semua. Tetapi menurut satu kajian baru , kanak-kanak yang belum lahir sememangnya mendengar segala-galanya , termasuk suara orang sekeliling yang membolehkan mereka mula belajar perkataan dan mengingatinya apabila mereka dilahirkan.

"Jika anda meletakkan tangan anda ke atas mulut anda dan bercakap , itu hampir sama dengan apa yang janin anda dengar" Eino Partanen , seorang saintis saraf kognitif di Universiti Helsinki , memberitahu Majalah Sains. "Anda boleh mendengar suara, irama muzik, dan sebagainya. " Bagi janin keupayaan untuk mendengar adalah pada sekitar trimester terakhir kehamilan , ini bermakna otak berkembang dan mereka boleh mula mengenalpasti bunyi dari dunia luar.


" Tatata " vs " Tatota "


Dari minggu ke-29 kandungan, 17 ibu yang telah diberikan rakaman seorang wanita mengulangi perkataan " tatata " beratus kali. Kadang-kadang perkataan ini juga akan berubah kepada " tatota ," kata seorang subjek yang dipanggil " yang penting untuk penyelidikan. Ia mempunyai tiga suku kata, dan kita memilih apa-apa perkataan yang lama untuk membuat ia mencabar bagi otak kecil untuk mencari perubahan dan memberikan mereka sesuatu yang sukar untuk belajar, " Mina Huotilainen , penulis bersama kajian .

Ibu-ibu yang telah diberitahu untuk memainkan rakaman 5-7 kali seminggu , dalam pelbagai cara dan di tempat yang berbeza. Secara keseluruhannya, bayi telah mendengar kata-kata lebih daripada 25,000 kali pada masa kelahiran mereka. Bayi adalah tertakluk kepada electroencephalograms (EEG ), yang mampu untuk menguji ingatan mereka untuk mengenalpasti perkataan melalui elektrod yang dipasang pada kepala mereka. Mereka yang teringat kata-kata menunjukkan tindak balas yang lebih kukuh melalui imbasan, berbanding 16 bayi yang bertindak sebagai kawalan. Apa lagi , tindak balas adalah lebih kuat apabila otak mereka teringat, ". Partanen mengatakan bahawa orang dewasa juga mempunyai tindak balas saraf yang sama apabila mereka sedang belajar bahasa baru.

"Hakikat bahawa belajar dari kerap didedahkan bunyi berlaku semasa bayi masih di dalam rahim bermakna pembelajaran bahasa tidak bermula selepas lahir, tetapi ketika bayi mendengar bunyi dalam rahim. Ia benar-benar agak luar biasa bahawa otak janin mempunyai sifat itu, "Patricia Kuhl , Pengarah University of Washington National Science Foundation Sains Pusat Pembelajaran , memberitahu HealthDay . Dia tidak terlibat dengan kajian ini.


Belajar bahasa (vokal) dari dalam rahim


Penemuan membina dari penyelidikan sebelumnya , yang mendapati bahawa bayi dapat mendengar vokal dari dalam rahim , dan ingat selepas mereka dilahirkan. Untuk kajian ini, bayi mendengar bunyi vokal dalam bahasa ibunda mereka  dan kemudian bahasa asing yang lain. Para penyelidik diuji untuk pengenalpastian dengan menggunakan puting yang disambungkan kepada komputer. Apabila bayi mendengar bunyi yang mereka tidak biasa, mereka tertarik dengan bunyi baru dan cenderung untuk menghisap pada puting lagi. Kajian ini dan lain-lain , bagaimanapun, banyak bergantung kepada tingkah laku bayi dan bukannya reaksi saraf mereka.



Ha..
Makanya, kalau nak ajar anak beberapa bahasa, mulalah dari kecik kot, cuba bercakap dengan dia, tapi pastikan bahasa tu betul lah. Dan elakkan dari bercakap 'bahasa rojak' dalam satu ayat. Macam kalau korang nak cakap ayat:

"Adam, lekas habiskan susu, lepas ni kita pergi main dengan kucing kat luar"

Kalau nak inggeriskan, pastikan 1 ayat tu bahasa inggeris:

"Adam,hurry finish up your milk, after this we will go outside and play with the cat"

Gitteww.. ampunkan kesalahan grammar ku..hik3

Tapi, janganlah cakap macam ni:

"Adam, lekas drink milk, after this kita go outside play dengan cat".

hahaha..
macamlah aku cakap tak rojak kan?

Tapi aku cuba lah untuk tak rojak bila cakap dengan adam..

:D

Tata!

p/s:

Sep 13, 2013

Sakit Belakang

Sehari dua ni, sakit betul rasanya belakang.
Posisi duduk semua tak kena.
Baring pun tak ada gaya yang ok.



Lebih-lebih lagi kalau tido sekarang, mesti kena mengiring ke arah Adam. Aku tak bolehlah tido nak membelakangkan anak aku tu. Aku risau kot2 dia batuk ke tersedak ke aku tak dengar. Maklumlah, tido pesen tido mati..hehe..

Tido memang mengadap budak ni je sekarang :)


Aku rasa ada 3 faktor utama lah yang menyebabkan benda ni kot:

1) Pertambahan umur
2) Pertambahan berat badan (aritu je kejap kurus lepas bersalin..sekarang..nan hado!)
3) Kasut tumit tinggi.

Oih, bukan heels yang halus tu, tapi sandal yang tumit dia tinggi sikit.
Sebab, kalau pakai yang tumit flat, sakit tapak kaki plak.

Haih.. susah betul jadi orang gemuk ni.

Yang tak bestnya bila sakit belakang ni, aku automatik akan jadi malas nak buat apa-apa.
Mata pun jadi layu je.. perosak mood betul..hmmmm.

Ish.
Oklah.

Babai..



Sep 11, 2013

Rabu Resepi | Murtabak Maggie





Hi korang!

Ini actually bukan resepi dari emak aku, tapi resepi yang adik aku Nana dapat masa dia tolong kelab usahawan uitm negeri sembilan berniaga benda ni.

Benda apa? Murtabak megi lah!

Senang sangat kot buatnya.

Bahan-bahan:

Mee segera (ikut berapa banyak nak buat)
Telur (1 biji untuk 1 paket)
Daging cincang
Bawang (Ricih)


Cara-cara membuat:

Mula2 rebus dulu mee segera tu tanpa letak perencah dia.
Agak2 dah kembang, tos kan.



Gaul mee yang dah tos tu dengan perencah mee segera tu, bawang dan telur serta daging cincang tu.

Panaskan minyak, cedok mee yang dah gaul tadi agak2 ikut saiz nak besar mana, goreng macam telur dadar.




Siap!

Nak sedap, makan dengan mayonis dan sos cili.

Cer try buat. Nak lagi sedap, guna Mee Sedap @ Cintan.

Sah sah Ramadhan next year korang plak boleh berniaga kat Bazaar Ramadhan.

:D

Sep 9, 2013

Iklan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2014 (Updated September 2013)

Ok, nampaknya TPM UiTM dah betul2 bukak..
Silalah cuba, mana tahu dapat.



UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) Universiti Teknologi MARA Tahun 2014 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.
 
CARA-CARA MEMOHON
Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian pada pautan
http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm.
 
TEMPOH IKLAN
Iklan akan dibuka dari 17 September 2013 hingga 01 Oktober 2013.
 
SYARAT
Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti yang diiklankan.

 
KLIK KLIK KLIK
 
Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.
 
Sekian terima kasih.


Sep 8, 2013

Adab & Cara Mandikan Bayi Baru Lahir

Hai mommies & daddies..

Semalam terjumpa satu artikel berguna dari Facebook, tapi tak tau siapa empunya yang asal..huhuu..

Mengenai cara mandikan bayi..

Berguna juga untuk sesiapa yang ada anak kecik, dan bakal bersalin tak lama lagi :)

Meh meh baca:

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.


Selamat mandikan bayi kalian!
Hati-hati, anak baru lahir ni lembuttttt sangat tau !

Teringat lak masa nak carik pengasuh adam dulu, ada calon pengasuh yang siap2 kata nak mandikan adam dengan air sejuk je, air paip deirect.. gilooo!
Bukan untuk anak aku lah.. anak orang lain terpulang ~






;)

Sep 5, 2013

Ceria bersama Playgym!

Eh eh lama pulak tak menaip blog ni.
Busy lah..

hew hew hew..

Eh, dua hari lepas, RON95 naik 20 sen kan?
Dengar kata RON97 pun nak naik jugak 15 sen.

Hebatnya harga minyak 2013 ni..

T_T

Bila fikir pasal kewangan memang sakit hati kan.

Baik aku tengok anak aku, Adam main kat Playgym dia.
Actually baru je beli 2 hari lepas..haha

Beli dekat Manjaku Taipan Senawang tu je..
Taklah mahal sangat berbanding dengan rupa dia, dan hasil dia.
Harga Playgym ni, aku beli RM79. Ok lah tu kan?

Memang dia sangat sukalah!

Asyik menendang2, dan menggapai2.. hehe..
Siap ketawa2 lagi..
Lepas tu bila meniarap pun dia excited bila tengok warna2 dan cermin yang ada kat Playgym tu..
Ceria..
Aku yang tengok ni pun rasa ceria je.. :D


Sayang anak emak..
Mwahh.. peluk cium gomol Adam

BEST!
Sebab adam wangi!

:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...