Pages

Jul 31, 2013

TAWARAN BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA (TPM) UiTM 2014



 UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) Universiti Teknologi MARA Tahun 2014 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.

CARA-CARA MEMOHON

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM

TEMPOH IKLAN

Iklan akan dibuka dari 01 Ogos 2013 hingga 21 Ogos 2013.

SYARAT

Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti yang diiklankan.

Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.


P/S: ni aku tolong iklankan aje ni.. ada apa-apa hubungi UiTM sendiri ye.. pada yang sedang mencari peluang sambung pelajaran atau yang tengah mencari kerja kosong, bolehlah cuba untuk memohon ye.. 

p/s/s: Pengumuman baru, tarikh iklan TPM UiTM ni ditunda buat seketika ke tarikh yang akan diberitahu kemudian.. Tungguuu.. 


p/s/s/s: UPDATE 9/9/13, iklan baru dah keluar, KLIK SINI!!!

Jul 29, 2013

Salesgirl Yang ... (dot dot dot)

Gambar Hiasan

 Tahun ni adalah tahun pertama aku dan zaimi akan beraya bersama anak.. yea!
Alhamdulillah.. Dengan adanya Adam Zuhairi tahun ni, maka tetiba lah emak dengan ayah adam ni terasa nak bersedondon lah satu mini family kami ni..

Baju untuk belah aku, dah setel.
Sebab tahun ni giliran raya Semenyih, hari kedua raya nanti baru gerak balik Kota Bharu.

Dan sekarang duk mencari baju untuk bersedondon dekat belah zaimi pulak..haha

Aku ada tempah baju haritu, warna hijau kekuningan.

Ha macam ni lah warnanya..


Lepas tu mula-mula aku dengan zaimi pergilah carik dekat Tesco Semenyih memandangkan weekend haritu balik rumah emak. Adam of course lah aku tak bawak, buat merengek budak tu je nanti pergi jalan lama-lama.

Cariklah dekat kedai Gene Martino.. Ada lah yang warna sama, corak pun cantik.
Memang meletop lah. Sangat berkenan!
Tapi tak ada saiz.. Adam pakai saiz 0 je sebab dia baby. Saiz 0 tu dah sold out. Arghh!!

Ada yang besar je.

Kecewa.

Lepas tu tetiba terfikir nak pergi carik kat Warta Bangi, sebab kat situ kan ada Bazaar Wartawalk ke hape entah nama dia. Pergilah.

Mak oiiiii!!

Ramainya manusia!
Giler ramai!

Giler gilerrr ramai!

T__T


Pusing-pusing carik parking memang tak ada.
Sekali dapat idea nak turun dekat basement.
Eh bukan basement Warta tu, tapi basement kat kedai2 sebelah Warta.

Neh nak habaq mai, kalau hangpa rasa nak shopping kat Warta, silalah parking kat basement luar tu.
Serious parking banyak.
Tak payah lah nak sendat kan kepala otak carik parking kat belah atas.

Ok berbalik pada motif post ni, lepas keletihan pusing bazar tu, tak jugak jumpa baju melayu untuk adam tu. kalau ada saiz, warna tak sama, kalau ada warna, masalah saiz pulak.

Last sekali kitorang decide nak try usha kat butik Zaida.
Memang tak rasa nak pergi awal2, sebab takut kang harga dia over budget pulak..hik3

Lepas tu macam ternampaklah baju kecil berwarna yang kami nak tu duk tergantung baik punya kat butik tu..apa lagi, serang!!

Tapi bila dah sampai, tengok saiz dia, saiz 2. Tanya lah kat salesgirl tu, ada tak saiz 0.
Dia kata habis, tak ada yang simpan stok, yang tergantung tu je yang ada.

Kecewa lagi..

lepas tu budak perempuan tu tengok muka aku dengan zaimi kecewa agaknya, dia pun macam nak bermesra lah kot, dia pun buat2 lah tanya soalan kat kitorang.

"Anak cik lelaki ke perempuan?"

WHAT?

Dan dengan longlai nya aku pun jawab..

"Dah nak beli baju melayu, mestilah anak lelaki dik oi.."

Tak kan lah aku nak kasik anak perempuan pakai baju melayu?
Munasabah lah sikit wahai salesgirl..


agaknya dia letih sangat kot.. ramai orang nak dilayan.. sampai hanged sekejap otak dia..haha..

Last-last beli dekat Pakat Mai Trading, kedai kat luar warta tu..
Tapi design biasa je..
 :-/


p/s: tahun depan nak beli kain 1 kayu, nak tempah anak beranak. baru tak susah nak carik merata-rata macam ni..haih laa..

Jul 26, 2013

Cara Meneran Ketika Bersalin

Sedar tak sedar, anak aku Adam dah nak masuk empat bulan dah tak lama lagi, Alhamdulillah..
Syukur atas kurniaanMu Ya Allah..

Kadang-kadang tu duk teringat jugak time2 mengandung dulu..
Kadang-kadang tu tetiba terfikir "Bestnya mengandung.. nak mengandung lagilah".

Hahahah...

Tapi kalau boleh dan secara warasnya, aku nak tunggu at least, Adam boleh menerima arahan mudah, baru boleh nak bagi dia adik.. Insyaallah..

Sebenarnya kalau ikut pengalaman aku sendiri pun, masa mengandung tu, apa yang paling ditakuti adalah masa baby nak dikeluarkan. Memang terfikir macam-macam, nak pulak Adam tu baru anak sulung, memang tak pernah terbayang pun apakah bersalin itu. Bila dah lalui..perghhh..

Memang bersalin tu proses yang banyak memutuskan urat, betul lah apa yang orang cakap sebelum ni. Pertamanya bagi aku, sebab sakit gilaaaaa. Haruslah banyak putus sana sini. Dan satu lagi, lepas bersalin ni rasa macam cepat lupa sikit. Kekadang tu ingat, lepas 5 saat lupa. Macam hanged jap. Jenuh recall suruh dia datang balik. haha... Nasib badan.. terima ajelah. huu..




Dan memang elok lah sebenarnya ibu-ibu yang mengandung, terutamanya anak sulung ni, ambil tahu mengenai cara bersalin yang betul. Apa posisi dia sebenarnya kan. Macam mana nak bernafas. Dan actually how to meneran??

Mungkin tips yang aku baca dari SINI ni berguna jugak:

Waktu Mula Meneran

Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.


Posisi Meneran Yang Tepat

Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.


Cara Meneran

Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Good tips kan?

Adakah aku ikut sebijik sebijut tips2 di atas?

Jawapannya adalah TIDAK!

Sebabnya, bila contraction, aku yang induced memanglah super sakitnya.
Mana nak ingat semua step, dan tak terbuat pun -_-"

KLIK kalau nak baca cerita aku bersalin induced sebab GDM

Siap masa tu, bukaan tak sampai 10cm dah kena teran..
Kaki tah kemana, peha tah kemana..
Yang aku ingat, masa meneran anak keluar tu, ibaratnya kau menolak nyawa kau keluar bersama-sama.. huk..

Tapi seriously, pengalaman itu amat manis dan indah.
Hanya orang yang lalui je yang rasa.

Masa baby keluar, tak rasa apa.
Keluar je baby, hilang segala contraction.
Yang nak rasa pun sengal sikit masa dia tarik keluar uri, dan rasa DIJAHIT HIDUP-HIDUP.

T_T

Itu sakit ye.

Dan itu kau boleh bayangkan walaupun kau lelaki.

Ibaratnya kau amek jarum kau cucuk kat bibir kau.

Heheh..

Kepada yang bakal bersalin, terutamanya anak sulung..
GO GO GO!

ANDA BOLEH!

Nak tengok gambar bayi ketika keluar dari ibunya?
Kalau rasa tak berani tak payah scroll ye.
Amaran: Ini untuk tujuan pengetahuan.

Gambar ni aku dapat dari internet jugak.

Ready?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang tak berani sila jangan teruskan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan teruskan! last warning ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Jul 22, 2013

Takziah buat keluarga Nawal Iris Samsudin

Ya Allah.. terkejut sangat bila dengar berita seorang kanak-kanak maut selepas tertinggal dalam kereta selama enam jam.

Serius. Speechless.



Kalau diikutkan, ibu manalah yang tergamak sesaja nak biar anak kepanasan dalam kereta.
Ini adalah takdir Allah.

Kepada yang belum tau mengenai adik Nawal Iris, di sini aku share kan beritanya:

Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.

Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.

Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

“Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana ‘heat stroke’. Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai. Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan. Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, di sini, hari ini. – Bernama, 19 Julai, 2013.

Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaan Adam Zuhairi kepada aku. Jauhkanlah aku dan keluargaku dari musibah yang tragis dan menyayat hati ni.

p/s: Adam Zuhairi dah banyak akal..asyik nak masukkan tangan dalam mulut je. Bukan satu jari ye, semua jari!!

Adam Zuhairi agugu agugu..

Jul 17, 2013

Majlis Pertunangan Syazni

Bertunang?
Bukan dah ada anak pulak dah ke?
Adakah ada pulak lelaki yang bertunang dengan isteri orang ni?

Hahaha..

Tak adalah..

Ini memang Majlis Pertunangan aku dengan Zaimi, memang 17 Julai.. Cuma bukan 2013, tapi 2011 dulu.

Majlis pertunangan aku tu simple dan ringkas, tanpa pelamin, tanpa sewa baju, dan tanpa make-up artis. Memang abah aku nak yang simple je, katanya, kalau ada pelamin baju sewa semua tu, baik terus panggil tok kadi nikah terus aje..haha.. Eh tu pendapat abah aku, lain orang lain caranya kan? ;)

Pakai jubah emak aku pergi haji  je..hehe

Memang ringkas je. Baju jubah putih mak aku buat haji, tudung bawal, tempel shawl kot belah luar. Lepas tu, sepupu mak aku je yang make-up kan sikit. Siap. Then tunggu rombongan sampai je.


Makanan pun tak ambil katerer mana-mana, mak je masak sendiri.. kenduri kecik untuk 50 orang, tak ramai pun. Jimat kos. Hantaran pun mak gubah sendiri. Hehe..

Mak memang talented lah bab-bab gubah hantaran ni, memang aku tak payah upah sesiapa pun.
Nak tempah dengan mak aku? Tanya sendiri. 0192566818. Nama dia Siti. Tapi dia nak terima ke tak, dengan harga upah, tanya sendiri lah ye. Kot-kot lah mak aku sudi menerima tempahan gubahan hantaran sekitar Semenyih kan.. kekeke..

Syazni dan Tunangnya.. ahaks

Now, anak dah sorang.. Alhamdulillah :)

p/s: Puasa ke tidak?

Jul 16, 2013

Adam Zuhairi 100 Hari

Ewah macam pantun pulak tajuk entry kan. Hehe..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi anak yang dikurniakan pada aku dan Zaimi dah menjangkau 100 hari umurnya pada hari Ahad lepas (14 Julai 2013).

Anak 100 Hari!


Nak jadi cerita, pada umur dia 100 hari tu lah dia punya meragam..homai.
Sebab hari Jumaat tu pergi inject vaksin dia yang ke tiga bulan.

Inject dekat Klinik Kesihatan Senawang which makes me not very happy with the service la. Tapi itu nanti lain entry aku bebel.

Inject dalam pukul 10, kebetulan malam sebelum tu tiba-tiba dia punya hidung berair tu.
Aduhai.. Punyalah menangis dekat klinik sebab hidung tersumbat..
Dengan tak dapat nak hisap putingnya..
Klinik Kerajaan mana boleh bawak segala aneka puting tiruan tu.

Lepas tu dah kena inject, menangis lagi.

T__T

Malam tu balik tidur Semenyih. badan dah mula dedar.
Tapi hari Sabtu kira ok lagi, still boleh control.
Masuk je Ahad pagi, melalak-lalak..
Kesian aku tengok..

Makanya hari Isnin terpaksalah aku menggalas tanggungjawab ibu sepenuh masa..
Bye bye UiTM untuk satu hari..
Anak aku lagi penting..

Jaga dia sehari, monitor suhu dia, bagi minum ubat semua..
Alhamdulillah kurang sikit meragam..

By night suhu dia macam dah kurang sikit, tapi still bagi jugak ubat demam.
Then sebelum sahur tadi check lagi suhu dia dah 37 degree Celcius..

BIG ALHAMDULILLAH!

Jadi harini dah boleh pergi kerja, dan dah hantar Adam pergi kat pengasuh.

Bekalkan jugak ubat demam dalam beg dia, kot-kot dedar semula. Harapnya tak lah.

Adam Zuhairi Pagi Tadi :)


p/s: Rindu pulak sama itu budak gugu sebab dah 4 hari duduk jaga dia..wuuuuu

Jul 15, 2013

Cara Hilangkan Hidung Bayi Tersumbat

Dua tiga hari lepas, anak aku Adam kena selsema pulak.
Pertama kali handle anak hidung tersumbat sebab banyak hingus boleh bikin cuak woa.
Mesti terjangkit kat rumah pengasuh dia, sebab aku dengan Zaimi tak ada pulak selsema..
Hmm..

Itulah bahana nak kena tanggung letak anak kat pengasuh, taska, nursery dan sebagainya kan..
Nak buat macam mana adam, emakmu ini kerja..


Dahlah selsema, esoknya tu kena pergi suntik 3 bulan pulak..
Dah selsema, tambah dengan dedar pulak..

Makanya harini daku bercuti lah menjaga anak yang baru satu ni..
Takpelah, anak punya pasal..
Thank you Sarah sebab tolong jagakan makmal daku petang ni ye..

Memang masa hidung dia tersumbat tu, dia menangis bukan main..
Sebab dia lapar, nak minum susu pun tersangkut-sangkut..
Macam kita masa selsema jugak lah kan..

Ada tanya kawan-kawan, ada tak petua nak hilangkan selsema baby?
Alhamdulillah ada feedback.. Ye lah, risau juga sebab baby ni tak boleh makan ubat selsema, kena cari cara alternatif untuk menangani selsema bayi ni..

Ada kawan suruh sapu kunyit hidup yang ditumbuk dekat batang hidung anak, kesannya mungkin nanti hidung anak akan kuning lah sikit..hihi..



 Cari punya cari kunyit kat dapur, habislah pulak..hahaha nampak benor lama dah tak masak guna kunyit hidup..ngeee.. maka teknik tu dapat nak buat. Anak nangis ni..how!?

Kemudian ada pulak yang suggest suruh beli penyembur hidung. Nama dia Sterimar. Perghh..!
Spray Sterimar ni boleh tahan berkesan. Good good. Lepas sembur kat hidung adam, meleleh hingus dia keluar. Ye lah dah nama pun baby 3 bulan, manalah reti nak hembus hingus sendiri kan. Lepas spray tu baru dia lega. Bila macam tersumbat balik, kitorang sembur lagi dan keluar lagi hingusnya.. :D


Bagus spray ni. Aku recommend. heheh..

Lepas tu nurse kat Klinik Kesihatan Senawang tu pulak dia kata kalau dia, dia sedut guna mulut je hingus anak dia. Zaimi adalah cuba kat adam, tapi aku tak berani. Huhu.. Last-last selain sterimar tu, kitorang beli jugak pump hingus cap Pigeon tu, sebab pakai mulut macam tak hygenic je..

Selain cara-cara kat atas, ada jugak cara-cara lain nak hilangkan hidung tersumbat untuk anak kecil yang aku jumpa kat beberapa site. Ringkasnya:

1) Mandikan bayi dengan air suam dan urut-urut sikit belakang badang dan muka bayi.
2) Perahkan limau nipis dan ambil daun sirih lalu celup ke dalam air perahan tadi. Selepas itu, sapukan pada dada dan leher bayi.
3) Tumbuk halia dan letak depan hidung anak, supaya anak boleh hidu bau halia itu.
4) Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan minyak kelapa dara. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi dan ubun-ubun bayi.
5) Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
6) Sapukan 2 titik madu ke lelangit bayi.
7) Pancutkan susu ibu yang telah diperah menggunakan syringe ke dalam hidung bayi dengan agak kuat agar susu dan hingus ditelan oleh bayi.
8) Sapu air garam pekat di batang hidung bayi.


Tapi petua-petua ni semua tak tentu boleh hilangkan hingus anak, kalau melarat kena bawa juga pergi jumpa doktor ye.

*aku tak bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa pada anak kamu semua melalui petua-petua yang aku share tu, itu hanyalah rumusan dari pembacaan aku sahaja..aku juga tak pernah try..

p/s: anak selsema emak yang pening..

Jul 9, 2013

Video Ucapan Couple Seminggu

Serious terkesima masa tengok video ni.
Takut.
Takut sebab aku adalah salah seorang parents zaman sekarang.

Ya Allah, jauhkan anak-anak aku dari bertindak tak matang macam ni -_-"

 



Kesian.
Serious aku rasa kesian sangat dekat budak ni.
Nampak sangat tak fikir jauh.
Nampak sangat budak-budaknya..

Arrghhhh.. Tensi aku tengok video ni.

Punyalah sayang dia dekat boyfriend dia yang baru kapel seminggu tu.
Apa si pakwe tu nak jadi esok2 pun tak tau?
Janji nak sayang sampai habis nyawa.. pheww.. harapan sangat.

Kalau betul ada jodoh tak apa, kalau tak?

Untuk Puteri Awani Ahmad (katanya lah ni nama dia, wallahualam)

Adik, perjalanan hidup adik insyaallah jauuuuuh lagi.
Kot lah, sebab dari lagak dan rupa, nampak macam bebudak sangat adik ni.

Takmo buat next video dah okey?

Cukuplah yang 1 ni.
Cukuplah dik.. T_T

Nanti, bila betul-betul dah sampai masanya untuk adik kahwin, haa buatlah untuk suami.
Tak sanggup pulak tengok adik buat diri adik macam ni.
Kesian... Sangat.

Adoi...

KLIK UNTUK BACA LUAHAN PUTERI AWANI AHMAD

"Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia. " Puteri Awani Ahmad.


T_____T

Rumah Kena Bakar Dengan Pengkid

Apa nak jadi lah dunia sekarang kan.
Ada seorang perempuan pengkid ni, pergi bakar betul-betul rumah kononnya kekasih dia dekat Muadzam Shah lepas hantar SMS ugutan.

Terpengaruh dengan Usop Wilcha kah?
lol..

Kesian tuan rumah, memang kurang ajar lah pengkid tu.

Gambar Hiasan

Habis Ranap Rumah Orang

Meh aku tempel berita tu:

Muadzam Shah: “Aku nak ko (kau) mati... aku akan bakar rumah ko (kau).” Itu antara kandungan SMS ugutan diterima mangsa cinta sejenis dikenali sebagai Mira, 17, yang dikirim seorang pengkid sebelum membakar rumah keluarganya, dua hari kemudian di FELDA Keratong 9, dekat sini, 6 Julai lalu.

Mengimbas semula kejadian itu, Mira berkata, pada malam sebelum kejadian, dia yang berasa tidak sedap hati ketika tidur di biliknya mengambil keputusan tidur di bilik abangnya yang tiada di rumah kerana bekerja syif malam.
Menurutnya, selepas dua jam melelapkan mata, dia terjaga jam 11 malam selepas terhidu bau asap di bilik tidurnya lalu bergegas bangun untuk memeriksa.

Katanya, sebaik membuka pintu bilik, dia terkejut apabila melihat api merebak pantas sebelum menjerit memanggil bapanya.


KEADAAN rumah mangsa yang dibakar di FELDA Keratong 9, Muadzam Shah.

“Api merebak begitu cepat menyebabkan bapa tidak mampu berbuat apa-apa manakala pili bomba berhampiran rumah pula tidak berfungsi mengakibatkan keseluruhan rumah ranap sekelip mata.
-Sumber-

Bukan setakat berita ni je gila, ada 1 lagi berita tu pun tragis jugak.
Seorang cikgu kena tembak masa balik dari sekolah.

KLIK UNTUK BACA

Dah macam kat luar negara pulak dah aku rasa negara aku ni..
Seramnya.
Senang sangat orang lepas kemarahan.
Marah je bakar. Marah je tembak. Marah je bunuh.
Apa ni..???

:-/


Nauzubillah.. minta dijauhkan dari nak terkena benda-benda macam ni..


p/s: Esok puasa.. Jom sambut Ramadhan ;)

Jul 8, 2013

Suami Tak Perlu Minta Kebenaran Isteri untuk Kahwin Lagi

Wow..

Semalam dekat Whatsapp, kecoh sekejap kami bercerita pasal para suami kat Malaysia sekarang, tak payah nak minta tandatangan atau izin isteri untuk kahwin dua, tiga, atau empat.

T__T

Gambar Hiasan


Tapi kalau ikut aku Google tadi, perkara tu dah lama keluar paper rupanya.. Oktober 2012 lagi.
Ke ada yang baru..?
Maaf lah.. busy bebenor sampai tak sempat nak baca suratkhabar.
Huhu..

 Sepang: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa undang-undang syariah di Malaysia memberi hak kepada suami berpoligami tanpa perlu meminta kebenaran isteri.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata sebaliknya keputusan sama ada lelaki berkenaan dibenarkan berpoligami atau tidak bergantung kepada budi bicara Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, beliau berkata kebiasaannya Mahkamah Syariah akan memanggil isteri pertama untuk memaklumkan bahawa suami bakal berkahwin satu lagi.


“Mengikut sistem perundangan Islam suami memang tidak perlu meminta kebenaran isteri untuk berkahwin lebih daripada satu atau berpoligami.

Perlu buat permohonan

“Bagaimanapun, mana-mana lelaki yang mahu berpoligami perlu membuat permohonan ke Mahkamah Syariah bagi menentukan sama ada layak atau tidak berkahwin lebih dari satu,” katanya ketika di temui BH di sini.

Othman diminta mengulas laporan media mengenai lelaki Islam di Pulau Pinang tidak memerlukan kebenaran isteri pertama untuk berpoligami.
Dalam laporan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Datuk Sazali Hussien, berkata enakmen syariah negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mendapatkan kebenaran isteri pertama.

Sebelum ini, BH melaporkan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, dipetik sebagai berkata suami yang mahu berkahwin lebih daripada satu tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kerana ia tidak terkandung dalam enakmen syariah di semua negeri.

Ambil masa 21 hari

Sebaliknya, mengikut Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam yang hampir seragam di semua negeri, suami diberikan hak berpoligami dan hanya perlu mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah.

Zainul Rijal berkata permohonan mengambil masa hampir 21 hari dan akan dinilai oleh Mahkamah Syariah sebelum mendapat kebenaran.

“Empat elemen utama dinilai mahkamah, iaitu keperluan perkahwinan, kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak mendatangkan kemudaratan pada isteri.


Tapi ni versi lelaki Pulau Pinang kan? Lelaki Kelantan macam mana? hihi..

Adakah para isteri kena berjaga-jaga je lepas ni?

Tapi kan..

Kalau dia dah nak sangat kahwin baru..
Apalah kudrat kita nak halang..

hmm..

p/s: Saya Sayang Suami Saya..

Jul 6, 2013

Hujung Minggu

Suami masak breakfast.
Anak kejap tido kejap bangun.
Aku pulak urus kain baju.

Sekarang suami dah tidur.
Anak mamai nak tidur.
Harapnya tido lah.

Aku?

Kunyah biskut Chipmore Butter yang marvellous sambil tengok artis-artis pelawak ramas tetek kambing kat Astro Mustika HD, Redah Kasi Pecah Extravaganza katanya..

Oh my hujung minggu..

Jul 1, 2013

Permohonan Kemasukan Sesi Akademik 2 UiTM 2013/2014

Berita baik untuk para pelajar lepasan SPM yang mungkin tidak berpeluang menyambung pelajaran kemana-mana, atau mungkin ada perkara yang menggangu hingga tak sempat daftar mana-mana haritu, sekarang Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuka kembali peluang untuk memohon, untuk ambilan sesi 2.

Klik Gambar Untuk Lebih Besar


Klik Gambar Untuk Lebih Besar

Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak sambung pengajian ke peringkat Diploma ke Asasi ke, bolehlah memohon.

KLIK SINI UNTUK MEMOHON Kemasukan Sesi Akademik 2 UiTM 2013/2014

Cepat ye, tarikh tutup permohonan 18 Ogos 2013.

Good Luck!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...