Pages

May 24, 2013

Pentingnya emak selepas bersalin

Emak,

Dah 49 hari Nie dengan Adam duduk dengan mak lepas bersalin.
Tak lama lagi, dah nak balik ke Senawang semula..
Dah duduk dengan mak lama-lama ni, terasa pulak sayu nak balik Senawang semula..

Tapi apakan daya, nak tak nak, kena balik juga, balik ke pangkuan suami..hehe..

Terima kasih mak, sebab susah payah bersengkang mata tak tidur malam sama-sama dengan Nie untuk jaga Adam. Nie langsung tak ada pengalaman, jadi mak banyak ajarkan.. Sampai ke hari ni, akhirnya Nie dah boleh mandikan Adam, walaupun takut-takut leher dia tu..huhuu..

Sepanjang tempoh berpantang, mak lah yang paling letih sebenarnya kan?

Dahlah tak cukup tidur sebab sama-sama jaga adam malam2, kadang2 Nie letih, tido malam tak sedar apa, mak lah yang tolong tukarkan pampers adam, dodoikan adam.. Pagi je, mak dah start basuh semua baju2 adam yang berlambak2 sebab ada suka 'terpancut'..haha.. basuh baju Nie, siapkan air mandi untuk Nie, siapkan air mandi adam, mandikan adam, lepas tu masak pulak.. barang tak cukup mak jugak yang pergi kedai kalau zaimi tak ada.. waktu nak mengurut mak jugaklah yang pergi menjemput menghantar tukang urut tu.. lepas tu tolong panaskan tungku.. tolong pegang adam masa Nie makan ke mandi ke..

Aku? Tuhan je yang tau betapa tak laratnya, dan sakitnya rasa badan selepas bersalin.. Cuma mampu duduk dan jaga adam je.. tu pun kadang-kadang terlena..

Kadang-kadang mak tertidur keletihan atas sofa.. Nie biar je.. Tak sampai hati pulak nak gerakkan..
Malam pun sama.. sejak Nie dah kuat balik Nie, bila adam nangis, Nie kalau boleh memang cepat2 je setelkan.. Tak nak mak terjaga.. Cukuplah mak dah banyak letih menolong waktu siang..

Terima kasih mak. Terima kasih.
Nie tak mampu nak balas jasa mak dekat Nie.. Duit ringgit tu ibarat tak cukup lagi dengan jasa mak..
Jaga ni dari kecik, sampai dah ada anak kecik pulak..

Allah, rahmatilah emak aku.

Betul kata orang, bila kau dah ada anak, kau akan rasa perasaan sayang kau pada ibubapa kau tu lebih dari biasa. Lebih menghargai mungkin?

Aku ingat lagi, malam lepas aku bersalin tu, lepas zaimi dah balik, aku SMS mak.

"Terima kasih mak, sekarang Nie tau kenapa mak marah bila Nie jahat :')"

"Okey, jaga diri, jalan pelan pelan kalau nak gi kencing, stokin pakai, ibu jari kaki jangan terlanggar, takut bentan"

Emak tetap emak kan? Risau kat anak tak kan habis sampai hujung nyawa.

4 generasi. Emak, aku (mak datok muka macam hape tah), nenek pangku Adam. Hari kedua sebelum discaj.

Emak aku. Ye memang muka tak sama langsung. Jenis darah je aku ikut dia. hee..
Tak dapat bayang macam mana kalau mak tak jaga aku time lepas bersalin.. Dengan sakitnya.. Fuh.. Terima kasih Allah untuk anugerah ini..

p/s: Dah tua bangka, dah ada anak kecik pulak dah, kalau ada buat silap kompem kena leter jugek.. takpelah mak.. I love u.. :)


May 23, 2013

Pengalaman Anak Warded Sebab Jaundice!

Anak aku Adam lahir pada 6 April 2013 haritu dekat Hospital Putrajaya, kondisi hospital memang tip top, sebab toilet dalam bilik..haha.. Layanan ok lah, nurse pun bukan dayang istana kan, kau nak harap dorang layan kau macam raja, dorang berwajah manis dan berbudi bahasa dengan kau pun dah cukup bonus la kat hospital kerajaan ni kan.

7 April dalam pukul 4 petang macam tu discaj, nurse siap bagi buku biru untuk check up anak, dan dia suruh lapor kelahiran kat klinik kesihatan berdekatan. Esok tu, 8 April, sebelum zaimi pergi buat myKid Adam, dia lapor kat klinik kesihatan semenyih, memandangkan aku berpantang kat rumah mak. Nurse cakap dalam tempoh 24jam nurse akan datang tengok aku dengan Adam untuk cek apa-apa yang patut.

Aku pun keep on la try untuk breastfeed (BF) kan adam, sebab kan kata konon nak fully BF, sepanjang check up masa mengandung, aku disogok dengan polisi penyusuan susu ibu je kan, WALAUPUN susu aku tak keluar-keluar lagi. Memang aku bagi adam BF, tapi macam dia sedut kosong je. Kan katanya, kalau anak keep on sedut, nanti susunya keluar. Ok takpe. Teruskan je macam tu. Mak tanya, dah susu tak ada, tak nak bagi susu formula dulu ke?

Dengan yakinnya aku cakap tak payah. Aku nak cuba jugak BF. Dengan sakitnya badan berjahit segala, duduk tak selesa langsung bagai, aku try BF dan try. Kiranya, adam tak dapat makanan lagi. Nak teruskan dengan impian fully BF lah konon. Malam tu, aku perasan hujung mata adam ada kuning-kuning.. Dah mula rasa tak sedap hati.

9 April, nurse datang dalam pukul 10 pagi. Sampai je, terus je nurse tu cakap adam kena kuning, baru tengok je, tak pegang lagi tu. Dia suruh pergi cek bacaan darah kat klinik kesihatan. Aduss..

Kau bayangkan, dengan keadaan aku yang tak berapa larat, sakit lagi, adam pun cinonit punyalah kecik, dah kena naik kereta balik pergi klinik. Kat klinik, adam kena ambik darah kat kaki.. Ya Allah.. perasaan masa tu sedih, sebab anak kau yang baru belajar nak hidup ni, melalak-lalak menangis kena cucuk jarum kat kaki.. Lepas cek semua, bacaan 14.7 mol. Doktor dah risau, dan merisaukan aku. Katanya, malam nanti sila pergi ambik lagi bacaan kat klinik kajang, kalau bacaan naik lebih dari 18, akan warded.

Aku ni dahlah ibu baru, mak aku pun nenek baru. Bila kat klinik tu, ada pulak yang bagi petua, suruh bagi adam minum susu kambing, katanya boleh turunkan bacaan. Dengan pantas, pergi beli. Balik tu, ada pulak yang call bapak aku, ajar cara nak bagi anak susu kambing tu macam mana. Titik kan kat mulut katanyaaaa.. Baik, aku dengan zaimi pun titik la kat mulut adam. Susu formula tak bagi jugak, nak fully BF kan? *mata ke atas*

Malam tu, pergi cek. Bacaan jadi 14.8mol. Ok ini tidak best. Walaupun 0.1, naik tu, tak turun pun. Esok kena pergi cek lagi, bermakna adam kena cucuk tapak kaki lagi. Hmm..

10 April, pagi tu aku beralah.. Susu aku tak ada jugak. Bagi lah susu formula, tu pun, aku bagi 10ml je. Lepas tu,  pergi cek lagi, bacaan jadi 17mol. Ya Allah.. naik! Doktor buat surat refer hospital, kena warded. Siap pesan jangan bagi susu kambing, sebab itu petua yang tak pasti kesahihannya, dan kadang-kadang boleh tinggikan lagi bacaan jaundice. Damn. Aku dah bagi pun. Bodohnya aku :((

Petang tu terus ke hospital putrajaya semula, adam terus ke NICU, habis dibogelkan dan duduk bawah lampu biru.. Bila dia dah cek bacaan, adam tak teruk sangat, jadi tak perlu duduk dalam NICU, kena transfer ke Wad Bersalin Risiko Rendah dekat precint 8.. Aku kena warded bersama adam, sebab nak kena BF kan dia, untuk turunkan bacaan..

Serius, aku dah menangis-nangis.. bodohnya aku.. Antara sebab adam kena kuning tu sebab aku tak bagi adam susu badan, kalau tak ada, patutnya kena bagi susu formula dulu sementara susu badan nak keluar.. aku tak bagi sebab aku bengap. Ditambah pulak dengan titiskan susu kambing, tambah pulak aku minum air lobak putih campur lada hitam nak bagi keluarkan susu badan.. Semua dek aku terpengaruh dengan petua-petua.. :(( Lagi-lagi pulak, aku ni darah O, dan jugak aku ambik insulin pulak masa pregnant.. Ha kau.. tak cukup jari aku list kan benda-benda yang buat anak aku sakit.. plus kebodohan diri lagi..

Malam tu, aku tidur dekat wad dengan adam. Kau bayangkan, hati sapa yang tak sedih tengok anak kau yang kecik tido tanpa baju bawah lampu biru, dahlah mata kena plaster. Yang tambah lagi kesedihan aku, aku asyik terfikir salah aku pada adam. kenapalah aku tak bagi je dia susu formula.. dan kenapalah aku buat petua-petua tu semua..

Adam, malam pertama di wad
Malam tu jugak mak mertua aku sampai dari Kota Bharu. Patutnya MIL aku dapatlah duduk dengan cucu dia 3 malam, tapi dah kena warded pulak.. tiket flight dah beli..

Tension sangat masa dalam wad ni, dengan susah hati kat anak, dengan sakit beranak tak hilang lagi, kena paksa untuk BF jugak kat anak walaupun tak ada hasil dan tak berapa reti lagi nak betulkan posisi BF anak sebab sakit jahitan, uruskan anak seorang diri TANPA sebarang pengalaman.. Kat rumah kan ada mak, dia leh tolong.. Ini, aku terkontang-kanting sorang.. Dahlah yang boleh melawat suami sahaja, suami pulak tak boleh nak datang melawat sebab MIL ada, tak kan  zaimi nak tinggal MIL pulak.. Dengan kena mandi air sejuknya.. Dan yang paling tragis sekali, makanan yang dia bagi kat aku, tak ada concern terhadap ibu dalam pantang langsung. Dia bagi ayam, dia bagi telur.. Ya Allah.. Tuhan je tau apa perasaan aku masa tu. Nasib tak meroyan je..huhu..

kesian anak emak..sobss..

wad dia macam apartment, tapi dah namanya wad, i dislike!


Selepas 2 malam warded, bacaan adam turun ke 12mol, dan doktor kata boleh discaj..phew..
Nasib boleh balik 12 April tu.. kalau tak, mau gila aku duduk dalam wad dengan keadaan macam tu lama-lama.. tapi tetap kena BF setiap 2jam, dan elakkan makan makanan berhalia, berkunyit dan sebagainya.. kena pastikan bacaan turun di bawah 5mol.. Hai kesian anak emak.. Disebabkan aku takut nak bagi dia susu formula, jadi sebab pulak kat kes ni..

mata sembab lepas akhirnya dapat bukak plaster mata


Mulai hari tu, aku memang tak exclusive BF la.. memang campur susu formula.. serik rasanya..

Aku sakit tak apa, ini anak yang sakit.. ralat dia lain macam tahu.. Dugaan sungguh.. :-\

Itulah sahaja kisah ngeri aku selepas bersalin..huhu..

Dan malam lepas discaj tu, dapatlah MIL tido dengan cucu dia.. Oh ye, malam tu jugak zaimi botakkan adam..kuang3..




nanti cerita lagi.. daa..

May 22, 2013

Apa cerita Syazni bersalin?

Dear Adam Zuhairi Bin Ahmad Zaimi, anak sulung emak yang mucuk.
Entry ni untuk Adam.


Mana nak mula ye?
Hmm.. Kalau diikutkan, Expected Due Date (EDD) aku adalah pada 20 April 2013.
Tapi nak dijadikan cerita, aku ada GDM pulak masa mengandung ni. Makanya, masa check up dekat Hospital Putrajaya 14 Mac tu, doktor dah bagi arahan suruh masuk ward untuk induced pada 4 April, sebab 5 April genap kandungan aku 38 minggu. Katanya, baby GDM kena keluar pada 38 minggu tu jugak untuk elak sebarang komplikasi lain, samada pada baby, atau pada aku.

Masa mula-mula dapat arahan kena warded tu, aku boleh gelak-gelak lagi, siap duk cakap nanti anak aku ni birthday dia tak surprise sebab dah tau la apa la.. Tapi, makin dekat hari, makin cuak beb!

Aku start cuti 1 April, sebab nak siapkan marking dulu 1 kod *gigih tak? haha*
Zaimi keje lagi masa tu, so aku duduk rumah kemas-kemas apa yang patut sambil pujuk hati sendiri mengenang apalah rasanya induced tu nanti.. Dan segala kronologinya bermula pada 3 April..jeng jeng jeng..

Malam 3 April tu, lepas kemas2 beg semua, kami pun berangkat ke Semenyih, kiranya senangla esoknya nak pergi menyerah diri kat hospital kan? haha.. Malam tu, mata tak berapa nak lelap. Kepala ligat teringat cerita-ceriti orang lain bersalin. Ingat sakit. Ingat mati. Semua ada. Aku pandang je muka Zaimi malam tu. Kejap-kejap air mata meleleh.. Duk mengenang, andai ni malam last aku baring sebelah dia.. Sedih kah dia nanti? Ecewah..haha..

Tah pukul berapa baru mata terlelap.. Esoknya bangun, perasaan lagilah bercampur baur, tapi makan tetap lalu..haha

Then dalam pukul 11 macam tu, siap-siap nak ke hospital, sebab dapat arahan tu kena check in pukul 12 tengahari.. Maka bermulalah sesi salam menyalam dengan mak dan abah.. Mintak ampun atas semua salah silap.. serius syahdu sungguh moment itu ye kawan-kawan..huhu.. terasa banyak sungguh dosa aku dengan dorang berdua.. memang masa naik kereta tu mata dah bengkak la..

Sampai kat hospital dalam pukul 12 macam tu, lepas carik parking yang payah nak jumpa tu, terus ke unit hasil tu nak check in.. zaimi yang berurusan kat kaunter, aku duduk tunggu kat kerusi.. dup dap dup dap.. rupanya wad penuh..kah kah kah.. ada 6 orang lagi tengah beratur nak masuk wad bersalin sebelum aku *gila ramai yang tengah tunggu untuk menyerah diri rupanya*

Orang kaunter tu suruh balik dulu pulak.. kalau ada wad kosong dia akan call.. ceh! Penatnya nervous.. Dia kata kalau tak harini, esok. Aduss..

Dah angkut lah balik beg masuk kereta. Lepas tu decide nak gi jenjalan dulu lah..macam malu je nak balik rumah sebab dah nanges2 tadi..hahahah!

So, decide nak ke Mines.. Kiranya dating last la sebelum warded..
Sempat la round2 Mines tu, makan sizzling apa semua bagai.. tak dapat jugak call dari hospital..
Last sekali decide balik je lah rumah.. nak jalan lama-lama pun, dengan perut sarat tu tak larat jugak beb.. Memang nak tergelak pun ada bila sampai kat rumah balik.. tadi beria nanges.. hihik..

Kat rumah, sempat la aku tido dulu seround.. dalam pukul 5.30, hospital call zaimi. katanya bilik dah ada. sila check in. gulp! kelam kabut bersiap, sempat jugak bedal air kelapa yang mak aku pergi beli bila aku tak jadi masuk wad kononnya tu.. lepas tu salam-salam balik, then bertolak.

Dalam kereta zaimi pegang tangan aku.. sayu kot.. berdebar-debar!
Nampak je bangunan hospital tu balik, aku cakap kat zaimi, "This is it". Poyo tak? haha..

Lepas urus apa semua bagai, maka menuju lah ke  katil aku.. Aku dapat katil 6, wad 2B. Pheww.. sampai-sampai je, dapat baju pink. Kena salin. Perasaan masa dapat baju pink tu seronok tau! sebab kalau patient lain yang bukan nak bersalin, baju hijau. hee..

Lepas tukar semua, dalam pukul 7 macam tu nurse datang, orientasi semua, then dia pasang alat CTG kat badan. CTG tu alat untuk monitor jantung baby katanya.. Lepas siap pasang semua, kitorang tanya kat nurse tu, bila nak induce nya? Nurse tu kata esok lepas subuh baru masuk pil.. Malam ni CTG dengan tenangkan fikiran je.. gitu..

Makanya, malam tu rilek-rilek lagi salam dengan zaimi sebelum dia balik..

Tapi tak tenang jugak pun, sebab graf CTG aku tu nurse asik cakap tak cantik je.. Risau aku..
Kenapa tak cantik tah.. dahla aku pun asik bergerak-gerak je.. tak selesa sebab masa tu la asik rasa heartburn.. haih la dugaan.. selagi graf ko tak cantik, selagi tu la dorang tak nak cabut alat tu dari perut..   Dalam pukul 10 macam tu baru sudah.. tu pun asik cakap graf tak cantik lagi.. ish. Lepas tu after 12pm, dah tak boleh makan minum.. untuk induce esok tu.. okay.. redha.. aku dahlah selalu haus tengah malam..

Then dalam pukul 4 pagi, dah ada nurse kejut aku lagi.. nak CTG katanya.. baiklah.. ikutkan aje.. Lepas subuh, dah mandi apa semua, aku dah ready kat katil. Perasaan masa tu masih cool lagi. Debar2 sikit je..haha.. Lepas tu ada doktor datang, suruh pergi satu bilik ni.. huuuu.. seram!

Tak ada orang lain kat bilik tu, aku je. Doktor perempuan tu kecik je orangnya.. dia pun suruh aku baring, katanya nak cek bukaan dan masukkan pil induce. Serius. Buat pertama kalinya dalam hidup, aku akan melalui proses tu. Malu beb, malu! Dahla kalau ikut pengalaman orang, proses seluk-seluk tu sakit.

"Ok, masa saya seluk, puan tarik nafas ye"

Mak oi.. neves! 1, 2, seluk! Eh, tak sakit pun. Eleh.. tak sakit rupanya.. Dengan bangganya aku rasa aku terer lah konon sebab tak rasa sakit sangat masa kena seluk tu.. dan doktor tu kata bukaan aku 0cm. Memang tak terbukak lagi..langsung! Pastu dia seluk lagi, letak pil, then suruh aku rehat kat bilik.. orait.. beres doktor!

Zaimi pun datang masa melawat, borak-borak, CTG, doktor pakar dengan doktor2 lain pun ada melawat semua bla bla bla.. Habis rileklah masa tu.. Takde rasa apa-apa pun lepas dah masuk ubat tu.. Gelak-gelak lagi dengan zaimi..haha.. Lepas tu dalam pukul 3, kena pergi bilik tu balik.. nak cek bukaan katanya.. kalau bukaan kecik, dia nak masuk lagi pil..

Disebabkan pengalaman seluk aku yang pagi tadi tu tip top, maka dengan pantas aku pergi bilik tu.
Kali ni, doktor lelaki cina. Aku pandang jadi dia, runcing je.. aku pikir, tak sakit sangatlah kot, macam tadi jugak.. Cuma seganlah nak kengkeng depan dia kan..

1, 2, seluk!

MAK OI!!!! Inilah yang orang cakap sakit tu rupanya!!
Serius, aku teraduh kuat, meleleh air mata lagi kau!

SAKIT!

"Bukaan 1 cm saje. Kita masuk lagi 1 pil tengok macam mana. Esok pagi kita cek lagi. Kalau tak buka juga, so u have to think about c-sect"

Hoh? 1 cm je?

Lepas tu jenuh tahan perasaan dia seluk lagi sekali untuk letak pil kedua.. homai homai..
Sakitnya tu tak boleh nak describe. huk huk.. :(

Lepas tu dengan laju dan terkengkang-kengkangnya aku balik ke bilik.. muka sendu je.. tapi tahan macho dengan akak sebilik.. konon cool lah tu.. ceh.. padahal tak sabar dah jumpa zaimi, kalau boleh nak balik rumah rasanya.. haha!

Petang tu cek lagi, still 1 cm lagi.. dan hari aku dihabiskan dengan penuh kesenduan dan CTG..huhu..
Dan esoknya, lepas subuh dorang akan cek bukaan lagi, dan kalau bukak tak banyak, masuk pil ketiga pulak. So, malam kedua ni tido dengan perasaan sendu lah ye.. zaimi pun tak sampai hati nak balik rumah tinggalkan aku kat hospital tu. lagipun dia stand by, kot-kot nak terbersalin nanti senang katanya.. malam tu zaimi pun tido kat kerusi kat ruang menunggu.. *sob sob.. terharu dengan pengorbanan suami*

Esoknya, macam semalamnya jugak, lepas mandi semua aku get ready atas katil dah.. Kali ni perasaan tak best. Sebab tau dah sakit seluk tu. Dalam pukul 7 camtu, ada nurse datang suruh pergi bilik yang semalam tu. Ok, pergilah. Tengok2 ada 3-4 orang lain lagi duk menunggu, dorang tengah borak-borak. Aku tak join sangat. Cuak kot. Aku tumpang dengar je lah. Sorang tu anak kedua, kena induce sebab apa tah. Sorang lagi tu anak sulung macam aku gak, sebab GDM gak. Yang sorang lagi tu, anak ke 9. Ye, 9. Aku tak salah taip, 9. Induce sebab dah 43 minggu, tak terberanak gak lagi. Kisahnya.

Lama lah jugak tunggu depan bilik tu, doktor lambat sikit. Tapi kali ni doktor perempuan. Mula-mula sekali aku tengok tang jari dia dulu..haha.. Dalam hati fikir, tak sakit sangat kot, sebab perempuan kan. Aku masuk last sekali lepas dorang semua. Masuk je, macam biasalah kena baring kat katil kecik giler tu.

1,2, seluk!

Ok, tak sakit sangat mula-mula.

"Masih 1 cm puan"

(-_-)"

Jari dia still dia tak keluarkan, sekali tiba-tiba aku rasa sakit yang amat-amat!!
 Sampai aku termenjerit adoi!

"Sabar ye puan, saya VE ni, nak besarkan laluan"

Gila sakit! Kot ye pun bagitau la dulu..boleh aku bersedia mental..huwaaa...
Sakit sampai terkeluar air mata.
Sakit ye, ini bukan cobaan, ini betul2..wuwu..

Lepas tu masuk pulak pil ketiga.. Serius dah rasa tak sabarnya nak beranak masa ni.. tak sanggup dah rasanya seluk-seluk tu :(

 Lepas pil ketiga, mula dah rasa senak2 kat perut, tapi lite lite je.. Boleh gelak-gelak lagi dengan zaimi, borak-borak lagi dengan mak abah.. Tapi petang tu dalam pukul 1, nurse suruh pergi lagi bilik tu. Nak cek lagi..adusss.. lemah rasanya..

Sampai je kat bilik tu, nampak pulak doktor cina lelaki semalam..bertambah lemah rasanya.. Redha je lah dengan sakit kejap lagi..huk.. dia cek, bukaan dah 4cm katanya, dan ada harapan untuk normal. Katanya, kalau ada katil kosong dekat dewan bersalin nanti, dorang akan panggil untuk pecahkan air ketuban dan boleh ready untuk bersalin.

Tak ke berderau darah kau dengar ayat2 tu? Waa!

Terus call zaimi suruh dia jangan pergi mana-mana..huhu..

Dalam pukul 4.30 macam tu, ada doktor lelaki datang, katanya dah ada katil kosong, jadi jomlah pergi pecahkan ketuban.

Gulp!!

Terketar-ketar jari tekan handset call suami.. Tak lama lepas tu, zaimi dah naik. Yes, muka kitorang berdua cuak tahap dewa, dalam hati apatah lagi. Aku peluk dia. Sebak rasanya. Aku nangis. Aku tak tau apa nasib aku nanti. Aku mohon dia ampunkan semua buruk perangai salah silap aku dekat dia. Ye, aku bukanlah isteri tahap bidadari syurga mahupun saidatina isteri para nabi. Aku hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kesalan. Amboi!

Then, kami berpimpin tangan ke bilik nak pecah ketuban tu lepas siapkan baju baby nak bawak sekali ke dewan bersalin tu.. Aku masuk, zaimi tunggu kat luar. Doktor cek, bukaan dah 4.5cm katanya.. Lepas tu dia masukkan macam lidi plastik. Yang ni serius tak rasa apa-apa, sedar2 rasa suam je.. Bertambah neves dah..

Keluar, tengok zaimi tengah peluk beg. Muka dia pucat. Cuak kot? Lepas tu nurse suruh aku naik wheelchair, dia nak tolak aku ikut jalan dalam, dan dia suruh zaimi ikut jalan luar. Sepanjang aku kena tolak atas wheelchair tu, aku rasa macam-macam. Dan aku sangat mengingati mati masa tu. Aku asik fikir, adakah ini saat-saat last dalam hidup aku? Macam mana sakitnya nanti? Boleh ke aku hadapi? Ok ke anak aku nanti? Akan ada komplikasi ke? Ye, yang banyaknya memang aku fikir bukan-bukan..huu..

Sampai je, aku disuruh masuk kat 1 bilik ni, dia tak ada pintu, langsir je. Waktu masa tu dalam pukul 5 petang. Dalam bilik tu yang bestnya ada toilet, jadi senanglah nak tukar pakai baju yang dia suruh. Kena pakai baju yang jenis ikat belakang tu. Seksi you..

Dah siap tukar baju, dia suruh baring nak get ready pasang itu ini kat badan aku.. zaimi pun sampai dalam 5.20 macam tu.. Datang pulak sorang doktor lagi nak pasang 1 jarum lagi.. dahlah memang nak carik urat kat tangan aku ni punyalah payah, sampai lebam-lebam sebab 2-3 kali cuba baru dapat masuk jarum.. ni nak nak masukkan jarum kat lengan pulak, sebab nak masuk insulin. Kiranya ada 3 cecair yang masuk dalam badan sepanjang aku nak bersalin tu. Air, insulin, dengan ubat bagi cepat contraction.  Berwayar-wayar.. bertambah neves mak, nok!

Dan, bermulalah era kesakitan..hua hua..

Contraction tu amatlah sakit ye kawan-kawan, rasa dia macam senggugut kuasa 10. Macam perut kau dirabak-rabakkan dari dari dalam. Tiap kali contraction aku mesti akan genggam tangan zaimi.. bila zaimi nak gi solat je aku mesti pesan suruh dia cepat..huhu..

Dan yang paling tak best, masa dah berwayar-wayar tu, dengan contraction nya makin kerap, time tu lah rasa nak terkencing sebab sejuk.. maunya diorang nak bagi aku turun katil dah.. terpaksa lah kencing cara hospital.. tak best! Dan lagi satu yang aku tak suka, bila tengah sakit-sakit tu, kebetulan zaimi keluar pergi solat asar dengan jumpa parents aku kat luar, datang pulak sorang ni, dia kata dia student medic, duk tanya macam-macam, umur berapa lah, berapa lama dah kena GDM lah, bla bla bla.. semua info yang kau boleh dapat dalam fail pesakit aku.. apesal kau tak baca je? Last sekali aku macam termarah dia.

"You baca je lah sendiri dalam fail tu, takde mood la nak jawab"

Maaf lah ye student, tengah berperang dengan maut kot masa tu. Huhu..

Mula-mula rasa nak ambik epidural. Yakin pulak tu, nak guna epidural. Sekali bila pakar epidural tu datang, dia tengok berat aku, aku pulak asma, dia bagitau andai kata aku tak dapat teruskan bersalin secara normal, dan dah amek epidural, maka aku akan masuk ke bilik bedah, dan terpaksa dibius 1 badan. Dengan kondisi berat badan dan penyakit aku tu, ada risiko aku akan diserang asthma masa dalam keadaan bius tu, dan seterusnya boleh mengakibatkan strok, atau mati. Tapi kalau amek epidural, dia kata akan bersalin dengan seronok.

Aku ingat lagi zaimi pandang je muka aku, dan he said no. Tanya option lain, diorang kata injek ubat tahan sakit je lah, morphine ke ape tah, sama macam ubat tahan sakit yang dia suruh aku sedut dalam bentuk gas tu. So kitorang cancel epidural. Dan nak injek ubat biasa tu je. Nurse kata kena tunggu doktor monitor jantung baby dulu. Kalau ok, baru injek. Tuhan je yang tau, betapa realnya sakit nak bersalin yang aku lalui tu..

Maghrib tu zaimi keluar lagi pergi solat kejap, aku punya contraction pun makin kerap. Bila zaimi tak ada tu, aku genggam je besi katil tu. Terketar-ketar. Then dalam pukul 8.40 macam tu, doktor perasan yang jantung anak aku dah mula lemah dalam perut.. bukaan pulak masih 6cm. Tapi harus teran! Tak sempat pun nak injek ubat tahan sakit tu, terus je dorang tegakkan aku, cabut separuh dari katil tu, kira macam aku duduk kat birai katil, dan dia tampung peha aku dengan tempat letak peha tu, dah terbukak macam tu je lah, dan diorang dah kelam kabut gila-gila punya!

Terpinga-pinga jugaklah aku, sebab tak sangka baru 6cm, dah nak kena teran. Sebab awal tadi diorang jangka aku akan bersalin pukul 11 malam. Zaimi pegang bahu aku, bagi kata-kata semangat, nurse pun ajar macam mana nak teran semua, serius pengalaman yang sangat menakutkan, tapi best ;)

Tapi aku kan ada asthma, aku cepat letih. Aku dah lemah lepas beberapa kali teran.. Aku dengar doktor suruh zaimi tunggu kat luar, sebab kepala anak dah keluar, aku pulak lemah, macam nak termasuk balik kepala anak tu, dorang decide untuk vacuum. Siap dengar lagi diorang sebut "cut cut"! Episitomi lettew.. tapi episitomi tu tak rasa apa pun dah time tu. Serius beb.

Aku dah terkulai dah masa dorang nak vacuum tu, aku pandang je langsir bilik aku tu, aku sedih sebab zaimi dah kena tunggu luar.. aku terfikir, andai aku mati ni? Suami aku tak ada kat sebelah? Sobss.. Aku dah tak rasa apa jadi kat 'bawah', aku asyik fikir nasib aku kalau zaimi tak ada masa aku hembuskan nafas terakhir..huhu.. over tak? Tetibe je aku rasa ada benda kat atas perut, sekali anak aku da! Tak berhenti aku sebut Alhamdulillah bila dah nampak makhluk tu atas perut.. Ya Allah, perasaan masa tu Allah je yang tau, lupa sakit segala. Nurse angkat budak tu bawak pergi sebelah aku.

"Puan, anak apa ni?"

"Lelaki.." Jawab aku sambil meleleh air mata.. suka kot! Tapi tak sempat nak pandang muka, nurse dah larikan anak aku, sebab dia dah terpancut kencing! haha! Notty boy.. Lepas tu tetiba terasa sesuatu kat 'bawah', rupanya tengah tarik uri. Anak keluar tak terasa, uri keluar, terasa pulak..huhu.. Masa jahit lagiiiiiiilah terasanya.. Jahit hidup2 kot..

Kiranya anak aku lahir pukul 9.18 malam, 6 April 2013. :D

Syahdu sangat masa dengar zaimi azankan anak aku kat luar.. Gembiranya rasa hati.. Cinta bertahun-tahun antara kami, dah ada hasil hik hik :')

Dan pengalaman menjaga anak selepas tu is a different story pulak.. ada masa nanti cerita..hihi..

Suami aku. Luka tangan beliau aku genggam masa contraction.


Adam Zuhairi Bin Ahmad Zaimi : Day 1

Day 2

Day 45


p/s: it takes me 30 days to finish this entry! Homai.. pengalaman menjaga anak pertama, bukan senang.. tak ada masa pun untuk berlibur berjimba-jimba.. dia dah besar sikit ni baru ok sikit..pheww..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...