Pages

Mar 29, 2013

Punca wanita hamil selalu berasa panas dan berpeluh

Memang tak dinafikan, walaupun tidur @ berada dalam bilik yang pasang aircond, tak lut untuk aku yang dah di penghujung trimester ketiga ni. Serius panas. Peluh tak payah cakap lah, agaknya kalau ditadah tu, dapat kot sebaldi sehari. *ok, hyperbola punya statement*

Tapi memang tak selesa.
Dan yang paling tak best, terasa diri busuk je. -___-"

Dalam ofis aku ni, aku pasang aircond 17 degree Celcius ok.
Tapi rasa rilek2 je. Tak rasa sejuk sangat pun.
Tidur tiap malam pun dalam aircond *nasib tuan rumah pasang*, tanpa selimut dan hanya pakai pakaian nipis. Rilek je. Macam tak ada apa-apa. Zaimi yang srot sret hidung dia setiap pagi. hihik..

Tapi, bila tak ada aircond.. Ya Allah...seksanya T_T
Kadang-kadang bila keluar jap dari ofis pergi meeting ke apa ke, then balik bilik, rasa nak mengamuk. Aircond seolah-olah tak rasa. Arghh!

Kenapa sebenarnya?
Ada sesiapa yang senasib dengan aku?
Kepanasan waktu hamil?

Haa.. sebenarnya perkara ni terjadi sebab hormon dalam badan wanita mengandung itu sendiri.



Kalau tak percaya, ini aku quote dari Pa Ma Online:

Mengapa Selalu Panas?


Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan.

Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.

Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.

Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.

Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.

Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.

Itulah puncanya ye ibu-ibu hamil sekalian..
Solution dia yang mudah, mungkin kita perlu selalu mandi dan minum air kosong banyak-banyak.
Insyaallah akan reda sikit rasa panas yang menghantui kita tu..cewah!

Selain tu, kat SINI jugak dia ada cerita mengenai 6 perkara yang perlu dijauhkan di saat-saat akhir kehamilan. Bagus jugak kiranya korang pergi baca *wink*

Oraitlah, enough with blog sekejap..
Nak sambung tanda paper exam.

Daaa...

Mar 28, 2013

Menanda Menanda Menanda

Hello..

Apa yang ditanda dek si mak buyong 36 minggu ni?

Apo laie.. menanda kertas jawapan anak didik ler..
Anak-anak bangsaku..hehe..



Semalam paper diorang pagi, so lepas meeting yang bersambung-sambung semalam terus ambil untuk tanda.. Semester ni dapat tanda 1 kod je lah nampaknya, the other kod tu kena bagi dekat orang lain lah.. Tapi takpe, he / she will get paid yaw..

Semalam punyalah penat, meeting 9am - 1pm.
Sangat pegawai kan. *mata ke atas, tangan ke bahu*

Malam pukul 11 dah melepek dah, konon nak marking kat rumah, takde maknanya..
Berdengkur awal tinggalkan zaimi marking sorang-sorang..hik3..

Jadi, perjuangan harus diselesaikan.
Maklumlah, minggu depan start 1 April aku dah nak cuti.
Jadi nak tak nak, kena settle sebelum Isnin. Ahad tu patutnya dah submit dah paper budak-budak ni..

Ya Allah, bagi aku kecekalan dan kekuatan!

Dah lah dengan kondisi sarat ni, mata asyik layu je..
Menguap toksah cakap la kan..haha
Bertabah lah Syazni!

Ok lah, saja je stop marking kejap..
Moh ler kita sambung..


Mar 26, 2013

Kenduri Di Kampung Jiboi

Eh lama pulak tak update blog.

Sebabnya:
1) malas. Haha
2) sibuk sikit menolong suami.
3) banyak agenda.

Agenda banyak start dari hari Jumaat, ada check up kat Hospital Putrajaya, maklumlah due untuk warded dah dekat kan..huhu

Lepas tu malam tu kitorang decide untuk tidur Semenyih. Hari Sabtu pulak masuk kampus jap, buat spring cleaning kat ofis encik zaimi..haha

Then esoknya, pergi kenduri officemate zaimi kahwin kat Kampung Jiboi, Seremban.
Semoga berbahagia kepada Fahrul dan Syida, selamat pengantin baru :)

Dahla, sampai sini dulu update. Mengantuk dah update pakai henfon ni. Daa..


 

Mar 23, 2013

Apa Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Wanita Hamil?

Kenapa perempuan mengandung kena minum air kelapa bila kehamilan dah masuk 8 - 9 bulan?
Sebab sejak due date aku dah dekat ni, ramai orang tanya, aku dah minum air kelapa ke belum?


Kalau ikut mak, nenek, dan beberapa orang keliling aku, katanya bila dah dekat dengan tarikh nak bersalin, elok minum air kelapa fresh yang tanpa dicampur gula dan ais, untuk membersihkan kulit bayi dalam perut.. Kiranya untuk muluskan kulit baby dalam perut bila dia lahir nanti.. :)

Tapi tadi ada jugak search kebaikan-kebaikan lain yang ada jika ibu mengandung minum air kelapa muda ni, dan adalah terjumpa beberapa fakta.

1) Air kelapa sebagai elektrolit semulajadi dan berguna untuk rehidrasi dan kembalikan stamina sebab air kelapa ada mineral-mineral penting macam Kalium dan Kalsium.

2) Air kelapa boleh nyah toksin dan melancarkan pembuangan air kecil selain mencegah jangkitan saluran kencing ibu hamil.

3) Air kelapa muda bertindak sebagai pencegah penyakit kepada ibu dan bayi.

4) Air kelapa muda ni juga sebagai medium untuk memudahkan sistem pencernaan kepada wanita hamil.

5) Air kelapa tak mempunyai kolestrol dan menjadi sumber HDL yang tinggi. HDL adalah High Density Lipoprotein atau common name nya kolestrol baik.

Info ni aku dapat dari sini: SUMBER



Makanya semalam masa balik Semenyih lepas check up kat Hospital Putrajaya, singgah tepi jalan beli kelapa muda 3 bijik, sebijik RM2.80.. Perghh... Sejak awal mengandung haritu, mak tak kasi aku minum air kelapa sangat, katanya bila dah dekat bersalin baru minum..

Jadi, semalam masa dapat minum air kelapa tu , Ya Allah nikmatnyaaaa... Sedap!
Yummy!

Jadi tadi singgah tepi jalan kat Senawang ni pulak beli..haha.. Harga lebih kurang, RM2.70.

So, jomlah kita menikmati air kelapak yang best..hihi..

EH aku dah tak cuak ke nak bersalin induce?
Maunya!

Cuak ni..
Buat-buat cool dan bertenang..

By hook or by crook kena hadap jugak kan.. 

:)



Mar 21, 2013

Akibat Terlalu Membaca Pengalaman Bersalin Orang Lain

Semakin hampir dengan tarikh nak bersalin ni, semakin kerap pulak aku baca pengalaman orang bersalin dekat blog-blog.

Kadang-kadang rasa menyesal pun ada.
Menyesal kenapa aku baca. Sebab lepas tu aku takut sorang-sorang.
Emosi sedikit  tercalar lah lepas baca..huhu..
Ada tu aku siap termengalir air mata..
Ada yang buat jantung aku berdegup kencang..
Ada yang masa aku baca tu, anak aku menendang dalam perut kuat bukan main!



Tadi pun aku baca banyak blog.
Baca asalnya nak dapatkan gambaran, apa itu bersalin.
Lebih-lebih lagi aku memang dah diberitahu bahawa aku kena bersalin secara induce.

Kebanyakan pengalaman yang aku baca, memang akan cakap induce itu sakit lebih dari normal.
Pengalaman yang normal pun kata diorang dah tak tahan dengan sakit yang tak terungkap.
Induce lagilah.
Dengan proses seluk menyeluk, VE nak bukak laluan baby sampai terpekik-pekik dan ada yang hampir terajang doktor sebab sakit sangat. Ada yang meninggal.. Gulp.

Nak pulak ni pengalaman pertama aku nak bersalin.
Induce mungkin bukan pilihan, tapi harus untuk aku yang ada GDM ni.
Aku tak ada idea macam mana aku pada hari tu.
Guna epidural kah? C-section kah? Laluan bayi senang terbuka atau susah? Berapa kali nak kena seluk? Suami sempat ada kat sebelah tak masa meneran? Apa pencetus rasa sakit contraction? Macam mana contraction tu? Apa episitomi?

Macam-macam bermain dalam kepala otak aku ni.

Now aku hari-hari terbayang kondisi dalam labour room, walaupun aku tak pernah masuk lagi.
Serius terbayang-bayang, and keep imagining the pain.

Most of the bloggers akan tulis yang sakit tu tak kan ada orang yang dapat rasa melainkan waktu bersalin. Statement ini yang buat aku terfikir-fikir. Dan ketakutan.

Tu belum masuk cerita kawan-kawan ofis lagi.

Ngaaaaa... Sesetengah cerita tu boleh buat aku relief dan menambah keyakinan, tapi ada sesetengah officemate ni, dia punya cerita.. mak oii! Seram mak!

Kalau cerita kat aku je takpe, ni cerita bab-bab yang agak private dekat laki aku..kah kah kah..

Ye dia mungkin nak kongsi pengalaman, dan dia seorang yang open.. Tapi laki akulah yang termalu-malu mendengarnya..haha.. Cerita yang bagi aku, tak patut kot terlalu open dengan orang? Private kot? Layan ajelah labu.. Walaupun binimu ini biru-biru muka dengar pengalaman dia tu..


Ada antara tips aku terbaca tadi, aku tak ingat kat mana, tapi dia kata, kalau nak tenang masa bersalin, ingatlah bersalin itu bahagia sebab kita nak lepas rindu dapat jumpa si kecik yang dah ikut kita 9 bulan tu, dan satu lagi, ingatlah setiap kesakitan itu adalah penghapus dosa-dosa terdahulu..
Dan kalau kita tewas dan menemui ajal, itu adalah syahid.

Sob sob sob...


Hanya Allah yang tahu bagaimana nasib aku nanti.
Dan aku berharap aku dipinjamkan kekuatan untuk hari bahagia + seram aku tu. :D


p/s: dah dekat ni, entry asyik pasal bersalin je..hehe..

Mar 19, 2013

15 Hari Menuju 38 Minggu

Ya Allah..

Makin dekat tarikhnya kandungan aku nak masuk 38 minggu ni..
Yang menambahkan cuak adalah aku ni ibu berisiko.



Aku ada GDM, asthma dan berat berlebihan.

Lepas tu gatal pulak pergi baca blog2 mengenai pengalaman ibu bersalin.

Ya Allah..

Permudahkanlah..

Mar 16, 2013

Pendamping Si Ibu Mengandung

Memang betul la apa yang mak aku dan beberapa orang lain cakap sebelum ni, masa mengandung ni, panas dia lebih dari biasa woa!
Mula-mula hamil dulu, tak rasa sangat. Tapi lama-lama..pergh! Peluh mencurat-curat. Mandi pun mampu bagi kesegaran kejap je. Tak tahan sungguh, kulit asyik lembab.
Kalau kat ofis, kekadang aircond dah 22 celcius pun tak berapa nak gigil lagi. Tidur pulak memang on aircond. Nasib baik tuan rumah pasang aircond kat bilik..haha!
Bila lepak kat ruang tamu kat rumah, memang tak mampu la kalau setakat harap kipas syiling tu. Mesti kena pasang pendamping.
Apobondo si pendamping tu?
Jin kah?
Mambang kah?
Hahaha.. Tak lah, pendamping tu adalah si kipas kecik!
ko bayang la, kipas syiling dah pasang, tapi tetap kena pasang kipas kecik tu untuk hala kat aku. Dua kipas beb!
Banyak dosa kah?
Ya Allah ampunilah aku..huhu..
Ok la, nak duduk berkipas jap..
Daa..

Mar 15, 2013

Hari Lahir Oboi, dan Etot!

Harini 15 Mac, harijadi adik lelaki aku yang ke 23.
Mak oi..
Dah 23 tahun dah aku ada adik rupanya..huhuu..



Alang-alang ada kat rumah semalam, aku belikanlah dia kek.. :)

Semoga impian kau tercapai lah tahun ni ye!

Oh, semalam aku balik Semenyih pasal pagi tu ada appointment kat Hospital Putrajaya.
Pagi tu pergi dengan mak, sebab Zaimi ada kelas.
Siap kena saman sebab parking lagi..
Sebab parking tak ada, tempat tanah lapang yang selalu orang parking tu pun diorang tutup semalam, ada lori-lori tengah ratakan tempat tu..

Maka kami si pesakit-pesakit ni parking la kat tepi2 jalan.. Habis semua kena saman.
Hmmm... sabar je lah.

Ada berita saspens jugaklah dari hospital semalam..huk3
Nak cerita ke ek?
Nantilah..

Oh, apa cerita pasal Etot?
Tak ada apa pun.. cuma semalam Etot bagi kerjasama masa aku amek gambar dia..haha!


Oh Etot kucing kami berkaki pengkau..hihi..

:)

Mar 12, 2013

Tanda-Tanda Hampir Bersalin




Hari ni dah 34 minggu 3 hari aku mengandung.
Badan memang dah terasa pelik, kadang-kadang sakit tulang bontot, kadang-kadang sakit celah peha, sakit belakang, kadang-kadang tak rasa apa-apa pun.

Kerja pun banyak lagi ni.
Ada satu test lagi untuk setiap kod. Harap dipermudahkan semua urusan..huu!

Serius memang tak tahu apa-apa pasal bersalin, melainkan dengar pengalaman orang lain je.
Try jugak imagine sakitnya bersalin tu macam mana, tapi semua cakap 'kau tak kan dapat imagine!".

Ok.. sampai ketikanya aku akan rasa sendiri.
Takut, but excited. :)

Jadi, aku rasa aku perlu tau kot apa tanda-tanda hampir beranak kan?

Maka aku pun ada lah search sikit-sikit..
Dan terjumpa kat 1 blog ni, so aku nak kongsi lah.
Sesambil tu aku nak hafal..haha..


Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
•Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
•Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
•Sakit perut dan memulas
•Kerap buang air besar
•Kerap terkentutKeluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
•Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
•Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
•Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
•Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
•Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
•Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.


Ini antaranya, ada lagi tanda-tanda lain, kalau berminat boleh baca kat blog tu.

Cuak!

Mar 10, 2013

Budak Mati Jatuh Bangunan Di Kluang

Kesiannya baca berita ni tadi, budak perempuan yang baru berumur 4 tahun mati akibat kecederaan parah di kepala lepas terjatuh dari tingkat 4 sebuah bangunan di Kluang. Nur Qistina Rosni nama adik tu.

Gambar Hiasan

Katanya masa kejadian, budak perempuan tu tengah main dengan kawan-kawan dia dekat sebuah rumah kosong dekat tingkat 4 Blok G5 Perumahan Penjara di mana dia dan keluarga tinggal selama ini.

Tengah main tu, dia pun panjat beranda, terlepas pegangan tangan dan slip down jatuh ke bawah.

Artikel dari sumber:

Kluang: “Adik dah mati, dia jatuh bangunan,” kata Ariana Najwa Rosni, 6, apabila ditanya mengenai adiknya, Nur Qistina Rosni, 4, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Enche Besar Kalsom, Kluang, di sini, petang kelmarin.
Ariana kelihatan sugul dan hanya terdiam di samping ibunya, Roshilawati Ariffin, 31, ketika menunggu urusan bedah siasat sebelum jenazah arwah dibawa pulang ke Parit Buntar, Perak, untuk dikebumikan.

Dalam kejadian jam 7.10 malam, Qistina bersama lima rakannya dikatakan menaiki tingkat empat Blok G5 Perumahan Penjara sebelum bermain di sebuah rumah kosong di tingkat itu.
Dia dipercayai memanjat pagar besi beranda rumah kosong itu sebelum terlepas pegangannya pada pagar itu, menyebabkannya terjatuh.

Jiran mangsa, Khairul Anuar Harun, 30, berkata, ketika kejadian, ayah mangsa, Rosni Ramli, 31, yang juga warder Penjara Kluang bertugas manakala ibunya berkumpul bersama jiran di bawah bangunan Perumahan Anggota Penjara Kluang.

“Tanpa disedari, arwah bersama lima rakannya menaiki tangga ke tingkat empat untuk bermain di sebuah rumah kosong di tingkat itu,” katanya.
“Akibat tiada kawalan orang dewasa, mangsa dipercayai memanjat pagar besi beranda rumah kosong itu sebelum terlepas pegangan lalu terjatuh,” Katanya, mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kerana parah di kepala dan badan.

 Semoga keluarga adik Qistina tabah menghadapi berita ini.
Buat yang lain, berhati-hatilah..Pesan kepada anak-anak supaya jangan suka memanjat.
Semoga Allah melindungi kita semua..

Calar Balar Muka Memey Digigit Adik

Ini kisah tentang Memey, tapi bukan isterinya Norman Hakim si Memey Suhaiza yang dah berbaik dengan Abby Abadi *Zed Zaidi cakap dia Ustazah Jadian kikiki*.

Ok, bukan.

Bukan Memey ini ye!


Memey tu kucing aku. Kenapa nama dia Memey?
Entahlah, first time mak mms kan gambar dia kat aku, dengan spontannya aku suruh mak namakan dia Memey. Bukan sebab aku minat Memey Suhaiza ye. Mungkin sebab pada aku, Memey tu sesuai pulak diguna untuk nama kucing. hihi.. Walaupun abah pada awalnya nak panggil dia Kering, sebab masa mula-mula kutip dia dulu punyalah kurus.. macam ranting!

Tapi sekarang dah debab. haha..
Sejak ada kucing yang lagi latest, si Etot tu, Memey ni dah macam 'kakak-kakak' pulak dekat si Etot tu. Punyalah baik, punyalah rapat. Sampai kena buli pulak si Memey dengan si Etot tu..aiyak!

Etot tu suka stunt dia, pastu ajak bergomol. Sehari dua ni pulak si Etot tu dah bersalin gigi taring. Taring lama dia yang kecik dah ganti dengan taring kekal. Jadi bila dia gigit si Memey, calar balar lah muka dengan badan si kawan tu..kesian sungguh Memey..

Memey dan Etot
 Yang ni gambar pagi tadi. Bergurau je keje dua ekor ni.. Tapi Memey tak marah. Sayang betul nampaknya dia kat Etot tu..

Inilah yang seronoknya bila dapat balik rumah mak..
Ada kucing-kucing :))

Takpelah, Rabu ni balik lagi.. Khamis ada check up lagi kat Putrajaya..
Esok kita golek-golek kat Senawang sajo..

Mar 7, 2013

Menjangkau 34 Minggu

Kalau mengikut kiraan, harini aku dah 33 minggu 5 hari.
Phew...dekatnya dengan due date!

Perasaan bercampur baur.
Of course gembira, seram, cuak, nervous.
Pertama kali nak dapat anak, dan pertama kali jugaklah nak rasakan apa itu "sakitnya melahirkan anak'.
Ngaaaa....

Tapi aku dah tekad, sekiranya diizinkan Allah, aku tetap akan cuba lahirkan anak ni secara normal.
Akan cuba elak caesar. Insyaallah. Moga Allah permudahkan urusan kelahiran anak sulung aku ni.
Aku takut. Tipulah tak takut kan.
Tapi dua hari lepas scan, nampak raut muka dia..awww..
Aku jadi tak sabar. But I have to sabar!

Kalau boleh aku nak siapkan semua kerja-kerja aku untuk semester ni.
Kalau boleh aku nak mudahkan semua pihak.
Aku nak marking sendiri hasil jawapan anak-anak didik aku semester ni.
Moga diperkenankan. Hehe..

Tadi pun mak sms tanya, perut dah turun ke tinggi lagi?
Emm..aku pun tak sure, rasa macam tinggi lagi.
Tapi yang paling seronok masa mengandung ni adalah, time baby tendang.
Lagi kuat dia tendang, lagi seronok perasaan tu.
Dan satu lagi time abahnya bercakap dengan dia dari luar dengan penuh kasih sayang *cewah*
It's a pleasure :')
Terasa bahagia sangat.. Alhamdulillah..




Tapi, semenjak dua menjak ni badan memang dah tak kuat.
Asyik letih, jalan pun terhincut-hincut terhegeh-hegeh..
Lenguh sana sini, kaki tak larat nak seret..huhu..

Kesian dengan students..
Macam tak dapat nak bagi all out dekat kelas dah hujung-hujung semester ni..
Aku doakan dorang yang terbaik, moga keputusan periksa nanti setimpal dengan usaha. :)


Mar 6, 2013

Cara Mengenalpasti Mood Kucing Anda

Siapa yang ada kucing peliharaan, ni ada tips untuk ketahui mood kucing korang.
Dia tengah marah ke, suka ke, annoyed ke..hehe

Kaedah ni adalah dengan memerhatikan ekor dia.


Tapi untuk kucing yang ekor kontot? Haha.. yang tu tak dapek la den nak nolong..

Dulu aku pun ada kucing ekor kontot, Boody nama dia.
Lama dia hidup, 17 tahun. Mati pun dalam tahun 2009 haritu, sebab sakit tua.
Memang ekor dia gerak sepesen je.. gedik-gedik je.. hehe

Jadi susah la nak tau mood dia melalui ekor..
Tapi Boody tu dulu kucing yang baik, manja sangat..
Emm rindu pulak kat dia..

Sekarang ni, empat betina kat rumah tu semua ekor panjang.
Senang lah nak nampak.
Kalau lapar je, time minta makan, ha mulalah yang happy tu.
Kalau tak, irritable je memanjang time orang kacau dorang bersantai..haha

Sabtu ni balik Semenyih kot insyaallah.. yea!
Dapat jumpa kucing-kucing nan empat ekor tu :D


Mar 4, 2013

Gambar Anggota Polis Korban Pencerobohan Sulu di Semporna, Sabah

Seperti yang dimuatnaik di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).


JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.


Takziah kepada keluarga para wira negara ini.
Kehilanganmu dirasai..


Baju Isteri Adam Corrie di Festival FIlem Malaysia ke-25 (FFM25)

Aku rasa hampir semua orang kat Malaysia ni kenal siapa Adam Corrie.
Dia adalah seorang pelakon berbangsa Cina, yang agama asalnya bukan Islam.
Alhamdulillah, terbukak pintu hati beliau untuk menganut Islam. :')

Apa yang buat aku kagum sangat dengan Adam Corrie ni, walaupun dia saudara baru, tapi dia nampak komited dengan Islam.

Contohnya, masa dekat FFM25 baru-baru ni, hampir kesemua artis wanita dan audience wanita yang lain, berhias cantik-cantik dengan baju yang modern gitu.

Neelofa, pinjam gambar blog Beautifulnara

Ada yang seksi, ada yang nampak peha, nampak ketiak..

Tapi isteri Adam Corrie ni, pakaian dia..wow!


Wow.
Aku sangat kagum.
Aku rasa aku tak perlu nak explain panjang lebar kenapa aku kagum.
Korang semua boleh tengok sendiri.
Manis gitu :)

Tahniah Adam Corrie :)



Mar 3, 2013

Pemanggang Ajaib Percuma

Hari Ahad. Hari untuk recaj.
Harus berehat untuk kepenatan sepanjang minggu.
Jadi tak kemana-mana harini. Duduk rumah je.
Kebetulan haritu adik zaimi ada belikan pemanggang ajaib dari langkawi. Percuma, orang belanja. Haha! Maka harini zaimi decide nak masak ayam guna pemanggang ajaib tu.
Dalam pukul 12 tengahari tadi kitorang perap ayam, biar dalam sejam pastu panggang! Hasilnya mestilah sedap. Tenkiu zaimi sebab masak :D

Mar 2, 2013

Kenyataan Afdlin Shauki Mengenai Bangkang Dari Longkang

Pagi tadi terbaca kenyataan Afdlin Shauki mengenai video politik Bangkang Dari Longkang tu.
Pendapat peribadi aku, ayat yang disusun oleh Afdlin sangat bijak.

Dan aku setuju dengan kenyataan dia mengenai Black, White and Grey tu.

Inilah status dia kat Facebook tu:

Gambar dari Facebook Afdlin Shauki

Bismillahhirahmannirrahim . Hayakumullah.

Semoga Allah SWT memberkati kita semua kerana hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang baik untuk kita. Allah SWT ampunkanlah kesilapan dan kesalahan kami sesama manusia dan terus berikan kita kekuatan untuk menghadapi segala fitnah dan prasangka.

Mungkin ada yang ingin sedikit pencerahan tentang tentang video-video Bangkang dari Longkang yg tersebar sekarang.
Video-video ini di rakamkan pertengahan tahun lepas oleh sebuah syarikat produksi tempatan. Ia dirakamkan berberapa bulan sebelum saya pergi ke Gaza. Masih ada video-video yg belum keluar.

Apa yang pernah saya buat dahulu, hanya Allah SWT akan menilainya. Di mana jiwa saya berada sekarang juga hanya Allah SWT yang tahu.

Apa yang saya lakukan dahulu, saya lakukan kerana percaya dgn kebebasan bersuara bagi semua pihak. Kami pelawak masuk hanya sebagai pelakon. Sepertimana pembangkang juga membuat video-video mereka. Apa yg kami lakukan adalah satira kehidupan yg memaparkan isu-isu berbangkit politik.

Satu yg kami pegang, kami tak akan menyerang sesiapa secara peribadi, sindiran mesti di buat berasaskan isu berbangkit yg ada faktanya, Kami tak mencarut, Kami tak menggunakan kata-kata kesat, kami tak mendoakan keburukan dan kematian ke atas sesiapa, kami tak sembunyikan identiti kami pasal ini adalah satu parody politik ringan. Artis-artis pihak pembangkang juga lantang bersuara mengutuk kerajaan dgn terang-terang jadi sayatak faham kenapa ada pihak yg kecoh pasal video BDL. Saya rasa takde kut pembangkang yg akan berpaling tadah join BN bila tgk video-video tu, hanya org BN je yg akan seronok tgk video tu.

Selepas pulang dari GAZA, saya rasa ada benda lebih penting yg harus saya perjuangkan dlm hidup saya iaitu agama saya. Jika saya di suruh untuk buat video politik lagi, saya rasa saya tidak akan melakukannya lagi kerana saya tak berminat dgn dunia politik Malaysia yg penuh dgn kebencian ini. I don't believe in hate. I dislike people who are hate-mongers Government and Opposition alike.

In hindsight, i guess what Malaysians cannot do is laugh at themselves. Everything must be black and white and there is no room for any grey area. All i hear is if you are UMNO you are a bad person! and some UMNO folks says the same thing about the folks in the opposition. I believe,there are good people on both sides and there are not so good people too but at the end of the day who are we to judge people? Isn't this god's work? i hear about Muslims praying in separate mosques just because of differing political beliefs? i don't think this is what Allah SWT intended. Saya rasa tak perlu ada keahlian parti Islam untuk menjadi seorang Islam dan memperjuangkan Islam.

Perjuangan saya sekarang adalah membetulkan diri saya dan mendalami agama saya. Membantu umat Islam yg memerlukan bantuan. Saya tak suka dan bersedih apabila melihat orang Islam berpecah belah di Malaysia ini. Saya melihat Gaza dan saya lihat bagaimana bila ummah bersatu kita menjadi kuat dan bila kita berpecah kita menjadi sangat lemah.

Sekali lagi saya tak membenci sesiapa dan saya doakan kesejahteraan ke atas semua umat Islam dan Rakyat Malaysia tak kira dari mana pihak pun. Agar politik ini di dalam Malaysia ni takkan terus memecah belah kan rakyat dan ummah. Saya berdoa Allah SWT memberi pengampunan dan memelihara kita semua. Even the cybertroopers. :)

Wallahhualam
Assalammualaikum WBT

Dalam satu perbualan bersama seorang sahabat, dia berkata pada saya " Aku pun tak tahu nak vote siapa PRU ni tapi aku akan vote parti yg pertama memuji kebaikan yg di buat oleh parti lawannya.... pasal sekarang ni semua tentang keburukan".

At the end of the day the people will speak with their votes come PRU13. And whatever Allah SWT wills, will become reality.

Baca, fahamkan.
Semua ada otak yang bijak kan?

:)

Mar 1, 2013

Kenapa Manusia Boleh Rindukan Kucing?

Rindu sangat.
Sejak mengandung, banyak sangat tentangan dari orang sekeliling tak kasi aku bela dia.
OK, aku hargai. Tapi bila tengok balik gambar-gambar dia sekarang aku rindu.

Aku tak buang dia. Gila kau? Buang dia macam buang anak ok!
Aku letak dia kat rumah mak. Aku bagi duit extra untuk makanan dia.

Balik je rumah mak, nampak yang dia dah membesar.
Dah malas main. Rindu zaman lincah dia.
Rindu pulak tiap kali balik kerja dia tunggu depan pintu ngiau ngiau manja.
Rindu pulak tiap-tiap pagi bila aku snooze alarm handphone, dia akan panjat dan gigit-gigit kaki.
Rindu pulak time dia teman aku iron baju, masak, golek sama-sama...

Memey.. akak rindu Memey..

Oh kenapa akak?
Sebab mak aku jenis bahasakan diri dengan kucing-kucing 'emak'. So, aku 'akak' lah. Kan?
Memang dari kecik kenot lagi aku bahasakan diri akak dekat kucing. Hmm..

Sekarang dia happy je duduk Semenyih. Ada Teteh, ada Etot. Tu geng dia lah tu.
Elin? Oh tu musuh. Dia suka serang hendap kucing tua tu. Haha.. Kesian Elin..

Memey.. Rindu!!



















Kenapa Manusia Boleh Rindukan Kucing?

:: Sebab Kucing Best dan Wangi. Yang tak suka kucing mesti tak faham kan? Tak faham tak apa. Tak paksa::

Rindu Memey.. :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...