Pages

Feb 28, 2013

Cara Hilangkan Kaki Bengkak Ketika Mengandung

Sejak masuk trimester ketiga haritu, kaki aku selalu bengkak.
Kaki asalnya memang dah bersaiz besar, kalau beli sandal mesti nak saiz 9.
Bayangkan, sejak mengandung, aku memang dah beli siap-siap sandal saiz 10.
Tapi sejak kebelakangan ni, yang saiz 10 tu pun dah tak muat!
Selipar jamban aku yang letak kat office untuk guna pergi toilet tu pun dah tak muat, boleh masuk jejari je..haha

Ini bukan kaki aku, tapi macam ni lah bengkaknya kaki aku sekarang!

Haritu balik kampung Zaimi, 10 jam KL-KB, menggajah kaki aku dengan sangat dasyat. Tidur malam tu mak mertua suruh angkat kaki tinggi-tinggi atas bantal. Alhamdulillah susut sikit pagi tu.

Semalam, ada makmal sampai pukul 6 petang. Kaki punyalah bengkak.. aduss..

Malam tu memang tergolek awal sambil angkat kaki letak atas bantal. Tapi tak jadilah.. bangun pagi kaki still bobok -_-" Agaknya sebab baring pun tak consistent, asyik terjaga. Dah 32 minggu ni, baring lama-lama pun tak selesa dah.

Tambah-tambah lagi pagi ni zaimi kena pergi FRIM pulak, makanya akulah yang kena drive sorang-sorang pergi kerja.. Dengan keadaan kaki macam ni, Senawang-Pilah terasa jauuuuh benar! Huaaa..

Pastu aku search la pasal cara kurangkan edema @ bengkak kaki waktu hamil ni, adalah jumpa artikel yang berinformasi. Mungkin boleh cuba?

Meh nak paste:

Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?
Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.


Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:

* Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan. *ok lepas ni tak duduk lama kat opis haha
* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.

* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.

* Rendam kaki dalam air sejuk. *macam best nak try :D

* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.

* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan. *macam best nak try :D

 * Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki. *ok, insaf. lepas ni tak ngelat minum air -_-"

* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.

* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas. *alamak..payah ni..

* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.

* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. Pengambilan suplemen/vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang seimbang demi memastikan ibu terus sihat dan bayi yang dikandung membesar dengan baik.



Berhati-hati
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:
* muka atau keliling mata bengkak.
* tekanan darah tinggi.
* kencing kotor.
* sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.

Lagi 50++ hari je lagi, insyaallah akan bersalin dan mendapat anak..
Kadang-kadang still macam tak percaya je yang aku dan zaimi akan dapat anak dah :)
Ada orang cakap, anak = buah cinta. awww..sweet ;)

Feb 27, 2013

Dosa khalwat si penggali kubur

Betapa bertimbunnya kerja kat office lately.
Sampai je rumah, memang aku dengan zaimi akan terbongkang awal.
Letih beb.

Tiba-tiba terfikir, ni belum ada anak ni, bolehlah masa balik kerja tu singgah terus mana-mana kedai makan, melantak baik punya, sampai rumah kemas apa yang patut sikit-sikit, cukup time, boom! Tido!

Tapi kalau dah ada anak nanti, mampu nak rilek2 macam ni?
Dah terasa dah bahang-bahang menjadi ibubapa ni..huhuuu...

Takpelah anak dalam perutku, kami rela demimu. :)

Tak sabar nak tunggu kau keluar wahai anak..

"At least letih-letih balik kerja, stress dengan workload, balik tengok anak sejuk sikit hati" -Zaimi, 2013.

Lepas tu tadi otak dah tepu duduk office ni, bukak lah suratkhabar online.
Terbaca satu berita yang Harian Metro highlight kan.

PENGGALI KUBUR KENA TANGKAP BASAH.

What?
Hari-hari kerja tengok kubur, tengok orang meninggal kena tanam pun, boleh buat perkara macam ni..?

Penggali kubur yang berumur 30an tu, kena tangkap dengan awek dia yang berumur 20an dan dipercayai masih berstatus student. Ayat paling kaw-kaw kat artikel tu, "sedang berasmara di ruang tamu sambil menonton televisyen".

Ecewah.. kemain lagi korang ye..
Haih.. Semoga mendapat hidayahNya.. Memanglah sekarang kau gali kubur orang, jangan lupa, esok-esok kau pulak nak masuk kubur tu. Nak baca lanjut, bacalah kat Harian Metro ye kawan-kawan..


Eh teringat pulak, dah lama tak tengok Tanah Kubur yang Nasir Bilal Khan berlakon tu. Suka tengok dia pegang watak Tok Adi. Nak tengok lah Jumaat ni.


Nasir Bilal Khan (Tok Adi) Drama Tanah Kubur
 Ciow..
Nak siap-siap ke makmal.. Dekan nak lalu katanya..

Alor Gajah: Tindakan seorang penggali kubur menyewakan sebuah rumah untuk kekasihnya selain berlagak seperti pasangan suami isteri sejak hampir setahun lalu terbongkar selepas diserbu ahli jawatankuasa (AJK) masjid bersama polis di sebuah taman perumahan di Kampung Sungai Petai, di sini, petang kelmarin.
Serbuan diketuai Imam Satu Masjid Kampung Sungai Petai, Ismail Maaruf bersama ahli jawatankuasa masjid serta sepasukan polis hasil maklumat awam pada jam 4 petang.
Harian Metro difahamkan, penggali kubur berusia 30-an itu menyewakan rumah milik arwah bapa saudaranya itu RM200 sebulan dan sering bermalam di rumah kekasihnya yang juga pelajar sebuah kolej berusia 20-an.

Sumber berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit sedang berasmara di ruang tamu rumah sewa mereka sambil menonton televisyen.
FotoPENGGALI kubur dan pasangannya ditahan imam serta AJK Masjid Kampung Sungai Petai, Alor Gajah.

“Selepas memberi salam, pasangan yang menyedari kehadiran pasukan serbuan kelam-kabut. Penggali kubur yang ketika itu berseluar pendek mempersoalkan tindakan iman bersama jawatankuasa masjid dan polis yang melakukan serbuan di rumah berkenaan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Bongkaraibpenggalikubur//Article#sthash.a2bwKlhF.dpuf
Alor Gajah: Tindakan seorang penggali kubur menyewakan sebuah rumah untuk kekasihnya selain berlagak seperti pasangan suami isteri sejak hampir setahun lalu terbongkar selepas diserbu ahli jawatankuasa (AJK) masjid bersama polis di sebuah taman perumahan di Kampung Sungai Petai, di sini, petang kelmarin.
Serbuan diketuai Imam Satu Masjid Kampung Sungai Petai, Ismail Maaruf bersama ahli jawatankuasa masjid serta sepasukan polis hasil maklumat awam pada jam 4 petang.
Harian Metro difahamkan, penggali kubur berusia 30-an itu menyewakan rumah milik arwah bapa saudaranya itu RM200 sebulan dan sering bermalam di rumah kekasihnya yang juga pelajar sebuah kolej berusia 20-an.

Sumber berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit sedang berasmara di ruang tamu rumah sewa mereka sambil menonton televisyen.
FotoPENGGALI kubur dan pasangannya ditahan imam serta AJK Masjid Kampung Sungai Petai, Alor Gajah.

“Selepas memberi salam, pasangan yang menyedari kehadiran pasukan serbuan kelam-kabut. Penggali kubur yang ketika itu berseluar pendek mempersoalkan tindakan iman bersama jawatankuasa masjid dan polis yang melakukan serbuan di rumah berkenaan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Bongkaraibpenggalikubur//Article#sthash.a2bwKlhF.dpuf
Alor Gajah: Tindakan seorang penggali kubur menyewakan sebuah rumah untuk kekasihnya selain berlagak seperti pasangan suami isteri sejak hampir setahun lalu terbongkar selepas diserbu ahli jawatankuasa (AJK) masjid bersama polis di sebuah taman perumahan di Kampung Sungai Petai, di sini, petang kelmarin.
Serbuan diketuai Imam Satu Masjid Kampung Sungai Petai, Ismail Maaruf bersama ahli jawatankuasa masjid serta sepasukan polis hasil maklumat awam pada jam 4 petang.
Harian Metro difahamkan, penggali kubur berusia 30-an itu menyewakan rumah milik arwah bapa saudaranya itu RM200 sebulan dan sering bermalam di rumah kekasihnya yang juga pelajar sebuah kolej berusia 20-an.

Sumber berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit sedang berasmara di ruang tamu rumah sewa mereka sambil menonton televisyen.
FotoPENGGALI kubur dan pasangannya ditahan imam serta AJK Masjid Kampung Sungai Petai, Alor Gajah.

“Selepas memberi salam, pasangan yang menyedari kehadiran pasukan serbuan kelam-kabut. Penggali kubur yang ketika itu berseluar pendek mempersoalkan tindakan iman bersama jawatankuasa masjid dan polis yang melakukan serbuan di rumah berkenaan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Bongkaraibpenggalikubur//Article#sthash.a2bwKlhF.dpuf

Feb 23, 2013

Internet Laju Yang Dibazirkan

Minggu ni memang full. Jadual penuh. Minggu depan pun sama.
Arghh!

Hari ni kena pergi AKEPT dekat Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan sebab ada Bengkel Pemantauan Progress Penyelidikan. Aku memang tak lah kan mampu nak present benda tu. Terasa banyak benar 'wayar' aku dah putus. Huu..

Ye lah, semakin sarat ni, jadi semakin lampi dan otak selalu hanged. Macam lambat sangat nak proses data, dan lambat jugak nak respon, paling parah, tak relevan dan selalu bagi jawapan dan pandangan mengarut. Kadang-kadang zaimi gelak je kat aku.. Makanya dia lah yang present..

Macam haritu, dia tanya soalan ape tah, aku jawab 'ha' je. Pastu dia tanya, apa yang 'ha'? Ha?
Bertambah ke blur an aku keh3..

Maaflah masyarakat sekeliling.. aku pun tak tau kenapa aku jadi macam ni.
Pelupa tak payah cakaplah kan. hmm.. Harap kecacatan ni tak kekal.. huk3

So apa kaitan dengan internet laju yang terbazir tu?



Ha... sebab sekarang aku kat AKEPT , AKEPT adalah shortform untuk Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi. Serius lawa tempat ni. Design bangunan dia, fasiliti dia, prasarana dia.. Dan yang syoknya wifi dia laju.

Tapi dah namanya ada bengkel kan, haruslah penat dan takde kesempatan nak guna internet ni...
Ah rugi...rugi amat!

Tu yang update jugak blog ni.. hehe..

Dahla, esok ada lagi. Nak tidur dah.
Penat walaupun tak drive. Zaimi yang drive. Dahla kami sesat sebab GPS tipu kami.. cis.
Dia suruh masuk ikut simpang yang tak wujud. Haru. Dahlah Seremban 2 tu jem dia melekat-lekat. Buang masa gila-gila.. Jadi silalah update GPS anda kalau nak ke AKEPT ni ye. Bandar Enstek tu sebenarnya atas sikit je dari Sendayan. Jangan tersesat-sesat macam kami tadi..hua3

Tengok, dari rasa macam nak cerita pasal sesuatu. Lupa dah. Alahai..

Feb 20, 2013

Gaji Staf Kerajaan Naik RM400

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan. - SUMBER.








Wah!!

Adakah ini benar?
Benar-benar benar?




Pada artikel yang sama juga dinyatakan bahawa CUEPACS sedang berusaha untuk menekan kerajaan turunkan kadar faedah pinjaman perumahan kepada 1%.





Kalau betul lah berita ni, memang terbaiklah.
Jadi wahai pekerja-pekerja gomen sekalian, marilah kita senyum beramai-ramai ketika bekerja ye. Ala, senyum itu sedekah, ye dak?

Ini antara berita yang banyak dikongsi lah dekat Facebook harini..
Kalau betul, Alhamdulillah.

:)


Feb 19, 2013

Sangat penat.

Ya Allah, letihnya badan Tuhan saje yang tau. Semalam hari pertama masuk kerja lepas cuti panjang. Terus ada lawatan pulak dari Kuala Pilah ke UKM, UPM dan SISFEC, Puchong.
Bertolak pukul 9, sampai rumah semula pukul 8. Kemas2, terus pergi Semenyih pulak. Tidur sana sebab pagi ni ada check up kandungan kat Hospital Putrajaya.
Pagi ni, dari pukul 8 dah keluar rumah, terlepas simpang punya pasal, habis sesat bukan main. Adoi.. Lambat sampai hospital tak pasal2.. Habis dalam pukul 11.30 camtu, pergi rumah angah pulak jumpa nenek. Pastu langsung pergi tesco kajang pulak.. Dalam pukul 3 dekat pukul 4 baru sampai rumah.
Punya penat, taip entri pun dah terlelap2. Mimpi siap. Argh! Tido lah.

Feb 17, 2013

Ibu Mengandung Kelesuan Akibat 10 Jam Perjalanan

Semalam around 6pm macam tu kami selamat sampai dari Kota Bharu, tak singgah Semenyih, terus je balik rumah.

Penat woa naik kereta 10 jam dengan perut macam ni..haha..
Zaimi lagilah kesian kot, drive sensorang.. Tapi dia kata dia dah biasa..
Aku cuba lah untuk tak tidur masa dalam kereta semalam, temankan dia drive..

Harini, pagi-pagi lagi dah masak pakej untuk tengahari sampai malam terus..kikiki..
Masak banyak terus.. Ala.. Berdua je pun..

Lepas tu duk tengok TV.
Masing-masing tak ada buat apa.
Cuaca kat luar pun mendung je..

Nak update blog pun macam tak ada apa nak cerita sangat.
Ke ilham tak mari tak tau la..hua3

Cuma teringat, masa balik Kota Bharu haritu, kerja asyik shopping je..
Aduss.. barang yang dikira keperluan lah jugak kot?
Beli tilam baby, cadar baby, kelambu baby..
Tapi, diam tak diam, total damage duit boleh tahan lah jugak..hoho..

Takpelah, demi anak.. cewah..

Ada sekali tu pergi Terengganu.. best!
Aku memang suka berada kat Terengganu.
Kenangan banyak kat sana :')


  


Emm nantilah update blog ye, nak recaj badan pulak.
Esok start keje, dah berderet benda nak kena fikir.

Ayoyo...

Feb 15, 2013

CUEPACS: Senyum Penjawat Awam 2013

Pada 2013 ini, Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) berkata bahawa para penjawat awam akan banyakkan senyum.

Hah? Kenapa? Nak naik gaji kah?
Nak dapat bonus kah?
Elaun bertambah kah?


Oh tidak.. Cuepacs mahu pekerja kerajaan senyum. Maksudnya, banyakkan senyum ketika bekerja, baru nampak berkaliber dan ceria!



Tapi memang, budaya senyum macam payah juga nak diterapkan. Kadang-kadang tu, kita naik menyampah terutama dengan pekerja kat kaunter. Muka masam mengalahkan apa je. Tapi kita tak tau, mungkin dia penat? Kot?

Jadi, aku yang termasuk dalam golongan penjawat awam ni pun, perlulah jugak ringan-ringankan otot pipi untuk senyum. Tapi kalau penat sangat maaflah ye.. Hehee..

Oh, nak baca artikel pasal penjawat awam senyum tu? Klik SINI.

Antara quote dalam artikel tu berbunyi:

"Kalau boleh pagi-pagi datang kerja jangan bawa masalah peribadi datang ke pejabat. Sebagai pekerja berkaliber kita mesti tunjukkan semangat dengan penuh keceriaan. Kita kena fikir semua orang ada masalah dan kalau kita bawa 'mood' ceria ke tempat kerja, produktiviti kerja pun meningkat," - Datuk Omar Osman, Presiden Cuepacs.

Tapi, kat bawah artikel tu ada orang yang komen. Bermakna jugak komen dia tu. Pendapat masing-masing ;)




Jadi, bekojolah kito sekueknyo.. Senyum, tak perlu kata apa-apa.. hua3..


Isteri Tikam Belakang Suami Dengan Pisau

Melaka: Akibat berang dengan suami yang dipercayai menegur perbuatannya kerana kerap keluar rumah tanpa izin, seorang wanita ‘naik minyak’ dan bertindak menikam lelaki itu menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah rumah di sekitar Malim di sini, Isnin lalu. -Harian Metro.

Hah.. Jangan main-main dengan para isteri zaman moden ni, suami tegur sikit, terus mengamuk, ditebuknya belakang badan suami.. adoi..

Dah namanya suami, memang lah tanggungjawab dia kena tegur isteri kalau isteri buat salah, sebab apa-apa hal yang terjadi nanti, dunia akhirat dia yang kena tanggung. Dosa kau semua dia tanggung, tahu? Yang kau pun, dah dia tegur tu, kalau nak sentap pun, tak payahlah sampai nak bertikam bagai, bertikam lidah je dah la kot?


-Gambar Hiasan-

Tak pasal-pasal tobek belakang  badan lelaki tu.
Ish.

Korang nak baca dengan lebih lanjut, bacalah kat SINI ye.
Siapa-siapa ada gambar perempuan tu, bolehlah tinggal link kat aku. Saja nak tengok macam mana rupanya orang yang garang sangat tu. Hehe..


Feb 13, 2013

Emak Catriona Ross Meninggal Kemalangan Jalan Raya

Takziah diucapkan kepada Catriona Ross, dulu dia yang eksiden, pagi tadi dia kehilangan ibu tersayang juga disebabkan eksiden. Takdir Allah.. Terkejut juga dengar berita tu tadi. Khabarnya kemalangan dengan bas dekat Grik. Kegagalan memotong.



Nauzubillah.. mintak dijauhkan..

Berita bawah ni copy paste dari myMetro Ahad:


“Saya reda dengan pemergian ibu saya kerana Allah lebih menyayanginya,” kata pelakon, Catriona Ross Bahrain, 32 yang mengesahkan kematian ibunya, Siti Zawiah Ab Rahman, 63 dalam kemalangan maut di Gerik, Perak, kira-kira jam 1 pagi tadi (13 Februari 2013).
Menurut Catriona, dia dihubungi keluarga di Kota Bharu mengenai kemalangan itu kira-kira jam 5 pagi dan terus bergegas ke Hospital Gerik bersama suami dan ahli keluarga lain. 
Ketika Harian Metro menghubunginya pagi tadi, suara pelakon itu kedengaran tenang dan dia sedang menunggu pihak hospital menguruskan jenazah ibunya sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu untuk dikebumikan selepas Asar.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Titiwangsa.

Mangsa bersama dua lagi Norimi Ghani, dan Sitah Abdullah, kedua-duanya 40, maut di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan yang berusia 40-an, cedera.

Kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dinaiki empat mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapan sebelum dirempuh sebuah bas ekspres yang berada di laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala, pemandu kereta yang cedera dirawat di hospital sama.


Salam Takziah.. :(

Feb 12, 2013

Internet yang lambat

Ohoi Internet cap C.
Kenapa yang teruk sangat coverage kat kampung laki aku neh?

Tolonglah improve.. Nama je kampung, tapi tak sampai sekangkang kera pun dari Kota Bharu ye..

Kenapalah connection internet slow sangat?

Benci betul.
Rugi je bayar, especially yang broadband weekly, aku langgan untuk handset tu.
Ceih.

Feb 10, 2013

Memey bergomol atas karpet

 photo 20130208_231943_zps392dca26.jpg


Hah ni nak bagitau, entry ni tak ada kaitan dengan Memey Suhaiza bininya Norman Hakim tu ye.

Ni kucing aku ni, memang saja letak nama dia Memey. Memey yang kaler nak sama dengan karpet tu. Malam sebelum aku bertolak balik kampung Zaimi tu aku tidur rumah mak, sambil-sambil tu lepas gian main kucing. Yang dalam gambar tu Memey tengah bergomol dengan Etot. Habis digigit-gigitnya muka si Etot tu.

Memey ni asalnya aku bela dengan Zaimi dekat rumah kitorang. Sebab lepas kahwin haritu cakap kat mak, teringin nak bela kucing sendiri. Maka, mak pun kebetulan ada terjumpa kucing kurus kering yang orang buang kat kedai mamak. Mak pun amek lah bawak balik. Lepas mak train kencing berak dia semua, bagi pandai una cat litter @ pasir kucing tu, aku pun amek bela.

Seronok bela Memey ni, dia baik, mulut ramah. Haha..
Aku bela as indoor cat je. Tak berani nak kasi dia keluar.

Tapi bila aku dah start pregnant awal bulan Julai tahun lepas, ramaiiiiiiiiiiiii gila yang nasihatkan untuk buang Memey. WTF? Buang? Aku ni dengan kucing, aku anggap famili tau. Sedap usus kau je suruh buang. Memanglah betul apa yang diorang cakap tu, kucing ni, najis dia boleh mengandungi protist yang akan kacau kandungan. Sebab Memey ni indoor cat, sah-sah lah berak dia aku yang kena kutip. Zaimi awal-awal dah bagi syarat kalau nak bela kucing, semua benda tu aku uruskan sendiri.

Jadi, dengan berat hatinya, sekarang ni Memey ditumpangkan dekat rumah mak. Menambahkan bilangan kucing dekat situ. Haha..

Tapi aku kan kerap jugak balik rumah mak, jadi bolehlah lepas rindu dekat budak Memey ni..

Aku dengan zaimi sayang dekat dia, sampai kitorang pergi cuci gambar dia sekeping letak dalam frame, letak kat ruang tamu rumah. Keh3..

My precious Memey.. :)

Tapi kadang-kadang aku perasan jugak yang Memey ni macam merajuk je dengan aku bila aku balik tengok dia. Dia macam lari-lari, susah nak tangkap. Bila dapat tangkap, time peluk dia, mesti mata berair macam menangis.. Apalah Memey ni.. I will always love you lah.. Don't worry ye..huhu..

Yang si Etot tu pulak, baru dalam 3-4 bulan macam tu mak bela dia. Kecik lagi tu, asalnya kucing yang hanyut dalam longkang depan rumah. Abah pun kesian, amek bela. Hanyut dua ekor, tapi abang dia mak bagi kat bibik belakang rumah.

Makanya, rumah mak sekarang ada 4 ekor kucing, yang semuanya betina sahajo..

Aih rindulah pulak dengan kucing-kucingku..
Serius, bagi aku lah, terapi yang best untuk hilangkan stress adalah dengan cium bau kucing-kucing aku. Bila dah tak ada kucing kat rumah, bau laki aku lah yang jadi mangsa..kah3.

Hmm.. harini rasa dizzy je.. penangan 12 jam dalam kereta semalam gamaknya.. Zaimi lagilah, drive kot 12 jam. Aku tidur je keje,, nasib ada adik zaimi, boleh gilir-gilir sembang..hehe..

Ok lah, ciao..

Feb 8, 2013

Sharnaaz, Adibah Noor dan Soalan Serius

Agak-agak apa perkaitan antara Sharnaaz dan Adibah Noor?

Kenapa tiba-tiba mereka berdua dikaitkan di sini?

Apa yang telah berlaku sampai dorang berdua ni terkait tak tentu pasal?



Jawapannya adalah...

Aku punya Statcounter. Keh3..

Ok, sejak stop bolgging setahun yang lepas, trafik ke blog memang macam haremm lah kan, takde maknanya macam dulu. Walaupun dulu trafik blog takdelah awesome sangat pun, tapi memang jauh panggang dari api lah dengan sekarang. Dah aku nak expect apa ye dak? Google pun dah lupa siapa aku. Dulu memang nak lah trafik ni, jujur cakap demi Nuffnang. Adess.. childish sungguh. Pui~

Jadi sejak start berblog balik ni, sesajalah letak je Statcounter ni dekat blog, konon-konon nak tau lah jugak pasal visitor and keyword semua.

Memang tak adalah keyword sangat yang masuk ke blog aku ni.

Siap haritu tulis No Data lagi.. hahah..

Lepas tu harini, saja-sajalah gatal cek kat bahagian keyword setelah pening mengadap jawapan-jawapan kreatif student-student aku tu.. Makanya, ini lah yang ada setakat aku buat entry ni:


Yang paling tak boleh blah, yang last tu.

"Kalau ada seseorang yang kau cintai, suruh kau lupakan dia, kau buat apa?"

Dan Google pulak memasukkan link blog aku dalam enjin carian dia?

Boleh jadi doktor cinta lah aku lepas ni haha..
Funny.. kesian orang yang search tu, tak jumpa jawapan dalam blog aku yang tak ada arah tuju ni.

Ok lah, aku jawab sekarang. Em..kalau ada terjadi perkara tu *Nauzubillah*, aku tak buat apa-apa kot. Just menangis kesedihan dan akan take time yang sangat lama untuk recover. Try untuk pergi jauh lah dari dia untuk memudahkan proses melupakan tu. Cewah..

Yang tanda-tanda kehamilan minggu pertama tu pulak, kalau ikut pengalaman aku tak adalah pulak sakit perut. Tak rasa apa-apa lagi masa first week pregnant tu. Hee..

Yang contoh kertas kerja dobi layan diri tu lagilah tak dapek nen nak nolong.. Sorry..hua3..

Sesungguhnya entry ini tiada kaitan dan tiada perkaitan pun di antara Adibah Noor dan Sharnaaz melainkan hanya menjadi keyword blog ini sahajo.. :D

Dan tiba-tiba jugak Windows Media Player aku ni mainkan lagu Patah Seribu.. macam tau-tau lah pulok.. hik3..

Oh esok nak balik kampung suami..
Semoga semuanya selamat..
Dan semoga aku tak terberanak awal..
Baby ku.. sila keluar bulan 4 nanti seperti yang dirancang ye..



Feb 7, 2013

Say No To Tudung Bawal

Eh, korang tau tak Sharnaaz dengan Shila Amzah anak ND Lala tu dah putus?


Ok, kalau tak tau pergilah Google. Tadi aku dah baca dah pasal tu.
Saja je tanya.. padahal tak berkaitan dengan entry pun. Hee. Hee.

Sindrom benci bawal.
Ye, itulah 'penyakit' aku sejak mula mengandung haritu.
Bawal kat sini maksudnya tudung bawal. Ikan bawal aku suka ok.
Haritu mak aku masak kari ikan bawal emas.
Fulamak dia punya awesome...perghh!
Barulah namanya makanan yaw! Aku belum tahap expert kari lagi dalam bab-bab memasak ni.
On the way..hahah.. Yang lain ok, kari ni macam dah level tinggi sikit bagi aku.

Bagi aku lah, kalau korang terer baguslah. *tepuk tangan*

Eh, apa cerita pasal kari ikan bawal pulak ni? Ni saja cari nahas nak tambah kelaparan diri ni.
Cis.

Ok, tudung bawal.
Kepada yang kot kot lah tak tau apo bondo lah tudung bawal tu, ha contohnya macam tudung yang aku pakai kat gambar bawah ni.

Motip letak gambar dengan chef celebrity? hahah..

Tudung yang asalnya empat segi, dilipat menjadi 3 segi dan dipakai mengikut citarasa sendiri.

Serius cakap, tudung bawal ni asalnya dulu daya penarik dia batu-batu dan sulam-sulam je.
Sekarang ni hamek kau.. macam-macam fesyen bawal dah ada.

Dan dulu, level of confidence *pui* aku hanya pada tahap normal kalau aku pakai bawal sahaja. SAHAJA ok. Pakai tudung jenis lain aku macam tak berapa nak selesa.


Tapi... sejak adanya budak tecit ni dalam perut aku, aku jadi sangattttttttttttttttttttttt rimas dengan bawal.

Ya Allah.. rimasnya... nak pin, nak selempang, nak adjust, nak gosok...arghh!

Sekali sekala tu ok lah jugak, boleh lah nak pakai.. tapi most of the time, aku akan rasa menyampah sangat-sangat dengan bawal. Maafkan aku bawal-bawalku yang dalam almari... Dah lama korang terbiar.. Dan tudung-tudung instant berawning tu lebih menarik mata aku.

Mungkin ni antara pe'el pelik aku masa mengandung kot.

Macam harini, hari Khamis nan berbatik sana sini. Aku pun match kan lah baju batik aku dengan tudung bawal. Masa kat rumah dah rasa dah serba tak kena. Takpe. Abaikan lagi perasaan tu.

Sampai office sebelum start kerja, dah ubah style pin tudung dah.

Ya Allah rimasnya lah.... Menyesal gila pakai bawal.. :(

Tiba-tiba teringat haritu aku ada beli tudung online *tetiba*.
Try tanya kot-kot dah sampai.

And yes, dah sampai.

Yang sehelai tu ada warna biru-biru.

Thank you Allah! Terus aku cabut itu bawal, pakai tudung awning.
Legaaaaaaaa... biarlah tak berapa match pun. Kah kah kah..


Phew..lega gila.. barulah dapat bernafas dengan tenang.

=))


p/s: nak tengok tudung yang kurang cerdik dan boleh menimbulkan rasa ingin menampar anak orang sedas dua? klik sini.

Feb 6, 2013

Nenek 74 Tahun Terbabas Masuk Longkang

Kesian sungguh nenek ni.
Elok-elok bawak kancil, drive sendiri pulak tu, tup tup sedar-sedar dia ada dalam longkang besar punya!

 


“Saya tidak sedar bagaimanapun boleh berada dalam longkang. Saya cuma perasan kereta tiba-tiba senget dan tidak boleh bergerak,” katanya.

Kejadian yang berlaku dekat Perak ni berakhir tanpa sebarang kecederaan dekat nenek tu. Terima kasih jugak dekat orang ramai yang tolong tarik warga emas tu ke atas.

Kalau tengok dari kereta dia pun, macam tak ada kerosakan teruk sangat. Nasib baik.



p/s: Kalau aku mesti dah panik gila sampai menjerit-jerit kot, nak -nak lagi dalam keadaan yang hormon tak berapa nak betul ni. hua hua..



Feb 5, 2013

Burger Ubat Sakit Kepala

Dari lunch hour tadi rasa tak seronok.
Macam nak naik angin je.
Macam-macam benda pulak yang boleh jadi pencetus kehanginan itu.
Ah malas lah cerita. Agaknya aku letih. Sekarang layan Mat Latah kat 105. Makan burger daging. Kejap lagi nak tidur awal.
Semoga esok lebih baik.

Feb 4, 2013

Adibah Noor Tak Nak Peminat Panggil Dia Mama

Wah nampaknya pagi ni Encik Halim Othman dapat partner baru untuk bersiaran dekat Suria FM.
Memang menarik lah nampaknya sebab pengganti baru tu adalah Adibah Noor!

Memang diakui suara Adibah Noor sedap kan masa bercakap. Lunak-lunak merdu gitu.
Banyak jugak peminat-peminat yang dah bagi komen-komen membina dekat Twitter Adibah Noor. Good!

Bercakap pasal Twitter Adibah Noor, teringat pulak malam tadi sebelum tidur aku ada lah godek-godek henfon sementara nak terlelap. Alang-alang tu bacalah tweet tweet kat TL. Then terbaca tweet Adibah Noor yang dia menegaskan dengan cara yang baik supaya peminat kalau nak berinteraksi jangan panggil dia mama, mami dan yang seangkatan dengannya.





 Betul jugak tu, setuju dengan Adibah Noor. Kita masing-masing ada cara tersendiri kan. :)

Macam ada sesetengah orang ni, dia suka acknowledge kawan-kawan dengan term 'sayang' @ 'yang' masa bercakap, niat di hati nak menunjukkan mesra. Tapi ada sesetengah kawan ni dia tak selesa. Rasa gegeli gitu..hahah..

Kesimpulannya kalau orang tu buat senyap je takpe, tapi kalau dia dah cakap yang dia tak suka tu, baik tak payah sebut dah. Buat masam muka je nanti.. Kan?


p/s: Nak pergi makan tapi hujan lobek pulak... Kalau redah ni mau kuyup bila sampai kereta.. Bersabarlah anak dalam perutku sekejap ye..





Feb 2, 2013

Bakal Ibu Yang Sengal

Hari minggu memang best.
Hari bermalas-malasan.


Bangun pagi tadi, just goreng meehun je sebagai sarapan.
Lepas tu lepak-lepak depan TV sementara nak tunggu tengahari.
Dan tiba-tiba dapat ilham nak tambah baju baby. Keh keh keh..


Bodek zaimi ajak pergi Twins Baby yang baru bukak dalam tahun lepas dekat deret kedai-kedai baru kat Senawang tu. Bodek punya bodek, dalam pukul 1 macam tu keluar rumah.


Bila masuk je, perasan jugaklah yang kedai tu besar dan barang dia tak penuh lagi. Maybe jugak dia baru bukak kot. Dan promoter dia pun macam pandang-pandang macam tu je, tak datang dekat.
Cantek. Aku memang kekok sikit kalau nak membeli-beli ni kalau promoter duk ikut je memanjang. Rasa macam tak nak beli pun ada kalau dia asyik duk ikut je. Haha.


Tengok kat bahagian baju-baju, target nak beli dalam 3-4 pasang lagi.
Sebab terfikir jugak, budak kecik ni kadang-kadang muntah lah, termuak lah.. Jadi beli baju biar cukup lah kot. Walaupun sedar yang selalunya budak-budak ni badan dia cepat naik. Takpelah, beli jugak. Nafsu bergelora nak beli. Kikiki...


Pilih punya pilih, tengok harga dia tak adalah menyebabkan aku kena mentally traumatized macam aku pergi satu kedai kat Mines haritu. Hahaha. Bolehlah, harga dia boleh tahan, kena dengan kecomelan baju-baju dia. Dan ada banyak jenama jugak. Ada Baby Popeye, Paddington Bear, Bebe, Pureen dan macam-macam lagilah.


Then dah puas cuci mata, layan nafsu, sambar 4 pasang, dengan tambah mitten booties sikit, beli beg baby satu, bayar dan gerak balik.


Samoai je kat rumah, macam biasa pergi salin baju semua, then tak sabar nak tengok balik hasil tangkapan kat Twins Baby tadi. Ambik lah baju yang atas sekali dalam plastik tu. Bukak-bukak je sendiri yang terkejut.

Skirt...??
Eh..aku beli gown? Apa kejadahnya semua ini..??
Kenapa aku ambik gown gambar Olive Oyl ni..??


Ah sudah.. boleh pulak aku tersalah ambik. Apa punya careless lah.
Masa kat cashier tu boleh pulak tak perasan tadi.
Agaknya mata sibuk duk tengok benda-benda lain atas meja tu.


Aaaa...boleh tukar tak ni?
Zaimi suruh aku call nombor dekat resit tu.
Ikut hati tak nak dah pergi tukar, malu.
zaimi kata tukar jugak. Nak buat apa skirt tu nanti?
Terus aku teringat cerita P.Ramlee Ibu Mertuaku, ada scene anak Kassim Selamat si Tajudin tu duduk dalam crib sambil pakai gown. hahah!


Ok call, tokey dia kata datanglah. Boleh tukar.
Pheww.. Lega. Pergilah balik di tengah-tengah panas terik tengahari tu.
Ambik sepasang pyjamas pulak..
Adeh.. Tak pasal-pasal. Tu lah, cuai.


Lain kali, beli apa-apa jangan over excited ye.
Pandang dekat apa yang cashier tu pegang.

Kui kui kui..

Sekian kisah bakal ibu yang sengal.



Feb 1, 2013

Hari Lahir Arwah Atok

Memang lately aku tak berapa berjaya nak tidur nyenyak malam-malam.
Mesti akan terjaga, paling kurang dua kali.

Kaki krem lah, tersedak-sedaklah, sejuklah..

Malam tadi dalam keadaan mamai-mamai, aku dengar atok cakap dengan aku.

"Selimut dada kau Nie, kau tu bukan boleh sejuk-sejuk. Tu yang krem lah, batuk lah.."

Aku pun terus je tarik selimut sampai ke dada.

Dan tiba-tiba aku tersedar, dalam bilik tu cuma ada aku dengan zaimi je.
Dan aku dah besar, bukan budak kecik macam yang aku bayangkan masa atok cakap dengan aku tadi.
Dan.. atok pulak dah 4 tahun tak ada.. Ni nak masuk tahun kelima dah..


Nampak sangat aku rindu kat atok, sampai termimpi-mimpi :(

Hari ni, 1 Februari, patutnya birthday dia.. Kalau dia ada lagi, hari genaplah umur dia 82.

Tapi tu lah, Allah lebih sayangkan dia.. Dia ambil semula atok yang dia pinjamkan dekat kami sekeluarga..

Few years back, atok yang paling kanan..

Emm, lama pulak tak pergi tak pergi lawat kubur dia..

Atok, semoga tenang kat sana, Nie selalu rindu atok..

Al-Fatihah~

Forever dalam kenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...