Pages

Jan 31, 2013

Pangsapuri Senget di Shah Alam




Agak seram jugaklah bila baca berita ni.
Gila kau, rumah kau beli beli mahal-mahal, tolak loan tiap-tiap bulan, tiba-tiba dan senget.

Elok je condong macam Menara Pisa Italy tu.

Ish seram.

Asalnya katanya, ada kerosakan struktur kat area parking, dan lama-lama makin condong, dan kerap bergegar bila ada kenderaan berat lalu.

Penduduk situ memang kesian la kan, diorang macam redha je. Kata macam menanti ajal.
Ish.
Mintak simpang.
Teringat pulak kes Highland Tower dulu, runtuh menyembah bumi bila hujan.

Pangsapuri kot. Dahlah ada banyak unit. Sah-sah ada banyak keluarga, banyak manusia.
Bukan manusia je lah, kalau orang tu ada bela kucing? Kesian kucing. *eh macam Zohra pulak*

Harapnya ada penyelesaian lah kat pangsapuri senget ni. Tak nak lah ada malapetaka.

Tak dapat imagine macam mana lah nak tidur kat situ tiap-tiap malam, tapi nak tak nak, itulah rumah.
Kena balik situ jugak. Semoga penduduk situ bertabah ye.

Sumber berita dari Harian Metro.


Jan 30, 2013

Posisi tidur terbaik ketika hamil trimester ketiga

Hai semua!
Walaupun aku ni mengandung yang tak nampak macam mengandung *haha*, aku dah boleh rasa dah perubahan pada diri aku. Duduk rasa lain, bersila rasa lain, berjalan pun dah sedikit kengkang *ooppss* dan yang paling utama, tidur memang dah tak nyenyak.. -_-"

Perut yang tak begitu ketara bak kata orang..haha yeke?


Lately aku selalu tak lena tidur. Kejap-kejap cramp sana, cramp sini, terjaga tak tentu pasal lah, rasa perut macam tak sedap lah.. Dan aku ni sebenarnya paling selesa sekali waktu sebelum mengandung dulu, adalah tidur telentang.

Jadi bila dah habit, masa mengandung ni macam susah sikit nak tidur telentang ni. Macam kau tidur sambil letak benda atas perut kau. Ini pulak kat dalam. Siap gerak-gerak lagi. Itu yang asyik terjaga agaknya.

Bila cari info pasal tidur waktu pregnant ni, memang kebanyakan artikel akan cakap bahawa tidur telentang adalah paling tak elok sekali ketika pregnant. Amek kau.. Menggelupur lah aku.. Aku dahlah tak biasa sangat tidur mengereng.

Kalau ikut artikel dekat Baby Zone ni, ibu mengandung memang digalakkan untuk tidur mengereng ke kiri. Ringkasnya, tujuan mengereng ke kiri adalah untuk mengurangkan tekanan oleh rahim yang semakin membesar dan memberat ni menghimpit salur vena cava si ibu.

Bila vena cava ni terhimpit, ianya akan mengganggu laluan darah, dan boleh menyebabkan kaki membengkak, merendahkan tekanan darah, dan boleh ganggu hubungan plasenta antara ibu dan anak. Sounds creepy jugak eh?

Tapi kalau ikut artikel dekat Mommy Docs pulak, walaupun tidur mengereng ke kiri memang sangat digalakkan, tapi sebenarnya tak ada bukti yang kukuh mengatakan kalau tidur dengan posisi yang lain, boleh bagi kesan mudarat kepada kandungan.


Kurangkan tidur telentang untuk kurangkan tekanan pada paru-paru, tapi kalau rasa nak ubah posisi, ubah je, jangan dek takut sangat sampai tak cukup tidur pulak :)


Jan 29, 2013

Facebook Fanpage Cari Jodoh Muslim Online

Iya betol.

Dekat Facebook sekarang ada page untuk cari jodoh.
Sounds funny kan? Tapi betul. Tak tipu. Hehe..



Semalam asalnya zaimi duk online, dia nampak ada kawan dia like 1 gambar kat facebook.
Rupanya gambar perempuan yang diiklankan dekat page tu.

Then kitorang pun skodeng lah page tu.



 Serius ada ramai jugak yang like dan mengiklankan diri, tapi aku tak sure samada diorang ni betul-betul iklankan diri sendiri, atau diiklankan tanpa disedari. Wallahualam..

Ada lelaki, ada perempuan, ada macam-macam umur jugaklah..


Admin dah siap pesan ok, kepada yang single sahaja. SAHAJA.
Jadi pada yang single and still available tu, mungkin boleh jengah-jengah page tu? kekeke..



Muka aku blurkan sebab aku tak kenal pun diorang ni, cuma nak tunjuk contoh macam ni lah pengiklanan tu dibuat.

Hai macam-macam.. Kira macam page ni ruangan berkenalan lah kot. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah try add kat facebook, dan kalau betul ada jodoh, boleh kahwin? Itu ke tujuan admin ni ye? Huhu..

Link? Ah tak payah.. siapa nak try search sendiri..

Tapi memang tak sangka ada page ni.
heee...


p/s: Today will be a looooong Tuesday.. Jadual sampai pukul 6..uhuk..

Jan 27, 2013

Membeli barang anak bakal lahir

Semalam genap usia kandungan aku 28 minggu, Alhamdulillah. Dah 7 bulan. hehe..
Tapi seperti biasa, ramai yang tegur kata perut aku tak nampak lagi.
Agaknya sebab aku memang asal badan dah gemuk, kena pulak kencing manis masa pregnant, jadi kena diet control, badan tak begitu mengembang masa mengandung ni kot?

Sah-sah bukan perut aku, hiasan je.



Scan terbaru dalam last week, anak aku ni dah sekilo beratnya. Songsang pulak tu. Harap semuanya akan ok menjelang due nanti. Doakan ye?

Mak memang dah lama pesan, tak bagi beli barang-barang baby selagi tak cecah 7 bulan kandungan, tak elok katanya..hee.. Maka, semalam apabila genap aje, dengan pantas kitorang pergi mula membeli. Haha!

Tapi tak adalah beli banyak sangat. Bolehlah! Asalnya masa balik dari appoinment hospital tu, aku dengan mak dah bincang dah pasal nak beli apa. Then aku saja lah google "barang keperluan bayi baru lahir". Dan aku di bawa ke blog Julz Secretogarden. Hambek kau.. punyalah panjang list dia. Tapi amat membantu.

Maklumlah, kat rumah ni pun last ada baby 18 tahun lepas kot? Mak pun dah tak berapa ingat apa yang kena ada, apa yang tak. Lepas tu singgah pulak rumah Angah tengok baby Aisyah, angah pun ada bagi sikit barang. Jimat dah, tak payah beli. Alang pun ada bagi baby rocking chair tu. Thank you all!

Jadi, setakat semalam, ini barangnya yang baru disambar:

1) Baju baby 5 pasang
2) Napkin
3) Kain Bedung
4) Barut
5) Booties & Mittens
6) Tuala baby
7) Travel pack sabun baby
8) Wipe tissue/ tisu basah
9) Kapas
10) Lapik getah
11) Nappy liner
12) Baby oil
13) Newborn diapers
14) Baby face towel

Hah, baru banyak tu aje. Banyak lagi rasanya yang kena keep on beli sikit-sikit.
Tapi, boleh tahan juga jumlah duit yang keluar semalam. Pheww..

Hiasan jugak. Malas nak tangkap gambar barang-barang beli sendiri.


Debaran makin terasa pulak bila dah start beli barang ni.
Tak sabar nak tengok baby sendiri, itu of course!

Semoga semuanya berjalan lancar.. Moga dipermudah semua urusan.. :)

p/s: Kuat betul jiran belakang jerit kat anak dia, aku yang duduk kat ruang tamu rumah pun dengar. hua3..

Hilang ditelan arus

Hai semua..

Last aku update blog ni adalah pada Ogos 2011.
2011?

2011???

Lamanya!

2-3 hari lepas, tergerak semula hati aku untuk blog. Maybe sebab aku rasa aku dah boleh adapt dengan alam kerja sikit kot? Sebenarnya, itulah punca sebenar aku berhenti blog. Aku dapat kerja. Kerja pulak ya Allah punyalah busy *konon*. Dengan tak biasa dengan kerja tu, aku macam bengong pulak bab pembahagian masa.

Jadi, kalau ada orang nak search tentang:

1) Maharaja Lawak
2) Maharajalawak Mega
3) Maharajalawak 2012
4) Perkahwinan Apek dan Leuniey
5) Lee Chong Wei dapat pingat perak Olimpik
6) Super Spontan
7) Johara Pagi Era
8) Masterchef Selebriti Malaysia
9) AJL 27
10) Hantu Kak Limah Balik Rumah
11) Kumpulan Shiro
12) Adam & Hawa
13) Aaron Aziz dan Nadiya Neesa
14) Neelofa dan Anzalna
15) Abby Abadi pakai tudung

Dan sebagainya lagi yang terjadi antara Ogos 2011 tu dengan 26 Januari 2013 ni dekat blog aku yang merapu, memang tak kan ada lah. Haha. Eceh macam lah blog aku ni informatif sangat kan.

Kononnya aku nak tutup terus blog ni, gatal pulak buat blog baru kat SINI. Asalnya sebab aku punya domain www.nursyazni.com tu dah mati, dan aku haram tak renew. Maka blog ni macam dah terkubur begitu saja.

Tapi bila fikir-fikir balik, sayang pulak. Maka, aku pun cancel ajelah nak bukak blog baru tu. Sambung je lah blog lama ni. Walaupun aku rasa gap antara aku yang lama, dengan aku sekarang ni amatlah ketara. Kah3. DUlu tulis blog pun nampak benor hingusannya. heee.

Seriously, hidup aku memang dah berubah 360 darjah sejak tak update blog. Eh, aku masih perempuan ok. Jangan ingat aku dah jadi jantan pulok. Haha!

Antara perkara yang terjadi kat aku sepanjang aku singkirkan dunia blog ni dari hidup aku *ayat poyo* adalah:

1) Aku bukan lagi makwe Zaimi. Aku dah jadi isteri dia. Yeah! I'm his wife now, Alhamdulillah! Tarikh nikah kami adalah 20 Januari 2012. Dah setahun kami kahwin :)


2) Aku dapat adik sepupu baru! Such a great news. Angah aku yang dah 15 tahun menanti anak kedua, akhirnya dapat anak sorang lagi. Pregnant right after kenduri aku dengan zaimi. Dan baby Aisyah Safiyya dilahirkan 2 November 2012 haritu. :)


3) Aku dah merasa balik beraya kat rumah mertua. Jeng jeng jeng! I have in-laws now. I'm happy :)


4) Aku mengandung! Alhamdulillah. Allah lambatkan sikit rezeki mengandung aku, lepas 7 bulan kahwin baru dapat. Sekarang, aku dah 7 bulan membawa si kecik ni. Berdebar sungguh rasanya nak masuk fasa baru lagi dalam hidup. Dan pengalaman mengandung ni memang asyik yaw!



5) Asyik memang asyik lah, tapi ada jugak pengalaman menyedihkan. Aku ni kena diabetis pulak waktu pembawakan budak ni. Siap masuk wad lagi sekali tu. Takpelah anak, mak sanggup demi kamu :)



6) Aku ada kucing baru! Selain Elin dengan Teteh, sekarang kami ada Memey dan Etot. Asalnya Memey tu aku bela sendiri sejak kahwin, tapi ramai yang nasihatkan aku tak uruskan najis kucing masa mengandung ni. Makanya, pos balik rumah mak untuk sementara. Etot pulak, abah yang kutip. Baik betul Etot tu, kucing sedar dek untung! Love all my kitties!



7) Hal kerja pulak, aku dah dapat post jawatan tetap. Alhamdulillah. Hope I will cope and doing well. Ada meja sendiri, ada bilik sendiri. Tak perlu harap duit jual novel terpakai lagi. Akhirnya sijil master aku berguna. Alhamdulillah.



8) Oh lupa pulak nak cakap, sejak aku kahwin dengan zaimi ni, dah 3 kali tukar rumah sewa. Kah3. Mula-mula duduk sekejap dekat rumah Flat Taman Waja zaimi tu. Pastu rasa nak duduk rumah atas tanah dan ada lebih privacy sikit. Maka pindah ke Senawang. Jauh kau dari tempat kerja! Pastu, rasa tak best pulak rumah tu, sebab jiran sangat bising. Pagar pun rosak, segala sampah asyik masuk dalam rumah. Mana larat beb. Pindah pulak ke rumah sekarang. Kecik sikit but cozy :)


Itu ajelah major event dalam hidup aku setakat ni. Kalau ada lagi nanti teringat, aku story lain.
Eh dah pukul 12.28am.
Encik suami dah jauh dah melayang dalam lena. Aku ni pulak selsema tak sudah-sudah sejak dari rumah mak tadi. Kenapa entah.

Ok lah, nanti update lagi insyaallah.
Nak cuba untuk tidur.

Selamat malam Malaysia :)

Jan 25, 2013

Kemalangan maut sebelum Jambatan Bukit Putus

Pagi tadi terjaga dalam pukul 5.45 pagi macam tu, dengar hujan tengah menderu-deru kat luar.
Tuhan ajelah yang tau betapa beratnya badan nak bangun dari katil kan.. tambah pulak semalam baik punya cuti..pheww..

Ingat hari ni pun nak cuti jugak, tapi bila fikir-fikir balik, ah pergi aje lah kerja.
Walaupun tak ada kelas, gagahkan jugaklah.. At least dapat jimat cuti sehari.

Bersiap apa semua, dalam pukul 7.15am macam tu kitorang pun gerak. Hujan masih berbaki, rintik-rintik je walaupun tak lebat mana. Tapi sementara aku tunggu laki aku undur kereta keluar dari porch, lembab lah jugak baju aku. Oh itu memang kebodohan sendiri. Dah tau hujan, pergi dengan naifnya berdiri kat tepi pagar. Haha. Padahal apalah salahnya aku tunggu je bawah bumbung, dia dah undur semua baru aku keluar kan? Ampunkan aje lah diri sendiri. Memang sejak pregnant ni aku ada syndrom akal tak panjang. Kui3..

Kereta memang banyak dari biasa la. Nak keluar dekat simpang traffic light taman perumahan pun lama dari biasa. Kitorang fikir sebab hujan kot. Jadi yang selalunya naik motor tu, hari ni naik kereta. Takpelah, lampu hijau. Teruskan perjalanan.

Sampai je kat Petronas sebelum Bukit Putus tu, dah perasan dah kereta macam banyak dan a bit slow.
Makin dekat, nampak ada orang ramai ramai berdiri tepi-tepi jalan. Dah terdetik dah dalam hati, ada eksiden ke apa ni?

Gambar hiasan pinjam dari blog orang


Lagi dekat, tiba-tiba nampak ada trak polis, dan ada benda-benda berterabur atas bahu jalan. Ah sudah.

"Selalunya kalau tak ada ambulance, tapi kalau ada trak polis je ni, ada orang mati ni"

Dengan yakin aku cakap kat laki aku, sambil aku jengah-jengah ke tingkap sebelah laki aku.
Sekali amek kau, nampak sekujur tubuh terbaring dah berselimut plastik hitam.

Gulp!

Menyesal jengah. Serius.

Memang aku pandai-pandai keluarkan teori tadi, tapi sebenarnya aku tak pernah pulak nampak mayat terkujur macam tu secara live sebelum ni. -_-"

Dah ketar satu badan. Sendiri tengok, sendiri seram, sendiri takut, sendiri gelisah tak tentu pasal.

"Siapa suruh kau tengok?"

Sekali kena sindir dengan laki aku daa.. aiyak.

Punya cuak, aku cuma sempat nampak motor yang remuk, dengan kereta yang bahagian depan dia teruk hancur. Cap apa motor dengan kereta tu, aku tak perasan dah.

Jalan Bukit Putus tu memang legend dengan kemalangan. Nauzubillah..
Mintak dijauhkan dari kita semua. Aku memang nak tak nak pergi balik kerja lalu situ. Dia jenis jambatan merentas bukit, dua lorong pulak tu.

Kalau dari Pilah, sementara nak sampai Bukit Putus tu, jalan dahla sempit ya amat. Selorong pulak. Belok-belok pulak. Lori lagi -_-".

Jadi selalunya orang akan menghilangkan bengang di dada masing-masing dengan pecut kat Bukit Putus tu. Kitorang pun pernah nyaris kena langgar dari arah depan sebab ada kereta bahlul memotong kat selekoh. Nasib baik tak kena apa-apa.

Jadi berhati-hatilah ye semua..
Nama tempat dia pun dah seram dah..
Take care. Drive safely. Ingatlah orang yang tersayang. Ingatlah orang lain pun ada orang yang sayang diorang. Jangan selfish di jalanraya.

p/s: Ketarnya sekejap je, sampai Pilah Perdana baik punya kayuh nasik lemak..hee. Anyway takziah kepada keluarga mangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...