Pages

Nov 1, 2013

Gaya Tidur Terkini Adam

Oh hello november..

Sejak sehari dua ni, Adam dah pandai dah selalu terjaga masa tidur malam..
Selalu dia terjaga jugak, tapi tak lama.. dalam berapa minit je, lepas bagi susu tukar pampers semua, dia tidur balik..

Tapi ini tak..

Bila jaga je terus tegak je kepala dia meniarap..
dan terus mengensut main.. takpun menangis..

Oh Adam..

Memang tak cukup tidur emak ayahmu ini..hew hew hew..

Itu satu, lepas tu, sekarang ni dah tak nak tidur mengereng sangat macam selalu tu, mula-mula mengereng..

Lepas tu akan tegak kepala macam meniarap tu..
Tup tup kalau dia mengantuk sangat dia akan tertidur pulak.. dalam keadaan meniarap tu..


Oh Adam..

memang lagilah kitorang tak lena sangat tidur.. takut pulak kalau hidung dia tertungap kan..

Macam-macam perkembangan budak tecit ni..



Sendiri yang takmo tidur malam, lepas tu pagi-pagi sendiri yang bad mood..hahahaha

p/s: cuti cuti cuti :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...