Pages

Nov 12, 2013

Cara mengawal baby 7 bulan merangkak merata!

Sejak dah masuk umur 7 bulan ni, adam memang lasak.
Super duper lasak!

Mak oi..
Pantang lepa sikit je mesti dah merangkak sana sini..
Masuk bawah meja, duduk bawah buai, pergi hantuk kepala dekat almari tv, jilat lantai, kutip itu ini..



Subhanallah.. dasyat sungguh ciptaan Allah..

AKu happy gila anak aku aktif macam tu, tapi pada masa yang sama, risau dengan kesihatan adam, ye lah, semberono je semua benda masuk mulut.. plus, emak ayah pun serius penat tahap panjat gunung punya nak mengejar adam.. fuh fuh fuh!

Sehari dua ni pulak, zaimi demam.
Ya Allah.. orang jarang demam lah katakan.. dah 2 tahun kot zaimi tak demam.. bila demam, memang melepek. Maka, aku lah yang terhencut-hencut tertonggeng tonggeng menguruskan rumah + jaga adam yang super lasak..

T_T


Tobat aku memang salute dengan perempuan2 yang duduk asing dengan suami atas kekangan tempat kerja, dan jaga anak sorang-sorang masa suami tak ada.. tabik!

Sebab memang sangat penat.

ke sebab anak aku buas tak tau lah kan?
Ye lah, sejak lahir lagi, bila ada je orang jumpa adam, dan nampak je pusar adam ada dua, mesti akan cakap:

"Buas ni budak ada pusar dua"

"hah ada dua pusar.. degil ni!"

"dua pusar ni nak kahwin dua ni" ~ this i don't like! sebab lakiku pun dua pusar T_____T


Makanya.. kami decide untuk break the principe.. asalnya kami memang tak nak ajar adam naik walker.. tapi.. nampaknya itu je cara terbaik untuk win-win situation kami tiga beranak..hahahah

lagipun, adam memang dah naik walker kat rumah pengasuh dia.. pengasuh risau nak biar dia merangkak tak tentu arah sebab dia suka jilat everything!

so, semalam ke Manjaku kat taipan tu, dan beli.





Masa mula-mula testing walker kat kedai tu, dia diam je, tak nangis.. bila dah sampai rumah, nangis plak!

Arghhhh! jangan adam! please!! Karang melayang gitu je duit emak kang..huhu

Tapi nasiblah dia nangis kejap je..pheww..

pagi tadi dah ok dah..
baik punya layan babyTv sambil duduk dalam walker.. tapi dia tak reti lagilah nak gerak gerak..
statik je dalam tu..hehe




Dan, cot dia yang kat dalam bilik pun, kitorang letak dekat hall je, in case dia dah letih naik walker, boleh baring2 dalam cot sambil tengok tv sementara kitorang buat kerja lain.. masak mandi etc..



harapnya ok lah untuk beberapa ketika sebelum dia dapat lesen berdiri dan bertateh lak.. hahaha

Tapi aku dengan zaimi tak kurus-kurus gak lagi..kah kah kah

p/s: abaikan je lah rumah kami yang penuh dengan barang adam everywhere.. huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...