Pages

Nov 16, 2013

Bayar Zakat Pendapatan Secara Potongan Gaji



Harini aku nak share cara macam mana nak melunaskan zakat pendapatan melalui potongan gaji.
Ye lah, sama macam aku, 'rajin' lah sangat nak pergi kaunter pusat zakat tu kan?
hahaha..

Tapi ini untuk mereka yang bekerja kat Negeri Sembilan lah..
Sebab ini link untuk Zakat Negeri Sembilan.
Maybe sama kot prosedurnya, tak pasti lak.
Tapi bolehlah korang nak try kan.

Makanya, jom lah kita online sajo..
dari kira berapa banyak zakat nak kena bayar, samada bulanan atau tahunan, dan niat zakat sekali!
Semua boleh buat sambil tidak perlu mengangkat punggung anda yang sayang nak tinggalkan kerusi ofis itu sebab anda adalah seorang yang sangat suka melepap surf internet workaholic!

Yuk kita tengok cara-caranya! yuk!

Mula-mula sekali, apa yang anda perlukan adalah sebuah komputer @ laptop.
Dan pastikan ada capaian internet ye.
Ok, dekat search bar kat atas tu, masukkan http://www.zakatns.com.my/
Tak pun lepas habis baca ni, klik je dekat link yang aku letak tu.

Lepas tu akan keluar macam ni:



Ohoi silalah abaikan tab tab yang ada dekat window aku tu..haha

Lepas tu, mula-mula sekali elok korang kira dulu, adakah perlu bayar zakat atau tidak?
Kalau perlu, berapa?
Kan?
Kenalah tau benda benda tu dulu.
Klik dekat KALKULATOR yang ada dekat kotak belah kiri tu, sebelah SISTEM.
Nanti akan keluar macam ni:


Jadi, seperti kat arrow tu, korang pilih Kaedah B - Pendapatan Bersih.
Nanti akan keluar kotak-kotak macam kat atas tu, then isi.
Eloknya masa isi tu silalah refer kepada slip gaji.
Bukan apa, karang tersalah isi lari pulak jumlah tu, dah macam mana pulak status zakat kita ye dak?
So isi yang kotak purple.

Untuk ruang isteri dan anak IPT @ anak tidak IPT tu, suami saja yang isi ye.
Isteri tak perlu isi bahagian tu.


Ini contoh selepas isi.
Semua data tu adalah rekaan aku sajo ye..
Just nak bagi keluar figure je.
Nak isi data gaji aku, malu lah pulak kan.
Iyelah, golongan makan gaji ni, besar mana je gaji kan.. keh keh keh..

Lepas dah isi semua, nanti klik kat kotak Kira Zakat.
Lepas tu, akan keluarlah makluman macam arrow aku tanda 1 tu.
Dia akan mention berapa perlu dizakat setahun, dan kalau nak buat potongan gaji, macam mana dan berapa nilainya.
So, lepas tu *berapa banyak lepas tu daaa*
Macam kat arrow aku tanda 2 tu, klik kat tab BORANG SPZB.
Nanti akan terbukak tab baru, nampak macam ni..


Isilah kotak-kotak kuning tu.
Masukkan jugak nama dan alamat majikan korang.
Jangan lupa jugak masa isi tu, baca niat membayar zakat tu tau!
Klik setuju, dan klik Hantar Borang Potongan Gaji.

Nanti pihak Pusat Zakat akan contact majikan, dan proceed apa yang patut.
Kita cuma tunggu je, ada apa-apa nanti diorang akan maklumkan kepada kita.
Gitu.


Ok?
Faham semua?

hik hik hik..

p/s: Selamat membayar zakat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...