Pages

Oct 3, 2013

Anak hilang bila tidur malam

Tajuk entry ni boleh jadi tajuk utama suratkhabar tak?
Haha..

Ini kisah anak aku si Adam tu..
Bukan hilang terus.. nauzubillah..

Cuma sejak umur dah nak mencapai 6 bulan ni, dia dah tak nak tidur malam sangat..
Kalau letak dia dalam cot dia, kira ok lah lagi, paling-paling pun dia merengek je sebab tak dapat meniarap..

Tapi bila kitorang laki bini dah tertidur depan tv kat ruang tamu, asalnya Adam tidur dekat tengah-tengah.. Ok lah.. Awal2 tidur tu mesti nampak nyenyak je.. terlopong je mulut budak kecik tu..

Tapi.. bila dah pukul 2.30 pagi macam tu.. Aku mesti terjaga sebab terasa yang adam dah hilang.. dah tak ada kat tengah2.. Bukak je mata.. tepat skali. Memang dah hilang! Tak ada dah kat tengah tu!

Tengok sekeliling, ha amek kau.. jauh dah merayapnya..

Umur belum 6 bulan lagi tapi alhamdulillah adam dah boleh merayap ke depan, boleh pusing2 dalam keadaan meniarap.. dia macam mengensut ke depan guna siku, dia tolak dengan kaki dia.. sampai terangkat-angkat bontot..haha..

Tapi risaulah jugak.. Kitorang ni kadang-kadang bila dah letih sangat, tak perasan adam dah jauh..
Sebab dia tak menangis.. senyap2 je dia pergi merayap.. risau gak dia kutip apa-apa masuk dalam mulut.. Dahlah memang hobi dia masukkan benda dalam mulut sekarang..

Haih la anak.. suka mak tengok adam merayap.. rasa bangga :')

Ye saya suka explore yeay!

Handsome tak saya..hahahah

Reading my first book sampai keluar air liur hahaha

emak <3 adam="" br="">


Alhamdulillah..

p/s: Malam tak nak tidur, pastu orang nak pergi kerja pagi, dia pulak dah mengamuk mengantuk.. apadaaa..

ZzZZzzZZzzz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...