Pages

Aug 23, 2013

Mangsa Kemalangan Disembelih Di Tepi Jalan

Kejadian berlaku pagi tadi semasa aku dan zaimi on the way nak pergi kerja di Kuala Pilah dari Senawang. Keadaan cuaca pun hujan, mungkin jalanraya pun agak licin.



Ewah mukadimah.
Ok sambung..

Memang kenderaan agak banyak pagi tadi, bas, lori, kereta, motor, teksi.. semua slow je..

Sekali masa sampai dekat2 dengan kawasan Kg. Ibol kalau tak silap, trafik macam dah start slow..

Rupa-rupanya ada accident!

Nampaklah ada mangsa tergolek dekat bahu jalan sebelah sana, yang menghala dari Kuala Pilah ke Seremban.. Terangkat semua kaki ke atas. Kat bahagian kepala mangsa ada darah meleleh, habis jalanraya tu berdarah..

Ingatkan mangsa tu mengalami kecederaan parah kat kepala ke apa, rupanya mangsa tu kena sembelih!

lagilah terkejut aku menengoknya..

Kesian..

Tu lah, melintas jalan ikut rasa bila nak lintas je.

Dah namanya pun lembu kan..huhu..

Jadi mungkin tuan dia yang sembelih sementara lembu tu masih nyawa-nyawa ikan..
Dari terbazir je.. Seekor lembu bukan murah woi sekarang!

Tapi tak tau lah kondisi daging lembu tu macam mana, takut organ dalaman dah banyak pecah kot impak dari kemalangan tu..

Bertabahlah tuan lembu ye..

p/s: Takziah juga kepada ahli keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi bas terhumban masuk gaung di Genting Highland 21 Ogos 2013.. Berhati-hatilah di jalanraya untuk kita semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...