Pages

Aug 7, 2013

Kuih Cornflake Madu y'all!

Weehuuu!
Malam ni aku dengan nana berjaya menyiapkan 3 balang besar kuih cornflake madu hahaha..
Ala siapa yang dah biasa buat mesti buat rolling eyes je kan.. keh3..
Actually kami tak pernah buat pun, selalu nana dengan oboi buat yang kuih cornflake yang macam biskut tu, yang letak ceri kat atas tu..
Malam semalam tetiba terasa nak cuba buat pulak kan.
Google resepi, tengok2 alah.... sonang eh!
Resepinya:
6 sudu besar butter
6 sudu besar gula (boleh adjust ikut taste memasing)
2 sudu besar madu
Coklat rice (untuk tabur atas kuih)
Sekotak cornflake
Caranya:
Cairkan semua bahan kecuali coklat rice dan cornflake dalam kuali dengan api kecil. Agak2 je api tu, takut hangit pulak.
Bila dah cair, kacau2 sikit bagi sekata, terus tuang dalam bekas yang korang dah letak cornflake tu.
Then gaul sampai semua cornflake nampak bersinar, dan bila korang rasa dah cukup manis. Kalau tak cukup manis atau nampak macam ada yang tak sekata, mungkin tak cukul sosnya, boleh lah panas kan lagi. Ikut suka korang.
Lepas tu, letaklah dalam cup kecik2 yang selalu orang buat apam corak tu.. letak ikut koranglah, kalau kedekut letaklah sikit..haha
Lepas tu tabur coklat rice.
Susun elok2 dalam loyang, then bakar dalam oven selama 5-7 minit.. untuk lekatkan kepingan2 cornflake tu.. siap!
Hasilnya meletops! Tapi bila dah bakar rasa manis dia yang melampau akan berkurang, jadi macam just nice :)
Tadaaa!
P/s: siapa malas nak buat bolehlah buat tempahan kat kuih raya cornflake madu ni kat adik aku nanti ye.. especially yang duduk area semenyih.. hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...