Pages

Aug 27, 2013

Gambar Ngeri Mangsa Bas Terhumban Genting Highlands

Takziah sekali lagi kepada waris mangsa tragedi bas terhumban di Genting Highlands Ogos 2013..

Tadi sambil baca-baca blog, terbaca entry yang bisa meremangkan bulu roma kat Blog Mazidul.
Mazidul siap letak gambar tu..

Huwaaa...

Sedih.
Takut.
Seriau.

Mintak simpang.
Nauzubillah.

:(

Coretan saudara Mazidul ni pun dah cukup buat aku seram sejuk..

"Bagi mangsa terselamat, pengalaman duduk atau berdiri di dalam bas, tiba-tiba hilang kawalan \dan melanggar tebing jalan pasti mengerikan. Bayangkan andai kita semua berada di dalam bas sama.

Sebaik terlanggar tebing gaung,  bas dinaiki 53 penumpang duduk dan berdiri itu tentunya bergolek dan menggelungsur menuruni cerun curam dianggarkan berketinggian 60 meter. Badan bas terhempas berulang kali ke permukaan tanah keras  tebing sekaligus menghentak batang pokok besar tumbuh liar. Jerit pekik kedengaran, semua penumpang kemudian terhumban dan melambung di udara tanpa kawalan di dalam bas. Kepala dan tubuh mereka berlaga pancang besi kerusi tercabut, mungkin menusuk tubuh dan sebilangan penumpang terpelanting keluar melalui tingkap sisi dan hadapan  bas pecah berderai.

Akibat terhentak ke sudut tajam atau terkena serpihan kaca,  tubuh beberapa penumpang dihiris kasar, berkecai serta-merta, mengakibatkan antara  penumpang putus kepala dan kaki. Majoriti mereka meraung kesakitan berikutan patah tulang rusuk, pinggul,  kaki dan tangan. Sebaik sahaja badan bas terhentak mencecah dasar gaung, keadaan sunyi seketika sebelum raungan kesakitan  penumpang masih hidup kembali bergema. Tatkala itu, beberapa penumpang mungkin hanya tinggal nyawa nyawa ikan, tercungap-cungap cuba menghela udara sebelum  perlahan menghembuskan nafas terakhir. Penumpang masih hidup terperangkap di dalam bas juga pastinya tersepit,  dihempap oleh mayat bergelimpangan di atas mereka.  Derita dialami 16 mangsa terselamat  tetapi cedera parah  terbabit  pasti tidak dapat digambarkan dengan kata-kata". - Mazidul.
Gambar juga dari Blog Mazidul
 
 
 
 
ngaaaaaaaaaaaaaaaa... :((
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...