Pages

Jul 8, 2013

Suami Tak Perlu Minta Kebenaran Isteri untuk Kahwin Lagi

Wow..

Semalam dekat Whatsapp, kecoh sekejap kami bercerita pasal para suami kat Malaysia sekarang, tak payah nak minta tandatangan atau izin isteri untuk kahwin dua, tiga, atau empat.

T__T

Gambar Hiasan


Tapi kalau ikut aku Google tadi, perkara tu dah lama keluar paper rupanya.. Oktober 2012 lagi.
Ke ada yang baru..?
Maaf lah.. busy bebenor sampai tak sempat nak baca suratkhabar.
Huhu..

 Sepang: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa undang-undang syariah di Malaysia memberi hak kepada suami berpoligami tanpa perlu meminta kebenaran isteri.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata sebaliknya keputusan sama ada lelaki berkenaan dibenarkan berpoligami atau tidak bergantung kepada budi bicara Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, beliau berkata kebiasaannya Mahkamah Syariah akan memanggil isteri pertama untuk memaklumkan bahawa suami bakal berkahwin satu lagi.


“Mengikut sistem perundangan Islam suami memang tidak perlu meminta kebenaran isteri untuk berkahwin lebih daripada satu atau berpoligami.

Perlu buat permohonan

“Bagaimanapun, mana-mana lelaki yang mahu berpoligami perlu membuat permohonan ke Mahkamah Syariah bagi menentukan sama ada layak atau tidak berkahwin lebih dari satu,” katanya ketika di temui BH di sini.

Othman diminta mengulas laporan media mengenai lelaki Islam di Pulau Pinang tidak memerlukan kebenaran isteri pertama untuk berpoligami.
Dalam laporan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Datuk Sazali Hussien, berkata enakmen syariah negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mendapatkan kebenaran isteri pertama.

Sebelum ini, BH melaporkan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, dipetik sebagai berkata suami yang mahu berkahwin lebih daripada satu tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kerana ia tidak terkandung dalam enakmen syariah di semua negeri.

Ambil masa 21 hari

Sebaliknya, mengikut Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam yang hampir seragam di semua negeri, suami diberikan hak berpoligami dan hanya perlu mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah.

Zainul Rijal berkata permohonan mengambil masa hampir 21 hari dan akan dinilai oleh Mahkamah Syariah sebelum mendapat kebenaran.

“Empat elemen utama dinilai mahkamah, iaitu keperluan perkahwinan, kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak mendatangkan kemudaratan pada isteri.


Tapi ni versi lelaki Pulau Pinang kan? Lelaki Kelantan macam mana? hihi..

Adakah para isteri kena berjaga-jaga je lepas ni?

Tapi kan..

Kalau dia dah nak sangat kahwin baru..
Apalah kudrat kita nak halang..

hmm..

p/s: Saya Sayang Suami Saya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...