Pages

Jun 23, 2013

Ketiak Artis Malaysia | Maya Karin Ketiak Hitam

Seriously, tak tau lah dari Malaysia ke dari mana, tapi ada juga jari jemari yang search ketiak kat Google?

Dan yang paling tak boleh blah, ada yang cari ketiak Maya Karin. Betul.


Untuk apakah? Adakah ada penyakit yang obses kepada ketiak? Apa nama penyakit obses ketiak tu ye? Eh aku bukan ada-adakan cerita lah, tadi aku check statcounter blog aku, dan ada keyword ni..haha


Apakah T__T

Memang betul ke ketiak si Maya Karin tu hitam? hahah..
Adoi la macam-macam..
Kalau ada orang yang buat Blog atau laman web Koleksi Gambar Ketiak Artis Malaysia mesti trafik dia tinggi kot..hehe..

apa yang bestnya tengok ketiak? o_O

Jadi, dari korang duk search ketiak ketiak ni, marilah kita baca 1 artikel berkaitan ketiak dari Karangkraf ni, berguna jugak kot :

Kenal pasti punca ketiak ‘berkarat’
  • Deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya. Sisa deodoran yang tidak dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria dan menyebabkan ketika menjadi hitam.
  • Ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik contohnya ketika hamil.
  • Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.
  • Selain itu, pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan dikenal pasti antara penyebab ketiak menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.

Cara mengatasi Ketiak Hitam / Berkarat

1.      Mandi dengan sempurna dan gunakan sabun khas bagi membantu menghilangkan kesan gelap. Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli sebarang produk termasuk sabun.

2.      Kenakan pakaian yang longgar dan menyerap peluh. Ia memberi ruang pengudaraan kepada tubuh.

3.      Gunakan bedak anti bakteria di bahagian bawah lengan selepas mandi. Bedak ini dikatakan dapat mengurangkan peluh.

4.      Disarankan melakukan rawatan wax berbanding mencukur kerana ia lebih selamat dan tidak membuatkan kulit di bahagian ketiak gelap.

5.      Jika masih memilih kaedah bercukur, pastikan alat cukur bersih dan pisau cukur tidak berkarat.

6.      Sental tubuh dengan skrub khas bagi menanggalkan sel mati dan menghilangkan daki serta parut.

7.      Elakkan menyembur minyak wangi di bawah ketiak, perbuatan ini menggalakkan pembiakan bakteria apabila peluh bercampur dengan pewangi.

8.      Pilih deodoran yang mengandungi unsur mineral seperti kristal, ia sesuai untuk golongan berkulit sensitif.


Petua tradisional Merawat Ketiak Hitam / Berkarat

Limau + kapur sirih

Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.

Buah betik

Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Sirih + beras

Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.


Boleh?

Berguna tak info Kak Ton untuk pencarian ketiak?
Hahahaha...

Dari duk carik ketiak si Maya Karin tu, baik teropong dulu ketiak masing-masing dulu..
Sental-sental dulu mana yang patut..kikiki..

Nak ketiak Aaron Aziz pulak?

p/s: Ketiak anak aku wangi je..nyum nyum..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...