Pages

Jun 13, 2013

Cara hilangkan ruam di muka bayi?

Semenjak dua menjak dah masuk 2 bulan ni, sakan pulak bintik-bintik halus ruam naik kat muka anak kecil aku ni. Kesian adam. Asalnya dia suka tonyoh tangan dia yang bersarung tangan tu kat mulut, lepas tu tonyoh2 muka dia pulak. Lepas tu bintik2 halus tu menjadi-jadi.

Sebagai emak yang baru *ecewah*, aku kaget la jugak bila muka anak aku jadi macam tu.
Memangla tak teruk sangat, tapi risaulah jugak.

Tak nak muka anak aku jadi macam ni!


Mula-mula, aku hentikan penggunaan bedak muka dia. Then, aku decide maybe enough untuk adam pakai mittens. Dah 2 bulan umur lagipun. So bukak. Lepas tu, aku ingat nak letak Drapolene. Pergilah dekat Twin Baby dekat rumah aku ni nak pergi beli. Dahlah adam termuntah kat kedai tu..haha

Masa aku belek2 drapolene tu, salesgirl dia datang. Katanya drapolene ni sesuai untuk ruam kat punggung bayi. Lagipun tak organik katanya. Bahaya bla bla bla.. Dia pun promot 1 krim lagi. Baby Nappy Rashcure Cream dari pengeluar Baby Organix. Tagline dia The Power of Nature. Haha.. Soothing & Protect with Shea Butter and Prebiotics katanya.

Budak tu kata boleh sapu kat muka sebab organik, masuk mulut pun tak apa. Aku pun dengan 'cerdik'nya pergilah beli krim tu. RM29.90 jugak kau. Sebab apa? Sebab aku kekok budak tu ikut je aku dalam kedai tu. Aku serius tak suka salesgirl jenis ikut je kau nak tengok2 barang. Macam timbul 1 perasaan kurang senang giler-giler punya. Dahlah muka budak tu macam taik je masamnya.. Kalau tak nak jadi salesgirl, pergilah jadi CEO syarikat ke, lawyer ke.. duh..

Lepas tu bila dah beli, dengan 'cerdik'nya baru nak terbaca kat kotak krim tu, "Protect baby's little booty, the gentle, natural way!" Then baru aku perasaan perkataan Nappy..arghhh...

Tapi masa adam tido, try la jugak letak kot2 jadi kan..letak nipis2.. hmm.. tak jadi pun.. ruam kat muka adam tak hilang, tapi jadi kering pulak muka dia..

Lepas tu, try pulak letak bedak merah Agnesia tu. Tak jadi jugak.. Letak baby oil baru ok sikit.

Tapi, masa bawak adam pergi kliniki untuk inject 2 bulan hari selasa haritu, muka adam adalah terkena panas sikit.. adoi.. baby oil tu macam menambah kemerahan muka adam pulak..adess..

Tanya nurse kat klinik kesihatan tu, dia kata letak losyen je. Hmm.. Aku tak try pulak letak losyen, sebab takut nanti adam tersapu dengan tangan dia, pastu termasuk mulut..

Tanya dekat kawan2, ada sorang akak ni ni kata dia letak Minyak Kelapa Dara dekat muka anak dia then menjadi. Virgin Coconut Oil ni ada jual dekat kedai2 ubat katanya.. Bincang dengan zaimi, then pergi beli dekat Taipan Senawang, kedai yang ada gambar Mak Dara tu..hehe..

Beli cap Bio-Asli. Memang ada tulis dalam kertas dalam kotak tu, khasiat minyak kelapa dara ni untuk ruam. Ok, let's sapu lepas adam mandi.



Hari pertama lepas try, nampaklah bintik2 tu macam mengecil. Harini, merah-merah dah surut tapi bintik2 tu ada lagi, tapi bila sentuh dengan jari muka dia, kesan ruam tu dah tak setebal asal. yea! Alhamdulillah, nampak macam menjadi. Thank you kak Tini :)

Bila cium adam, dia bau kelapa..haha..

Kesian anak emak..

Harapnya tak lama lagi hilanglah ruam2 muka adam.. Aku cuma mampu bertawakal..cewah..

p/s: tak bestnya selsema masa jaga anak..srot srot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...