Pages

Jun 10, 2013

Adam Zuhairi First Flight | Susah Tak Nak Bawa Baby Bawah 2 Bulan Naik Kapal Terbang?

Ewah tajuk, tak boleh blah..haha..

Lepas habis pantang haritu, zaimi decide nak buat terus akikah untuk Adam dekat kampung dia di Kota Bharu, Kelantan. Fikir punya fikir, kami buat keputusan untuk bawak je anak kitorang yang belum masuk umur 2 bulan ni naik flight sahajo..

Nak naik kereta jauh jugak, dengan aku yang tak ada pengalaman bawak anak naik kereta jauh-jauhnya.. Karang buatnya budak tu penat dalam kereta jenuh jugak.. perjalan paling sekejap pun 8 jam.. Oh cepatlah kerajaan buat highway pergi Kelantan please..hehe..

Jadi, beli tiket kapal terbang ke Kota Bharu yang 25 Mei, jadi 2-3 sebelum tu, aku pun ada lah tanya dekat kawan-kawan kot-kot dorang tau tips2 nak bawak anak kecik naik flight ni. Alhamdulillah.. dapat banyak feedback berguna *wink*

Mula-mula aku tertanya-tanya pasal stroller. Sebab macam kesian kat Adam dengan kat aku sendiri kalau asik dukung aje dia kan.. Tapi lepas tu ada kawan offer pinjamkan dia punya Moby Wrap *thanks kak Sue!*, sebab senang, tak payah nak angkut stroller tu nanti..

Ok set, esoknya zaimi ambik dari kak sue, bawak balik semenyih, ye la nak try lah dulu kan..

Excited kot mula-mula tengok moby wrap tu, bertambah excited bila tengok cara-cara untuk pakai moby wrap tu kat youtube.. tengok model2 dalam video tu buat ikat-ikat tu nampah sangatlah mudah dan convenience, baby dalam video tu pun senyap dan redha je diselit-selit dalam moby wrap tu.. Maka, dengan semangat yang menggunung di dada, aku pun try..

Mula2 letak kain moby wrap tu kat perut, dan ikut step2 seterusnya.. Lepas tu, angkat la budak tecit tu nak masukkan dalam wrap tu.. masuk bontot dulu, dada bertemu dada bla bla bla.. Elok je dia duduk dalam moby wrap tu, melalak-lalak dia nanges.. hahaha! Tak putus asa, try lagi.. Nanges lagi..
Dan lepas beberapa percubaan, memang gagal. Tak nak aku try dah.. aku tak sanggup tengok anak aku nanges.. macam kena seksa je..huhu..

Maka, lupakan je lah hasrat nak guna moby wrap tu.. Tawakal je lah bawak stroller..

Tiba hari berkenaan, bawaklah stroller sahajo.. dan kalau ko naik Air Asia dari LCCT, staff dia memang akan pesan banyak kali suruh letak je stroller tu kat tangga kapal terbang, nanti masa turun dari kapal terbang tu, amek stroller tu kat situ gak..



Ok set. Adam pun diam je, Alhamdulillah.. Walaupun dia macam dah lapar, aku sumbat je puting kat mulut dia. Sebab tips dari kawan2 jugak, seeloknya masa kapal terbang nak take off dengan nak landing, pastikan baby menyusu atau menghisap, untuk dia balance kan tekanan udara kat telinga dia.. Kita yang dewasa ni boleh la nak makan gula-gula ke, kacang ke.. Untuk baby, tu je lah cara dia..

Jadi, aku bagi puting dulu, nanti masa take off, baru aku nak breastfeed je dia.. Pastu masa landing, aku dah spare siap2 bawak susu dalam botol.. kot2 dia lapar lagi nanti.

Walaupun katanya penggunaan puting dan botol susu akan menjejaskan penyusuan susu ibu, alhamdulillah si Adam ni tak ada prob.. Tak keliru puting langsung.. agaknya sebab dari umur tak sampai 10 hari dah minum susu formula kot..huhu..

Pastu dah naik atas kapal, memang get ready la nak BF dia.. Masa kapal tu tengah pusing2, ingat nak ameklah gambar kenangan.. Sekali Adam troll kitorang daa..haha!


 Apalah adam..penat mak dengan ayah posing.. hee..

Lepas tu, dia memang tidur je lepas BF tu.. Aku? Nervous gila kot! Aku sangatlah berharap Adam tak menangis.. Sebab, memanglah orang tak boleh nak marah dia, sebab dia baby lagi.. Tapi aku risau kot2 orang marah dalam hati..huhu..

Alhamdulillah.. dia memang tak menangis.. senyap je.. Masa nak landing, kitorang try la sumbat botol susu, dia tak nak. So, sumbat puting je lah.. Dia sendiri yang akan nyonyot puting tu bila telinga dia rasa sakit..

Sampai airport KB, penutup stroller Adam macam terbukak sedikit..cis. And we stay at Adam's Tok Ma house for 9 days..

3 Jun, alkisah nak balik ke  LCCT semula. Naik dari airport KB ni lain sikit, disebabkan naik Air Asia, ko kena turun tangga lak dari gate untuk pergi ke kapal terbang kau.. cis. Terpaksalah zaimi pikul pulak stroller tu turun tangga, untuk bawak ke tangga kapal terbang pulak.. Tapi kena buat gitu, sebab nanti masa turun kat LCCT jauh juga nak jalan dari kapal ke terminal..

Adam pulak, sampai je kat LCCT, letak je dia dalam stroller.. tersenyum-senyum.. Maklumlah, budak dah dapat senyuman..hihi.. ;)



Itu je lah cerita Adam naik flight..haha.. Infant, atau budak kecik memang boleh dibawak naik flight, kalau Air Asia, kena bayar RM50.. Tapi dia boleh bawak hand-luggage dia 7kg jugak.. Aku ingat baby aku dah cukup kecik dah masa naik flight, rupanya ada orang lain, anak baru 9 hari dah naik flight.. tak ada masalah selagi kau titik beratkan betul2 bab baby kena menghisap tu.. *wink*

Dan yang penting, adam dah selamat menjalani majlis akikah dia.. dan masyukkkk sungguh rezeki adam.. alhamdulillah.. tenkiu kepada yang memberi ;)

Maap la kalau banyak typo ye, sambil taip, sambil jaga anak, begini la..haha :P


p/s: Apobondo benda Tate Nora Danish tu? Banyak giler keyword tu masuk blog aku. Huu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...