Pages

Mar 10, 2013

Budak Mati Jatuh Bangunan Di Kluang

Kesiannya baca berita ni tadi, budak perempuan yang baru berumur 4 tahun mati akibat kecederaan parah di kepala lepas terjatuh dari tingkat 4 sebuah bangunan di Kluang. Nur Qistina Rosni nama adik tu.

Gambar Hiasan

Katanya masa kejadian, budak perempuan tu tengah main dengan kawan-kawan dia dekat sebuah rumah kosong dekat tingkat 4 Blok G5 Perumahan Penjara di mana dia dan keluarga tinggal selama ini.

Tengah main tu, dia pun panjat beranda, terlepas pegangan tangan dan slip down jatuh ke bawah.

Artikel dari sumber:

Kluang: “Adik dah mati, dia jatuh bangunan,” kata Ariana Najwa Rosni, 6, apabila ditanya mengenai adiknya, Nur Qistina Rosni, 4, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Enche Besar Kalsom, Kluang, di sini, petang kelmarin.
Ariana kelihatan sugul dan hanya terdiam di samping ibunya, Roshilawati Ariffin, 31, ketika menunggu urusan bedah siasat sebelum jenazah arwah dibawa pulang ke Parit Buntar, Perak, untuk dikebumikan.

Dalam kejadian jam 7.10 malam, Qistina bersama lima rakannya dikatakan menaiki tingkat empat Blok G5 Perumahan Penjara sebelum bermain di sebuah rumah kosong di tingkat itu.
Dia dipercayai memanjat pagar besi beranda rumah kosong itu sebelum terlepas pegangannya pada pagar itu, menyebabkannya terjatuh.

Jiran mangsa, Khairul Anuar Harun, 30, berkata, ketika kejadian, ayah mangsa, Rosni Ramli, 31, yang juga warder Penjara Kluang bertugas manakala ibunya berkumpul bersama jiran di bawah bangunan Perumahan Anggota Penjara Kluang.

“Tanpa disedari, arwah bersama lima rakannya menaiki tangga ke tingkat empat untuk bermain di sebuah rumah kosong di tingkat itu,” katanya.
“Akibat tiada kawalan orang dewasa, mangsa dipercayai memanjat pagar besi beranda rumah kosong itu sebelum terlepas pegangan lalu terjatuh,” Katanya, mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kerana parah di kepala dan badan.

 Semoga keluarga adik Qistina tabah menghadapi berita ini.
Buat yang lain, berhati-hatilah..Pesan kepada anak-anak supaya jangan suka memanjat.
Semoga Allah melindungi kita semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...