Pages

Feb 8, 2013

Sharnaaz, Adibah Noor dan Soalan Serius

Agak-agak apa perkaitan antara Sharnaaz dan Adibah Noor?

Kenapa tiba-tiba mereka berdua dikaitkan di sini?

Apa yang telah berlaku sampai dorang berdua ni terkait tak tentu pasal?



Jawapannya adalah...

Aku punya Statcounter. Keh3..

Ok, sejak stop bolgging setahun yang lepas, trafik ke blog memang macam haremm lah kan, takde maknanya macam dulu. Walaupun dulu trafik blog takdelah awesome sangat pun, tapi memang jauh panggang dari api lah dengan sekarang. Dah aku nak expect apa ye dak? Google pun dah lupa siapa aku. Dulu memang nak lah trafik ni, jujur cakap demi Nuffnang. Adess.. childish sungguh. Pui~

Jadi sejak start berblog balik ni, sesajalah letak je Statcounter ni dekat blog, konon-konon nak tau lah jugak pasal visitor and keyword semua.

Memang tak adalah keyword sangat yang masuk ke blog aku ni.

Siap haritu tulis No Data lagi.. hahah..

Lepas tu harini, saja-sajalah gatal cek kat bahagian keyword setelah pening mengadap jawapan-jawapan kreatif student-student aku tu.. Makanya, ini lah yang ada setakat aku buat entry ni:


Yang paling tak boleh blah, yang last tu.

"Kalau ada seseorang yang kau cintai, suruh kau lupakan dia, kau buat apa?"

Dan Google pulak memasukkan link blog aku dalam enjin carian dia?

Boleh jadi doktor cinta lah aku lepas ni haha..
Funny.. kesian orang yang search tu, tak jumpa jawapan dalam blog aku yang tak ada arah tuju ni.

Ok lah, aku jawab sekarang. Em..kalau ada terjadi perkara tu *Nauzubillah*, aku tak buat apa-apa kot. Just menangis kesedihan dan akan take time yang sangat lama untuk recover. Try untuk pergi jauh lah dari dia untuk memudahkan proses melupakan tu. Cewah..

Yang tanda-tanda kehamilan minggu pertama tu pulak, kalau ikut pengalaman aku tak adalah pulak sakit perut. Tak rasa apa-apa lagi masa first week pregnant tu. Hee..

Yang contoh kertas kerja dobi layan diri tu lagilah tak dapek nen nak nolong.. Sorry..hua3..

Sesungguhnya entry ini tiada kaitan dan tiada perkaitan pun di antara Adibah Noor dan Sharnaaz melainkan hanya menjadi keyword blog ini sahajo.. :D

Dan tiba-tiba jugak Windows Media Player aku ni mainkan lagu Patah Seribu.. macam tau-tau lah pulok.. hik3..

Oh esok nak balik kampung suami..
Semoga semuanya selamat..
Dan semoga aku tak terberanak awal..
Baby ku.. sila keluar bulan 4 nanti seperti yang dirancang ye..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...