Pages

Feb 23, 2013

Internet Laju Yang Dibazirkan

Minggu ni memang full. Jadual penuh. Minggu depan pun sama.
Arghh!

Hari ni kena pergi AKEPT dekat Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan sebab ada Bengkel Pemantauan Progress Penyelidikan. Aku memang tak lah kan mampu nak present benda tu. Terasa banyak benar 'wayar' aku dah putus. Huu..

Ye lah, semakin sarat ni, jadi semakin lampi dan otak selalu hanged. Macam lambat sangat nak proses data, dan lambat jugak nak respon, paling parah, tak relevan dan selalu bagi jawapan dan pandangan mengarut. Kadang-kadang zaimi gelak je kat aku.. Makanya dia lah yang present..

Macam haritu, dia tanya soalan ape tah, aku jawab 'ha' je. Pastu dia tanya, apa yang 'ha'? Ha?
Bertambah ke blur an aku keh3..

Maaflah masyarakat sekeliling.. aku pun tak tau kenapa aku jadi macam ni.
Pelupa tak payah cakaplah kan. hmm.. Harap kecacatan ni tak kekal.. huk3

So apa kaitan dengan internet laju yang terbazir tu?



Ha... sebab sekarang aku kat AKEPT , AKEPT adalah shortform untuk Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi. Serius lawa tempat ni. Design bangunan dia, fasiliti dia, prasarana dia.. Dan yang syoknya wifi dia laju.

Tapi dah namanya ada bengkel kan, haruslah penat dan takde kesempatan nak guna internet ni...
Ah rugi...rugi amat!

Tu yang update jugak blog ni.. hehe..

Dahla, esok ada lagi. Nak tidur dah.
Penat walaupun tak drive. Zaimi yang drive. Dahla kami sesat sebab GPS tipu kami.. cis.
Dia suruh masuk ikut simpang yang tak wujud. Haru. Dahlah Seremban 2 tu jem dia melekat-lekat. Buang masa gila-gila.. Jadi silalah update GPS anda kalau nak ke AKEPT ni ye. Bandar Enstek tu sebenarnya atas sikit je dari Sendayan. Jangan tersesat-sesat macam kami tadi..hua3

Tengok, dari rasa macam nak cerita pasal sesuatu. Lupa dah. Alahai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...