Pages

Feb 13, 2013

Emak Catriona Ross Meninggal Kemalangan Jalan Raya

Takziah diucapkan kepada Catriona Ross, dulu dia yang eksiden, pagi tadi dia kehilangan ibu tersayang juga disebabkan eksiden. Takdir Allah.. Terkejut juga dengar berita tu tadi. Khabarnya kemalangan dengan bas dekat Grik. Kegagalan memotong.



Nauzubillah.. mintak dijauhkan..

Berita bawah ni copy paste dari myMetro Ahad:


“Saya reda dengan pemergian ibu saya kerana Allah lebih menyayanginya,” kata pelakon, Catriona Ross Bahrain, 32 yang mengesahkan kematian ibunya, Siti Zawiah Ab Rahman, 63 dalam kemalangan maut di Gerik, Perak, kira-kira jam 1 pagi tadi (13 Februari 2013).
Menurut Catriona, dia dihubungi keluarga di Kota Bharu mengenai kemalangan itu kira-kira jam 5 pagi dan terus bergegas ke Hospital Gerik bersama suami dan ahli keluarga lain. 
Ketika Harian Metro menghubunginya pagi tadi, suara pelakon itu kedengaran tenang dan dia sedang menunggu pihak hospital menguruskan jenazah ibunya sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu untuk dikebumikan selepas Asar.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Titiwangsa.

Mangsa bersama dua lagi Norimi Ghani, dan Sitah Abdullah, kedua-duanya 40, maut di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan yang berusia 40-an, cedera.

Kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dinaiki empat mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapan sebelum dirempuh sebuah bas ekspres yang berada di laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala, pemandu kereta yang cedera dirawat di hospital sama.


Salam Takziah.. :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...