Pages

Feb 28, 2013

Cara Hilangkan Kaki Bengkak Ketika Mengandung

Sejak masuk trimester ketiga haritu, kaki aku selalu bengkak.
Kaki asalnya memang dah bersaiz besar, kalau beli sandal mesti nak saiz 9.
Bayangkan, sejak mengandung, aku memang dah beli siap-siap sandal saiz 10.
Tapi sejak kebelakangan ni, yang saiz 10 tu pun dah tak muat!
Selipar jamban aku yang letak kat office untuk guna pergi toilet tu pun dah tak muat, boleh masuk jejari je..haha

Ini bukan kaki aku, tapi macam ni lah bengkaknya kaki aku sekarang!

Haritu balik kampung Zaimi, 10 jam KL-KB, menggajah kaki aku dengan sangat dasyat. Tidur malam tu mak mertua suruh angkat kaki tinggi-tinggi atas bantal. Alhamdulillah susut sikit pagi tu.

Semalam, ada makmal sampai pukul 6 petang. Kaki punyalah bengkak.. aduss..

Malam tu memang tergolek awal sambil angkat kaki letak atas bantal. Tapi tak jadilah.. bangun pagi kaki still bobok -_-" Agaknya sebab baring pun tak consistent, asyik terjaga. Dah 32 minggu ni, baring lama-lama pun tak selesa dah.

Tambah-tambah lagi pagi ni zaimi kena pergi FRIM pulak, makanya akulah yang kena drive sorang-sorang pergi kerja.. Dengan keadaan kaki macam ni, Senawang-Pilah terasa jauuuuh benar! Huaaa..

Pastu aku search la pasal cara kurangkan edema @ bengkak kaki waktu hamil ni, adalah jumpa artikel yang berinformasi. Mungkin boleh cuba?

Meh nak paste:

Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?
Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.


Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:

* Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan. *ok lepas ni tak duduk lama kat opis haha
* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.

* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.

* Rendam kaki dalam air sejuk. *macam best nak try :D

* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.

* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan. *macam best nak try :D

 * Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki. *ok, insaf. lepas ni tak ngelat minum air -_-"

* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.

* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas. *alamak..payah ni..

* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.

* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. Pengambilan suplemen/vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang seimbang demi memastikan ibu terus sihat dan bayi yang dikandung membesar dengan baik.



Berhati-hati
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:
* muka atau keliling mata bengkak.
* tekanan darah tinggi.
* kencing kotor.
* sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.

Lagi 50++ hari je lagi, insyaallah akan bersalin dan mendapat anak..
Kadang-kadang still macam tak percaya je yang aku dan zaimi akan dapat anak dah :)
Ada orang cakap, anak = buah cinta. awww..sweet ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...