Pages

Feb 4, 2013

Adibah Noor Tak Nak Peminat Panggil Dia Mama

Wah nampaknya pagi ni Encik Halim Othman dapat partner baru untuk bersiaran dekat Suria FM.
Memang menarik lah nampaknya sebab pengganti baru tu adalah Adibah Noor!

Memang diakui suara Adibah Noor sedap kan masa bercakap. Lunak-lunak merdu gitu.
Banyak jugak peminat-peminat yang dah bagi komen-komen membina dekat Twitter Adibah Noor. Good!

Bercakap pasal Twitter Adibah Noor, teringat pulak malam tadi sebelum tidur aku ada lah godek-godek henfon sementara nak terlelap. Alang-alang tu bacalah tweet tweet kat TL. Then terbaca tweet Adibah Noor yang dia menegaskan dengan cara yang baik supaya peminat kalau nak berinteraksi jangan panggil dia mama, mami dan yang seangkatan dengannya.





 Betul jugak tu, setuju dengan Adibah Noor. Kita masing-masing ada cara tersendiri kan. :)

Macam ada sesetengah orang ni, dia suka acknowledge kawan-kawan dengan term 'sayang' @ 'yang' masa bercakap, niat di hati nak menunjukkan mesra. Tapi ada sesetengah kawan ni dia tak selesa. Rasa gegeli gitu..hahah..

Kesimpulannya kalau orang tu buat senyap je takpe, tapi kalau dia dah cakap yang dia tak suka tu, baik tak payah sebut dah. Buat masam muka je nanti.. Kan?


p/s: Nak pergi makan tapi hujan lobek pulak... Kalau redah ni mau kuyup bila sampai kereta.. Bersabarlah anak dalam perutku sekejap ye..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...