Pages

Dec 1, 2013

Senarai Cuti Am dan Cuti Sekolah Malaysia 2014

Saja nak share kalendar 2014 yang ada senarai cuti sekolah dan cuti am, so kepada yang nak bercuti bolehlah merancang..

:D



Boleh klik gambar untuk besarkan.

Nov 30, 2013

Kebaikan Broccoli Sebagai Makanan

Serius, broccoli ini adalah antara sayur yang aku sangat suka makan.
Sedaplah woi!



Memang kalau ada broccoli ni, lajulah suap.. sikit tak cukup.

Selain sedap, broccoli ni memang ada khasiatnya tau.
Antara khasiat broccoli adalah:

  1. Menguatkan rambut sebab banyak Vitamin A, Vitamin C dan juga kalsium.
  2. Kulit awet muda dan lebih bermaya sebab ada glucoraphanin, Vitamin B, Vitamin E dan juga beta karotene.
  3. Pelindung UV, dengan menyapukan extrak broccoli pada kulit.
  4. Mengurangkan risiko kanser kerana mengandungi myrosinase, iaitu sejenis anti-kanser, tapi ianya boleh hilang jika broccoli terlebih masak.
  5. Agen nyahtoksik, kerana mengandungi glucoraphanin, gluconasturtiin and glucobrassicin yang berfungsi untuk menyingkirkan toksik yang ada dalam badan.
  6. Mencegah serangan jantung dan strok kerana mengandungi fiber yang boleh mengurangkan kolestrol dalam badan.
  7. Membantu menurunkan berat badan kerana mempunyai sejenis fiber yang boleh mengekalkan kandungan gula yang seimbang dalam badan.
  8. Boleh mencegah osteoporosis kerana broccoli kaya dengan kalsium.
  9. Membantu mengurangkan alahan dan alergik kerana mempunyai kaempferol dan asid lemak Omega-3.
  10. Mengekalkan penglihatan mata yang baik dengan mengandungi Vitamin A yang banyak.
  11. Sebagai antioksidant, mewah dengan Vitamin C selain dapat mengurangkan kemungkinan terkena penyakit Alzheimer. SUMBER
Haa.. maka rugilah barang siapa yang asingkan broccoli di tepi pinggan itu..
Terutamanya laki akulah..
Mesti tak makan punyalah broccoli dia..kekeke..
Rugilah.. lepas ni makan tau!

Untuk baby pun elok bagi broccoli ni untuk bagi baby suka makan sayur, jangan bagi sawi kat baby.. nanti bila dia rasa pahit, dia akan set kat otak dia bahwa sayur ni pahit dan tak sedap, so no need to eat.. ha takmo lah macam tu kan..

Eh tapi bila baby dah 8 bulan ke atas lah paling sesuai bagi broccoli ni.. sebelum tu tak digalakkan tau!


Nov 29, 2013

Doktor lelaki sengaja menggatal di wad bersalin?

Gambar Hiasan

Kawan aku doktor, dia ada post gambar statement kat Facebook ni.
Dia memang bengang dengan statement Minimi Min ni.

Honestly..
Aku rasa walaupun kau tak setuju vagina kau disentuh oleh doktor lelaki semasa bersalin, kau tak boleh terus RASA yang itu kehendak doktor-doktor tu. Mereka kan ada rotation apa semua tu.. aku pun tak reti sangat.

Sebagai orang yang ada akal kan, aku rasa statement ni memang agak tak sesuai dilontarkan:



ish ish ish..
Speechless.

Nov 27, 2013

Gara-gara Si Seksi Dalam Kereta, Tetamu Tak Putus Tiba

Seriously people, kalau nampak perkataan seksi, memang cepat je klik kan?

Entry yang aku buat semalam, aku saje je buat tajuk dia ada perkataan seksi.
Padahal, ianya berkisah tentang anak lelaki aku yang berumur 7 bulan, tidak berpakaian dan menaiki walker.



Harini saja, entry tu dapat hit 170 dah setakat jam 4 petang ni.




Overall hit, dah dekat 500 hit.

Tapi, padan muka korang.. hahaha!
Tiada perempuan seksi ye.

Keh keh keh..

Dahlah, terimalah gambar seksi Ostajah Jep ni.


Nov 26, 2013

Aksi Seksi Dalam Kereta Merah

Sekarang ni makan memang takmau duduk diam-diam dah si adam ni..
Memang harus duduk dalam walker merah dia tu..haha..

Lepas tu makan mesti comot..
Nak buat bunyi 'brrr' la..
Nak makan mainan la..
Nak tangkap sudu lah..
Nak gerak sana sini..

Lepas makan mesti baju dah tak rupa baju..
haha..

Harus tukar tak pun mandikan je si adam ni..

Ini kejadian seksi semalam lah ni..
Dah sudah makan, dah cabut baju tapi still nak duduk dalam kereta merah dia tu..
Bila tertekan butang je, keluar lah lampu macam siren dengan lagu-lagu..
Lagu teddy bear lah, marry had a little lamb lah, bingo lah..
Kekadang tertekang butang honk, dia ada bunyi macam kereta tengah drift..
Lagilah si guguman ni tak nak keluar dari walker tu..






Dah separuh bogel pun nak duduk gak dalam tu..
Aiyak!

Guguman?
Oh tu gelaran manja kat adam..kikiki

Gugu tu bunyi yang adam buat masa dia dalam 2-3 bulan dulu..
Lepas tu aku suka julang dia ke atas dengan tangan, buat dia macam tengah terbang tu..
So nampak macam superhero, instead of Superman, aku panggil dia Guguman..

:P

p/s: lasak weiiiii Adam Zuhairi sekarang.. go go Guguman!

Nov 24, 2013

Sekali Lagi Buat Kesekian Kalinya

Esok Isnin, bermulalah semester baru lagi sekali..
Jadual semester ni boleh tahan jugak capeknya.. hua hua hua..
Cuma rasa bersyukur sebab Isnin kelas bukan pukul 8.. Adalah masa untuk layan Monday Blues dalam sejam dua kan sebelum pergi kelas.. hahaha..

Takpelah..
Saya yang menurut perintah..

Moga Adam juga tak meragam sangat..
Adam dah lah pesen bangun tidur pukul 3.30 pm sekarang..

I love you Adam Zuhairi!

Tapi yang bestnya, hari Isnin ada How I Met Your Mother..
Yea!



Season 9 dah mula kan.. so balik kerja sambil-sambil suap adam makan, bolehlah layan jap..
release tension gitu..

Blog ni pun apalah nasib ni..
Bersedialah untuk terabai.. kah kah kah..


p/s: Yang terpaling best adalah.... ESOK GAJI!

Nov 23, 2013

10 Khasiat Kelapa Kepada Manusia


1. Kelapa Mempunyai Heat Point Yang Tinggi
Anda boleh menggunakan minyak kelapa untuk memasak, menggoreng, dan membakar pada suhu yang tinggi . Minyak tidak teroksida dan memecahkan sehingga 450 darjah Fahrenheit atau 252 darjah Celsius. Gantikan minyak sayur-sayuran anda dengan minyak kelapa hari ini. Ia boleh digunakan sebagai pengganti yang sama dalam semua resipi anda.


2. Kelapa Sebagai Pelembap
Selamat tinggal kulit tidak stabil dan kering. Minyak kelapa boleh digunakan di seluruh badan dan muka. Ianya hebat sebagai pelembap semula jadi yang tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi berminyak. Ia meningkatkan pengeluaran kolagen dalam sel-sel anda dan akan menghilangkan kedutan!

3. Boleh Mebantu Metabolisme dan Penurunan Berat Badan
Minyak kelapa adalah asid lemak rantaian sederhana (MCFA), juga dikenali sebagai trigliserida rantaian sederhana (MCT ). Ia adalah lemak yang sihat tanpa sebarang lemak trans. Zarah asid lemak segera pergi ke hati, meningkatkan tenaga dan metabolisme. Ini kemudiannya menghasilkan penurunan berat badan. Mula mengambil beberapa sudu sehari untuk mendapatkan tubuh anda kembali dalam bentuk yang menawan.

4. Ubat Gigi
Oleh kerana ciri-ciri antibakteria dan anti- kulat pada minyak kelapa, anda boleh dengan mudah campurkan minyak kelapa dengan baking soda dan berus pada gigi anda. Simpan di dalam bekas di tempat yang sejuk, minyak kelapa  akan bertukar kepada cecair di atas 74 darjah Fahrenheit dan 23 darjah Celsius.

5. Perapi Rambut
Jika anda boleh mengambil dan menggunakannya sebagai pelembap badan , ia mesti membantu rambut anda juga. Anda boleh sapu pada rambut anda dan dalam  15 minit, boleh mendapatkan kesan pelembab untuk mempunyai rambut yang sihat dan berkilat. Syampu , bilas , dan gayakan selepas menggunakan minyak kelapa itu.

6. Mempercepat Proses Penyembuhan Luka dan Selaran Matahari
Kerana ia adalah pelembap semula jadi , minyak kelapa, bersama-sama dengan satu atau dua titis minyak lavender, boleh sembuhkan sub burn kulit anda. Gunakan setiap hari pada kulit anda, dan ia akan sembuh dalam masa yang amat singkat . Minyak kelapa juga menggalakkan pengeluaran kolagen dan membaiki sel-sel kulit.

7. Meningkatkan Pengeluaran Susu Ibu
Jika anda seorang ibu yang menyusukan bayi anda , anda tahu bahawa bekalan susu anda adalah penting untuk perkembangan bayi anda. Pengambilan minyak kelapa dapat meningkatkan bekalan susu anda, kerana lemak yang sihat adalah satu komponen penting kepada pengeluaran hormon, yang boleh meningkatkan pengeluaran susu.

8. Deodoran Semulajadi
Sapukan minyak kelapa untuk kulit ketiak anda, untuk menghapuskan bau. Asid laurik dalam minyak kelapa boleh membunuh bau yang menyebabkan bakteria.

9. Ambil Dalam Kopi

Gantikan krim dalam kopi anda dengan minyak kelapa. Ia menambah  sedikit
slight nutty taste yang kaya dan sedap. Penambahan pengambilan minyak kelapa untuk meningkatkan pengambilan vitamin dan nutrien dalam badan anda, kerana lemak penting yang sihat adalah satu keperluan.

10. Scrub Badan (Lulur)

Membuang sel kulit mati anda dengan menggunakan scrub badan ini mudah. Campurkan bersama-sama  minyak kelapa dan gula. Gunakan dalam tab mandi atau semasa mandi shower untuk kulit lembut.
Seperti yang anda lihat , minyak kelapa boleh digunakan dalam pelbagai cara, dan manfaat minyak kelapa meluas di seluruh spektrum. Beli sebalang minyak kelapa hari ini di kedai runcit berhampiran! 
 
 
p/s: macam pelik je ayat, macam copy je.. hahahaha.. aah memang copy, saja nak share sebab bermanfaat sungguh minyak kelapa ni. Cuma malas nak susun ayat cantik-cantik.. korang paham je kan? haha
 

Nov 22, 2013

Sweater Itu

Sweater yang sama, budak lelaki yang sama, waktu dan saiz yang berbeza.. gittew..

Apa aku merepek ni jah?

haha..

Takde apa pun, just semalam sementara tunggu nasik arab siap ditapau, saja pakaikan adam jaket yang emak aku belikan untuk dia masa umur dia 2 bulan nak masuk 3 bulan dulu.. kisahnya sebab aku dah nak start masuk kerja balik lepas cuti bersalin 3 bulan tu, dan aku dan zaimi decide nak letak adam dekat pengasuh area Kuala Pilah je memandangkan kami dua2 kerja kat Kuala Pilah kan..

Jadi, bila nak letak adam kat Kuala Pilah, maksudnya adam kena ikut kitorang travel pagi-pagi tiap-tiap hari.. adam kan kecik sangat lagi masa tu, jadi memang kena selimut apa semua sebab takut dia kesejukan kena air cond kereta..

29 Jun, adam hampir nak masuk 3 bulan


Emak aku belikanlah jaket tu, buat selimut adam katanya.. Nanti dah besar sikit, boleh pakai macam sweater..

So semalam aku pun gatal pakaikan dekat adam, lagipun cuaca macam sejuk sikit semalam..

21 November, hampir nak masuk 8 bulan


Nampaklah anak aku dah membesar.. Alhamdulillah..
Syukur padaMu yaAllah..

:)

dan bukan senang nak snap gambar baby sorang ni..
hahaha!

gerak sana gerak sini..





Love you Adam Zuhairi Bin Ahmad Zaimi..
Love you too Ahmad Zaimi Bin Mohd Zawawi..


:D

Nov 20, 2013

Untuk Bacaan Suami Isteri Yang Ada Bayi

Tajuk tak menahan hahaha..
Takdelah..

Takde apa sangat nak update harini.

Maka aku update  gambar Adam Zuhairi aje lah



Dan aku nak share satu link ni, di mana aku rasa ibu bapa baru, macam aku dengan zaimi sesuai sangat baca untuk mendapatkan semangat parenting.. hehe

;)

An Amazing Life Lesson Every Parent Has Learned From Raising A Child

 

 

Nov 19, 2013

Tak sangka Linda Onn...

Tak sangka aku. Aku tweet bodo bodo je. Kengkonon nak respon kat topik yang Linda Onn bukak kat Suria FM petang tadi.

Topik dia "Duit boleh buat apa?"

Aku dengan mengantuk2 masa lalu kat jalan bengkang-bengkok Ulu Bendul tu tweet la.

Sekali dah sampai Senawang, dengar Linda Onn baca. Hahaha.

Thanks Linda Onn. :p

Dulu Burn dengan Adifashla pernah baca sms aku, ni Linda lak baca tweet aku.

Kah kah kah..

Ok ini entry takde motif kecuali nak eksen. Macam lah ada orang kisah kan. Lantaklah. Lalalala..

Nov 18, 2013

Gempar Remaja Lelaki 16 Tahun Hilang di Villa Nabila, Johor Bharu

On je PC harini, kecoh pasal 23 orang hilang bila masuk Villa Nabila.

http://desatualang.blogspot.com/2013/05/misteri-villa-nabila-di-johor-bahru.html


Villa Nabila? Kat mana tu? Serius baru harini aku dengar pasal tu.. kikiki..
Rupanya Villa Nabila ni dekat Johor Bharu, dekat dengan Danga Bay dan Pantai Lido katanya..

Tapi rupanya kisah tu tak segempar itu, bukan 23 orang hilang, sorang je..
Tapi still misteri. Mana budak tu pergi ye?

Semoga dijumpai segera.

Sesiapa yang sama macam aku jugak, yang tak tahu menahu pasal Villa Nabila tu, meh aku share lah link yang boleh korang baca.

VILLA NABILA

KISAH SEBENAR 23 REMAJA HILANG DI VILLA NABILA

GAMBAR-GAMBAR VILLA NABILA

TEMPAHAN UNTUK BERMALAM DI VILLA NABILA 


ok link yang last tu aku gurau2 je.. sesiapa nak pergi Italy boleh lah cuba booked..hehe

UPDATED: REMAJA DIJUMPAI!


Nov 16, 2013

Perkara Yang Boleh & Tak Boleh Buat Dengan Bayi Anda!

Buh gambar anak aku jadi gambar hiasan boleh? hahahah


Aku terjumpa benda ni kat 9gag.. hahah!
Lawak!

Tapi, aku jua adalah tergolong dalam mereka-mereka yang fail dalam stimulation untuk anak kecik..kuikuikui

Aku suka bagi adam tengok TV :P

Enjoy your weekend everybody!


Bayar Zakat Pendapatan Secara Potongan Gaji



Harini aku nak share cara macam mana nak melunaskan zakat pendapatan melalui potongan gaji.
Ye lah, sama macam aku, 'rajin' lah sangat nak pergi kaunter pusat zakat tu kan?
hahaha..

Tapi ini untuk mereka yang bekerja kat Negeri Sembilan lah..
Sebab ini link untuk Zakat Negeri Sembilan.
Maybe sama kot prosedurnya, tak pasti lak.
Tapi bolehlah korang nak try kan.

Makanya, jom lah kita online sajo..
dari kira berapa banyak zakat nak kena bayar, samada bulanan atau tahunan, dan niat zakat sekali!
Semua boleh buat sambil tidak perlu mengangkat punggung anda yang sayang nak tinggalkan kerusi ofis itu sebab anda adalah seorang yang sangat suka melepap surf internet workaholic!

Yuk kita tengok cara-caranya! yuk!

Mula-mula sekali, apa yang anda perlukan adalah sebuah komputer @ laptop.
Dan pastikan ada capaian internet ye.
Ok, dekat search bar kat atas tu, masukkan http://www.zakatns.com.my/
Tak pun lepas habis baca ni, klik je dekat link yang aku letak tu.

Lepas tu akan keluar macam ni:



Ohoi silalah abaikan tab tab yang ada dekat window aku tu..haha

Lepas tu, mula-mula sekali elok korang kira dulu, adakah perlu bayar zakat atau tidak?
Kalau perlu, berapa?
Kan?
Kenalah tau benda benda tu dulu.
Klik dekat KALKULATOR yang ada dekat kotak belah kiri tu, sebelah SISTEM.
Nanti akan keluar macam ni:


Jadi, seperti kat arrow tu, korang pilih Kaedah B - Pendapatan Bersih.
Nanti akan keluar kotak-kotak macam kat atas tu, then isi.
Eloknya masa isi tu silalah refer kepada slip gaji.
Bukan apa, karang tersalah isi lari pulak jumlah tu, dah macam mana pulak status zakat kita ye dak?
So isi yang kotak purple.

Untuk ruang isteri dan anak IPT @ anak tidak IPT tu, suami saja yang isi ye.
Isteri tak perlu isi bahagian tu.


Ini contoh selepas isi.
Semua data tu adalah rekaan aku sajo ye..
Just nak bagi keluar figure je.
Nak isi data gaji aku, malu lah pulak kan.
Iyelah, golongan makan gaji ni, besar mana je gaji kan.. keh keh keh..

Lepas dah isi semua, nanti klik kat kotak Kira Zakat.
Lepas tu, akan keluarlah makluman macam arrow aku tanda 1 tu.
Dia akan mention berapa perlu dizakat setahun, dan kalau nak buat potongan gaji, macam mana dan berapa nilainya.
So, lepas tu *berapa banyak lepas tu daaa*
Macam kat arrow aku tanda 2 tu, klik kat tab BORANG SPZB.
Nanti akan terbukak tab baru, nampak macam ni..


Isilah kotak-kotak kuning tu.
Masukkan jugak nama dan alamat majikan korang.
Jangan lupa jugak masa isi tu, baca niat membayar zakat tu tau!
Klik setuju, dan klik Hantar Borang Potongan Gaji.

Nanti pihak Pusat Zakat akan contact majikan, dan proceed apa yang patut.
Kita cuma tunggu je, ada apa-apa nanti diorang akan maklumkan kepada kita.
Gitu.


Ok?
Faham semua?

hik hik hik..

p/s: Selamat membayar zakat!

Nov 15, 2013

Punca anak suka masukkan barang dalam mulut

Adam ni, sejak umur 5 bulan haritu, dia dah pandai genggam barang, makin lama makin,kuat pegangan dia dekat barang-barang tu semua. Ok lah, baguslah kan dia boleh menggenggam. Tapiiiiii... yang menjadi masalahnya, lepas elok-elok genggam, tengok-tengoksikit barang tu, terus je masukkan dalam mulut.

Kalau dia merangkak pun, dia tarik karpet, bantal semua masuk mulut.
Kalau dia sampai kat kaki meja atau kaki kerusi pun, dia akan jilat semua bagai.

Kalau time tengah peluk dia, lepas tu cakap "Sayang mak sikit",
mesti dia akan jilat-jilat muka aku pulak..hahaha!

Ada tak benda ni terjadi dekat anak kecil korang?

Haa.. benda tu actually normal.
Baby memang akan masukkan barang yang dia pegang dalam mulut.
Tak ada apa yang perlu dirisaukan tentang sifat tu, cuma perlu risau apa yang dia masukkan dalam mulut. Kena selalu pantau lah, kot-kot dia masukkan sampah ke, habuk ke, lipas ke, anak kucing ke.. kan?

Sebab seorang anak kecil masukkan benda dalam mulut dorang adalah sebab dalam banyak-banyak bahagian badan baby ni, mulutlah yang paling banyak saraf. Jadi, bila baby tu curious nak tau apakah rasa barang tu, tekstur barang tu, lembut ke keras ke, manis ke apa ke, dia akan masukkan dalam mulut. Kiranya macam dia nak test barang tu lah.

Selain nak test barang-barang tu, masukkan barang dalam mulut juga adalah disebabkan baby tu nak asah gusi dia. Yelah, first time nak tumbuh gigi. Gusi baby ni semua akan berasa gatal. Di samping dia garu barang-barang tu dalam mulut, memang air liur pun akan menitik-nitik la..

Tengoklah anak aku ni.. memang mulut tu asik nak masukkan benda je..






Haih laaaaaa...
memang mak dengan ayahnya kena rajin lah bersihkan habuk-habuk kat rumah..
Kekadang tu time kitorang tido, tak sedar dia dah bangun.. habis dia gigit hidung aku la, rambut aku lah, kaki akulah..

Yang best pagi tadi nasib aku tersedar..
Tercelik mata tengok2 adam tak ada kat sebelah, selalu paling jauh pun kat kaki kitorang je..
Sekali tengok hambek kau!
Dia dah kat pintu dapur!
Mencicit aku berlari..
Nasib lah sedar..
Kalau tak.. haishh!

Jangan lah dia pergi merayap masuk toilet ke, pergi kat tong sampah ke.. mintak simpang!

Eh mana aku tau semua ni?
Aku baca kat sini. Bolehlah kalau korang nak baca gak.

:)

Nov 14, 2013

Kenyataan Khairy Jamaludin dan Siti Nurhaliza

Kecoh betul cerita pasal Siti Nurhaliza hentam Khairy Jamaludin kat Twitter.. hahaha..



Ala Tok Ti oi.. jangan nak poyo boleh tak?

Benda patut tak jadi issue pun, kenapa nak perbesar macam tu kan?
Nak perli sindir kat Twitter kan?

Kelakar lah.. hahaha!

Ok lah.

Aku pasti ramai dah tau pasal benda ni, aku update ni pun dah lambat 2 hari pasal benda tu..huu..

Tapi kot kot ada yang tak baca lagi, baca kat bawah ni:

KLIK KHAIRY JAMALUDIN VS SITI NURHALIZA

Apa komen uolls?


p/s: KJ Pak menteri terhensem oi! kikiki


Nov 12, 2013

Cara mengawal baby 7 bulan merangkak merata!

Sejak dah masuk umur 7 bulan ni, adam memang lasak.
Super duper lasak!

Mak oi..
Pantang lepa sikit je mesti dah merangkak sana sini..
Masuk bawah meja, duduk bawah buai, pergi hantuk kepala dekat almari tv, jilat lantai, kutip itu ini..



Subhanallah.. dasyat sungguh ciptaan Allah..

AKu happy gila anak aku aktif macam tu, tapi pada masa yang sama, risau dengan kesihatan adam, ye lah, semberono je semua benda masuk mulut.. plus, emak ayah pun serius penat tahap panjat gunung punya nak mengejar adam.. fuh fuh fuh!

Sehari dua ni pulak, zaimi demam.
Ya Allah.. orang jarang demam lah katakan.. dah 2 tahun kot zaimi tak demam.. bila demam, memang melepek. Maka, aku lah yang terhencut-hencut tertonggeng tonggeng menguruskan rumah + jaga adam yang super lasak..

T_T


Tobat aku memang salute dengan perempuan2 yang duduk asing dengan suami atas kekangan tempat kerja, dan jaga anak sorang-sorang masa suami tak ada.. tabik!

Sebab memang sangat penat.

ke sebab anak aku buas tak tau lah kan?
Ye lah, sejak lahir lagi, bila ada je orang jumpa adam, dan nampak je pusar adam ada dua, mesti akan cakap:

"Buas ni budak ada pusar dua"

"hah ada dua pusar.. degil ni!"

"dua pusar ni nak kahwin dua ni" ~ this i don't like! sebab lakiku pun dua pusar T_____T


Makanya.. kami decide untuk break the principe.. asalnya kami memang tak nak ajar adam naik walker.. tapi.. nampaknya itu je cara terbaik untuk win-win situation kami tiga beranak..hahahah

lagipun, adam memang dah naik walker kat rumah pengasuh dia.. pengasuh risau nak biar dia merangkak tak tentu arah sebab dia suka jilat everything!

so, semalam ke Manjaku kat taipan tu, dan beli.





Masa mula-mula testing walker kat kedai tu, dia diam je, tak nangis.. bila dah sampai rumah, nangis plak!

Arghhhh! jangan adam! please!! Karang melayang gitu je duit emak kang..huhu

Tapi nasiblah dia nangis kejap je..pheww..

pagi tadi dah ok dah..
baik punya layan babyTv sambil duduk dalam walker.. tapi dia tak reti lagilah nak gerak gerak..
statik je dalam tu..hehe




Dan, cot dia yang kat dalam bilik pun, kitorang letak dekat hall je, in case dia dah letih naik walker, boleh baring2 dalam cot sambil tengok tv sementara kitorang buat kerja lain.. masak mandi etc..



harapnya ok lah untuk beberapa ketika sebelum dia dapat lesen berdiri dan bertateh lak.. hahaha

Tapi aku dengan zaimi tak kurus-kurus gak lagi..kah kah kah

p/s: abaikan je lah rumah kami yang penuh dengan barang adam everywhere.. huhu

Nov 11, 2013

Pengalaman Pertama Anak Demam Teruk

Serius.
Ini kali pertama sejak Adam lahir, adam demam teruk.

Actually ni kisah last week. tu yang seminggu gak aku tak update blog.

Start demam Jumaat 2 minggu lepas.. malam tu badan dia suhu lebih kurang 37.5..

Maka tidur malam tu aku bolengkan dia.. esoknya pergi klinik panel, suhu dah 38.5.



Asalnya aku dengan zaimi ingat taknak balik semenyih sebab baru je balik last weeknya..
Tapi last2 kitorang decide nak balik jugak.. sampai semenyih badan adam memang panas..
bibir dia merah macam cili.. dia pun dah tak nak senyum dah masa tu.. :(

jerlum dengan air daun bunga raya..
bolengkan..

tapi badan dia keep on panas..

last-last petang tu aku cek suhu, dah 39.5!




Ya Allah aku punya cuak sampai terketar-ketar..
Bila anak demam dengan suhu terlalu tinggi, risau dengan kemungkinan sawan.. :((

malam tu jugak, lepas maghrib, terus shoot ke hospital Kajang..
sampai2 je kat emergency dalam 9.15 pm, memang kena masuk terus kat dalam, tak payah tunggu kat luar dah..
terus kena duduk kat atas katil kat unit kecemasan tu bersama ramai lagi manusia dengan kes kes yang pelbagai.. katil yang kitorang dapat tu pun tak berapa bersih.. ada darah.. tah kes ape tah tak tau lah.. hmmm

nampak tak betapa seriusnya kes adam?

sampai2 doktor terus cek apa semua, doktor tengok tonsil adam bengkak teruk..
dan itulah antara punca dia demam..


dan doktor kata nak ambil darah adam.. kalau teruk, maybe kena tahan ward terus..

time MA nak ambil darah adam tu.. memang aku rasa menyesal bawak adam pergi hospital..
gila kan? dah tu tak kan nak bawak pergi jumpa pawang..hew hew..

korang bayangkan lah tangan adam yang kecik molek tu kena masuk jarum yang ada paip tu.. yang bila nak darah lagi, dorang akan pulas je punat kat jarum tu..

aku tanyalah, kenapa tak ambil darah guna jarum biasa je? katanya nanti senang nak drip air..

huwaaa.. anak aku yang kecik nak kena drip air :((

dan doktor tu suruh mandikan adam time tu jugak..
okey..jom lah mandikan..
dahlah pengalaman pertama, apa pun tak bawak!

pampers dengan susu je aku bawak.. towel ke, napkin ke.. semua tak bawak..
nak mandi macam mana tah? dahlah toilet dia...hmm. payah nak explain.
memang tak sesuai lah nak mandikan anak.. agak kurang hygenic. dengan tompok muntah sana sini.. ergggh.

Tak jadi nak mandikan. Aku terus susukan adam, dan masuk balik kat katil tu.
Zaimi bagitau kitorang tak mandikan sebab faktor2 yang aku cakap tu lah..
then doktor buat muka smirk.. mesti dia kata kitorang ni bajet.. toilet kotor sikit takleh.. tapi takmau bawak anak gi swasta..huhuhu..

then dia kata, jerlum je lah anak dengan air.. kebetulam depan katil adam tu ada sinki..

nurse pun datang nak drip air kat adam.. adam memang dah longlai.. lemah semacam..
kitorang bukak baju dia.. aku peluk dia.. tangan dia yang dah pasang jarum tu, selit bawah ketiak aku dan dijulurkan ke belakang.. dan nurse pun pasang drip..

zaimi tanyalah sampai bila nak drip ni? katanya sampai result darah tadi siap..
sambil aku peluk adam yang tengah kena drip.. zaimi pun keep on basahkan adam dengan lap lap dia dengan sapu tangan.. punya panas badan adam, bila lepas lap, mesti sapu tangan tu akan jadi panas..

sambil2 tu aku tengok keliling.. macam-macam kes. baby ada lagi 2 orang tak termasuk adam.. sorang asthma kot sebab neb, dan dijangka akan warded.. sorang lagi demam macam adam.. yang nenek tua ada dua tiga orang.. ada yang dah nampak sangat nazak pun ada..

ada pakcik eksiden, ada pakcik batu karang, ada lelaki india kena tetak.. ada lelaki cina peha terkopak..

serius. itu adalah malam menginsafkan bagi aku. T_T

dan dalam 10.45 macam tu, doktor datang dengan result darah..

jauh dalam hati aku, aku harap sangat adam tak perlu warded. sangat!

dan doktor pun kata darah adam memang ada kuman, tapi yang biasa dan not to worry.. kadar dehydration pun 4.7/5.. suhu lepas jerlum pun dah bawah 38.. jadi tak perlu warded.. phew.. alhamdulillah..

tapi doktor bagi antibiotik dengan ubat demam.. dan doktor kata kena keep on jerlum adam.. biar menggigil asalkan jangan panas..

ok maka baliklah..


malam tu memang adam hanya tidur pakai pampers.. menggigil-gigil.. aku pantau suhu dia setiap setengah jam.. kejap naik kejap turun.. aku cadangkan korang belilah termometer infrared yang cek kat telinga tu.. memang bagus..

dah 3-4 hari ulang antibiotik, demam pun kurang.. cuma suara adam tak keluar, hidung still berair dan batuk2.. moody tak payah cakaplah kan.. dia taknak senyum pun.. sedih :(



susut berat badan..

doktor kata memang kalau tonsil, suhu akan lambat sikit turun..



dah seminggu adam tak fully recover gak dari batuk selsema.. dengan banyak cerita menakutkan mengenai pneumonia apa semua.. last2 aku decide nak bawak anak aku pergi cek lagi sekali.. tapi kali ni kat klinik pakar kanak-kanak kat taipan senawang tu..



And alhamdulillah doktor kata paru-paru adam clear.. just bahagian tekak je..
so dapat lagi 1 antibiotik.. phew... dahlah nak bagi ubat bukan main susah woi!


balik dari klinik dan dan senyum2.. suka mak!

takpelah.. syukur adam dah sihat...



harini aku pergi kerja dah.. tapiiiiiiii sorang-sorang..
sebab ayah adam pulak dah demam teruk..
hmm..



semoga suamiku lekas sembuh..
sangat terasa kepayahan menguruskan rumah sendirian bila dia tak larat macam tu..

p/s: ni pun aku asik rasa nak balik je ni..

Nov 1, 2013

Gaya Tidur Terkini Adam

Oh hello november..

Sejak sehari dua ni, Adam dah pandai dah selalu terjaga masa tidur malam..
Selalu dia terjaga jugak, tapi tak lama.. dalam berapa minit je, lepas bagi susu tukar pampers semua, dia tidur balik..

Tapi ini tak..

Bila jaga je terus tegak je kepala dia meniarap..
dan terus mengensut main.. takpun menangis..

Oh Adam..

Memang tak cukup tidur emak ayahmu ini..hew hew hew..

Itu satu, lepas tu, sekarang ni dah tak nak tidur mengereng sangat macam selalu tu, mula-mula mengereng..

Lepas tu akan tegak kepala macam meniarap tu..
Tup tup kalau dia mengantuk sangat dia akan tertidur pulak.. dalam keadaan meniarap tu..


Oh Adam..

memang lagilah kitorang tak lena sangat tidur.. takut pulak kalau hidung dia tertungap kan..

Macam-macam perkembangan budak tecit ni..



Sendiri yang takmo tidur malam, lepas tu pagi-pagi sendiri yang bad mood..hahahaha

p/s: cuti cuti cuti :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...