Pages

Aug 30, 2011

Selamat Hari Raya Semua, Selamat Hari Raya Atok


Again, gambar ni.
Gambar ni, everywhere aku dah paste.
Facebook, blog..
Apa yang istimewanya gambar ni?
Hanyalah gambar seorang lelaki tua yang tak berbaju ni?

Actually, ini adalah gambar arwah atok aku yang terakhir.
Gambar ni sehari sebelum dia meninggal..
Gambar terakhir dia, dan kali terakhir dia datang rumah aku..

Atok yang sihat pada sebelah pagi, siap boleh drive pergi pasar, boleh gelak2 call mak aku kat Mekah untuk wish happy birthday.. Dan pada tarikh harijadi mak aku itu jugalah, malamnya atok telah pergi.
Semudah itu.
Secepat itu.

Ya Allah.. Walaupun dah hampir 3 tahun berlalu, semuanya masih segar diingatan..
Tak apalah atok, nanti kita jumpa lagi di sana ya. 
Pengakhiran riwayat atok sangat cemerlang.
Tiada penderitaan sakit terlantar lama..
Dan atok senyum girang.. 

Selamat Hari Raya Atok, ni raya yang ketiga tanpa atok.
Kalaulah tau atok nak pergi, mesti Nie ambil gambar bersama atok, bukan gambar atok sorang.

Dan kalaulah atok masih ada, confirm atok dapat duit raya lebat dari Nie tahun ni, Nie dah keje dah tok :')

Al-Fatihah~

Aug 28, 2011

Sate Samuri Seksyen 16 Bandar Baru Bangi

Drooling~!
Oh my, selak-selak album gambar, terjumpa pulak gambar yang kelihatan sungguh menyelerakan ni~!
Arghhh! Bulan puasa kot!


Gambar ni aku yang snap, guna kamera 7 megapixel milik Zaimi.. hahahaha..
Kenapa sampai gambar sate pun mau capture?

Asalnya aku rasa sate tu nampak sangat sedap..
Dan yang kedua, masa ni, lebih kurang tahun 2008, aku baru nak start blogging..
Jadi kononnya aku nak buat entry pasal aku pergi makan sate dengan Zaimi lah..

Kami memang suka pergi makan, sepanjang bercinta (cewah) most dating venue kami adalah kedai makan.
Kalau duit berlebih (maklumlah aku memang sengkek gila masa buat master dulu), dapatlah makan kat kedai mahal sikit, kalau tak, makan kat kedai nasi campur je.. paling-paling pun, beli goreng pisang @ keropok goreng, air kelapa, start kereta pergi makan kat Taman Tasik Cempaka..

Start pukul 5 lebih, masa orang ramai dah start jogging, kami pun tiba untuk makan..
Orang lain sibuk bakar lemak, aku buat lemak..
Tu yang lemak sayang dengan aku, susah betul nak halau -_-"

Hohohoho~

Aug 27, 2011

"Orang Kita Makan Macam-Macam"

Lagu Makan oleh Pak Jalil Hamid ni memang best! Masa ni aku sekolah rendah kot!? Hahaha~



Lirik dia:

Mari dengar cerita pasal makanDi sini kita mewah dapat makanNegara lain kebulur mati tak makan
Tapi kita mati kerna banyak makan
* Orang kita makan macam-macamTidak kira pagi petang siang malamSemua benda “Alamak” boleh ditelan
Batu besi paku parang kayu papan
** Makan sayur pucuk pakuMasak rebus ubi kayuMakan buah belimbing besiGoreng ikan selar papanMasak gulai ikan parangCuci mulut lepas makan
Kita kunyah jambu batu
Solo
*** Makanan pelik-pelikTaik minyak taik itikPuteri mandi badak berendamMata kucing mangga siamBuah keras buat laukPisang emas pisang tanduk
Batang buruk cucur kodok
Makan pokok berniaga jadi lingkupMakan bunga itu haram dan terkutukMakan hati kecewa membawa mati
Makan kawan tak bolehlah dibiarkan
Ulang ** dan ***
Ulang *, ** dan ***
Ulang ** dan ***

Lirik: Jalil Hamid
                                                                      Lagu: Azmira


Simple je lagu, tapi best!
Sekarang ni Pak Jalil banyak berlakon watak jahat kan?
Sekarang ni mak aku duk layan Deru Ombak dekat astro Prima, ada Jalil Hamid dalam tu..
Watak dia membengangkan~!

Pandai betul berlakon kalau jadi jahat =)


Aug 26, 2011

Present LI



Ok, itu adalah aku dan Zaimi. Nampak sedikit muda? Hahaha..
Gambar ni diambil kalau tak silap aku dalam tahun 2006 kot?
Masa ni kami tengah tunggu turn untuk present apa yang kami dapat dan buat sepanjang ber'latihan industri' dekat Zoo Negara selama 2 bulan setengah tu.

Lokasi? Aku tak pasti pulak dekat MST atau MSB, tapi antara dua tu lah.
MST adalah Medan Syarahan Timur manakala MSB adalah Medan Syarahan Barat, dekat UMT.


Kamera yang digunakan adalah kamera laptop yang aku baru beli..woohoo!
sebab laptop lama dah rosak teruk sampai berasap-asap..

Dan laptop lama aku sebelum yang aku guna ambil gambar ni memanglah sangat kodi.
Jadi masa ni kiranya baru first time lah aku ada laptop berkamera.. oh noob.
Haha!

Err..ada lagi ke MST MSB tu ya?

Aug 25, 2011

Poster Presentation, Fashion Disaster




Gambar yang diambil lebih kurang 5 tahun lepas.
Lokasi adalah dekat foyer FST UMT.
Kejadahnya kami duduk ramai-ramai kat foyer ni adalah untuk menyempurnakan tugasan Poster Presentation. Student sainslah katakan, haruslah familiar dengan poster poster ilmiah ni. LOL~!

Oh my.. bila tengok je gambar ni, memang nak ketawa.. Sebab aku hairan kenapalah aku boleh teringin nak beli dan pakai sandal yang ada kulit kerang tu! Arghh~!!

Dalam gambar ni ada Cuna (baju kurung kuning), Laura (tshirt merah), Shabanun (baju kurung hitam kuning), Annie (tshirt putih) dan turut ter enterframe adalah Eppa & Hairol, yang nampak macam orang berdating  tu.. ..haha!

Punyalah ketar lutut takut kena present masa ni, sebab lecturer akan pick randomly ahli kumpulan untuk siapa yang akan present poster tu, dahlah masa ni kalau kena speaking tu,macam orang suruh celup tangan dalam air panas dia punya takut!

Tu yang muka aku cuak gila kot dalam gambar ni..luckily, Annie yang terpilih..keh keh keh..
Thanks Annie ~ =)

Oh dan yang ambil gambar ni adalah Effadah..hee..

Bila nak badan camtu balik? Bila? Bila? 
T_T

Aug 23, 2011

Pukul 3 Pagi Tidurlah Intan

Hari memang makin larut.
Dah pukul 3 lebih..
Tapi mata tak boleh nak pejam balik lepas terjaga pukul 12 tadi.

Oh sangat mahu tidur!

Pejamlah mata pliz!

Laptop tak bawak balik pulak tu, update blog ni pun guna Blogger-droid kat handphone je.

Dan apa yang aku kurang berkenan dengan Blogger-droid ni adalah dia ada iklan selingan. Maklumlah, apps free.

Sepanjang aku menaip ni pun, ada satu iklan ni duk terpapar dari tadi.
''3gp Pelajar di tandas awam"

What the...?

Takleh nak tempek gambar print screen sbb aku belum tau cara, ke takboleh kot aku pon tak tau lah..

Sepanjang aku menaip ni gak, 2 kali aku dengar jiran belakang rumah aku ni kentut, sebab bilik aku bilik belakang, ngadap bilik dia.

Kuat betul bunyi kentut dia di malam yang hening ni..haha

Aug 16, 2011

Nasi Goreng Hawaii

Apa?
Nasi goreng hawaii itu apekah?

Wuu..
Tetiba aku terbangun pukul 1.45 tadi.. Sedar sedar, lampu kat ruang tamu dah berkelip2..

Adoi..masalah..



Bangun, totop lampu, masuk bilik balik.. Mata tamau pejam plak..

Esok dahla nak keje..gulp..

Macam macam teringat waktu2 macam ni.. Fikiran pon dah jauh menerawang..

Last sekali encik perut terasa lapar..

Terbayang plak nasi goreng hawaii kat Amirul Tomyam.. Sedapnyaa!

Eh, korang tau tak perkataan tomyam pon dah masuk kamus dewan?

Hehe..
Lapor weh..

Aug 15, 2011

Kursus Kahwin untuk sekitar Putrajaya, Semenyih, Bangi dan Kajang


Kami dah selamat menghadiri Kursus Kahwin~!
Alhamdulillah..


Elemen penting untuk buat permohonan nikah, 
kalau takde sijil Kursus Kahwin, tak boleh memohon untuk bernikah.

gambar hiasan

Tempat yang aku kursus ni terletak kat Presint 9 Putrajaya,
Jadi untuk penduduk area Putrajaya sendiri, Bangi, Kajang dan Semenyih, 
bolehlah pergi kalau nak..

Bayaran RM80 termasuk makan minum dan alat tulis,
tapi aku ada sedikit kemusykilan, kenapa walaupun makanan tak disediakan (sebab bulan Ramadhan),
bayaran tetap RM80.. Tapau menapau juga tak disediakan..uhuk..

Takpelah..
Setelah aku fikir positif, mungkin selama ni makan dan alat tulis tu dia sedekah kat peserta, dan bayaran RM80 tu untuk sesi ceramah dan; sijil.. Wallahulam..

Sesi pertama bermula hari Sabtu, pukul 2.30 petang sampai 6 lebih kurang..
Manakala Ahad pulak untuk sesi yang kedua, bermula dari 8.30 pagi sampai 5 petang..

Overall aku puas hatilah dengan ceramah-ceramah yang diberikan, especially kalau yang berceramah tu adalah ustaz-ustaz.. memang terbaik~! Happening dan penuh dengan pengisian berguna. Banyak input baru yang boleh dipelajari tau~!


Perkara remeh yang aku asyik pertikai, adalah kerusi yang menyakitkan bontot..haha~!
Oh mungkin bukan salah kerusi mahupun pihak penganjur, tapi salah bontot aku sendiri..keh keh..


Ok lah,  sesiapa nak booking tempat, tengok peta dan sebagainya. bolehlah layari Blog Pusat Kursus Kahwin tersebut di sini.

"Perkahwinan itu satu tanggungjawab yang berpanjangan disamping untuk meraih kebahagiaan dan keredhaan Ilahi"


Berkahwinlah sekiranya mampu ~

Babai~~ =)

Aug 14, 2011

Cobaan kali pertama

Aku update guna handset..


Hahaha..

Itu saje cobaan kali ini..

Mood jakun.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aug 12, 2011

Perubahan fasa kehidupan

Hello~!

Baru teringat aku ada blog..heheh..

Emm dalam masa terdekat ni, ada beberapa perkara yang terjadi kat aku..
Antaranya, bulan lepas aku telah pun selamat ditunangkan dengan Zaimi :)
Alhamdulillah..

Sekarang ni, aku sama tempat kerja dengan dia, tapi dia masuk setahun awal..
Jadi, officially aku masuk kerja kat sini dalam bulan 2 aritu..

Makanya, apabila aku bertunang dengan Zaimi ni,
ada jugak suara2 sumbang seperti suara himar (ooops),
yang berkata ala-ala macam ni:

"Wah.. baru kenal 5 bulan dah bertunang!"



Malas nak cakap apa, senyum je lah..
Nak tergelak pun ada,
susah jugak bila ada species manusia yang suka menerjah tanpa usul periksa ni..haha!

Padahal dorang tak tau, kami ni dari kurus dah obese pulak dah bersama-sama..
Dari 2006 kot kitorang berkawan?
Biarlah..malas nak kecohs..


Majlis pun buat kecik-kecik je..
Takde pelamin2, takde canopy2..
Buat kalangan family2 je..

Duit kasi simpan untuk hari kawen..
Karang kalau aku ngan zaimi dah pakai sedondon,
ada pelamin, ada parents dua2 belah pihak, baik panggil tok kadi nikahkan terus je ye dak?

Oooppss..
Itu pendapat aku lah..
sebab kami ni jenis simple..
jangan marah haa.. pendapat masing2 lah kan.. :)


Weekend ni Insyaallah kami akan pergi menghadiri Kursus Perkahwinan pulak..

Kahwinnya bila?
haa..tungguu..

Eh, sapa2 tau kad mana boleh dapatkan Kad Undangan Perkahwinan yang lawa + berpatutan?
Ada cadangan?

=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...