Pages

Feb 25, 2011

Where am I?

Ada orang perasan tak yang aku tak update blog?
haha..

Kepada yang perasan tu terima kasihlah sebab prihatin.

Em buat masa ni aku tak update blog dah buat sementara.
Sebab aku dapat kerja part time di suatu tempat.

Agak busy juga condition kerja nya.
Memerlukan konsentrasi yang tinggi.
Work load memang banyak.
Eheh..

Till then.

I will update when I feel I want to share something.

See ya....

Feb 11, 2011

Suami Sepak Isteri Mengandung Hingga Keguguran.

OK ini namanya sangat kurang ajar.
Dahlah kurang ajar, bangang pulak tu.

Pasangan muda ni, suami (23) dan isteri (22) dah pun ada dua anak, dan sekarang ni si isteri mengandung lagi sorang. Bergaduh suami isteri, membuatkan si suami menampar-nampar si isteri, dan menghadiahkan sebuah penerajang dekat perut isteri yang tengah mengandungkan darah daging si suami.



Akibat penerajang itu, kandungan yang berusia 3 bulan itu tak dapat diselamatkan.
Si isteri buat report polis, dan kalau sabit kesalahan, si suami tu boleh dipenjarakan 20 tahun beserta denda.

Kejam OK, sepak perempuan.
Jom sepak lelaki ni ramai-ramai nak baru dia tahu macam mana rasa kena penyepak..

Berita DI SINI.

ps: aku masa umur 22 dulu duk berjimba-jimba lagi..bilalah aku nak matang..huhu

Feb 10, 2011

Banglo Khairul Fahmi Che Mat Siap Bulan Jun 2011

Ada siapa kat sini tak kenal Khairul Fahmi Che Mat?
Ada?
Kalau tak kenal, boleh baca pasal beliau dekat sini ya..hehe

Disebabkan Encik KF ini telah membantu Skuad Harimau Malaya menang menentang Indonesia di Piala Suzuki AFF 2010 tempoh hari, beliau telah dihadiahkan sebuah rumah banglo. Wow bukankah itu sangat best? Dapat rumah tu..orang lain jenuh nak buat loan ye nak beli rumah *bukan semua la, ada yang kayaaa tu tak payah la buat pinjaman kan*.


Dan mengikut Harian Metro hari ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan peruntukan dan pelan banglo tersebut dan dijangka akan siap pada Jun tahun ini.

Banglo setingkat milik Khairul Fahmi Che Mat kita semua ini akan dibina di Pengkalan Chepa, Taman Kurnia Jaya..

Bolehlah pergi raya rumah dia tahun ini ya..kui kui kui..

ps: agak-agak kalau buat Anugerah Bintang Sukan Paling Popular, Khairul Fahmi boleh menang tak? haha

Feb 9, 2011

Konsert Hore Hore Aznil : Pak Nil Nak Buat Konsert Solo lah!

Betul, Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil diberi peluang untuk membuat konsert solo pertama kali beliau di Taman Tasik Titiwangsa, pada 12 Mac 2011, jam 8.30 malam.


Wah mesti menarik konsert ni kan!

Pak Nil menganggap peluang mengadakan konsert ini adalah satu penghormatan bagi beliau, dan merancang bermacam elemen yang pastinya menarik dan membuat senaman ringan untuk menguatkan stamina untuk Konsert Hore Hore Aznil yang akan berlangsung selama 2 jam itu.

Secara kebetulan 2011 adalah tahun ke-21 saya berada dalam bidang penyiaran, jadi bolehlah dikatakan ini konsert solo pertama saya. Belum pernah seorang pengacara diberi peluang begini. Bagusnya, konsert ini bertujuan untuk beri peluang kepada anak seni. Saya ada pilihan lagu-lagu yang boleh dikongsi dengan peminat pelbagai peringkat umur. Saya juga bercadang menyanyikan lagu-lagu indie dan nyanyikan lagu-lagu popular artis wanita termasuk 'tribute' untuk Sudirman. Saya bawa semangat dan kreativiti Sudirman, bukannya meniru bulat-bulat konsep persembahannya. Saya letakkan Allahyarham sebagai tanda aras untuk berjaya. Saya berhasrat salurkan sebahagian kutipan konsert ini ke rumah kebajikan. -Aznil Hj Nawawi, Harian Metro.

 Wah gitu.. bagus tu Pak Nil!

Selain Konsert, Karnival Hore Hore juga akan berlangsung di tempat yang sama bermula pada pukul 10 pagi. Oh ya, bayaran untuk Konsert itu pula adalah seperti:

Dewasa: RM50
Kanak-Kanak: RM30
Kanak-Kanak Rombongan Sekolah (50 Orang): RM15

Dan katanya ada juga pakej-pakej tiket seperti Keluarga, VIP, dan Ekonomi.

Sumber berita dari sini.

ps: sapa nak belanja aku pergi? hehe..

Feb 7, 2011

OMGPOP: Penyelesaian Untuk Menghadapi Kebosanan

Sebagai seorang yang masih jugak belum dapat-dapat kerja lagi macam aku ni, kadang-kadang aku rasa Facebook pun boleh membosankan. Manakan tidak, 24 jam boleh access ke Facebook tu, lebih-lebih lagi bila tak ramai yang Online.. Bosannya...

Namun, setelah aku terjumpa pulak laman web INI, aku rasa WOW!

Terjumpa sesuatu yang baru dan memang kena dengan minat aku yang suka bermain game ni. Dan yang paling penting, ianya PERCUMA. OH tapi kena ada talian internet lah, sebab ianya adalah Laman Web Game Online. Weee!


"Play Games. Meet People. Hang Out."

Kat sini, kita akan main games yang comel-comel yet addictive itu bersama dengan beribu-ribu manusia lagi di seluruh dunia, tapi kebanyakkannya orang putih lah, so sapa-sapa yang nak kawin dengan orang putih, boleh lah berkenalan dengan mereka di sini..hihi.. Sebab selain bermain, boleh juga add player lain as friend. Kalau nak, itu optional. Tujuan add friend tu supaya kalau lain kali kita nak main lagi, boleh lah ajak friend kita tu main kalau susah sangat nak dapat player lain dah. kot? aku pun tak tau..haha

Nak main ni boleh juga kalau tak nak Sign Up, bermain sebagai LameGuest. Tapi lagi best kalau Sign Up, nanti boleh kumpul point..haha. Aku Log In guna akaun Facebook sahajo. Walaupun begitu, OMGPOP ni tak bersangkutan secara terus pun dengan Facebook. Sebab tu kalau add friend kat sini, tak beerti dia tu dah di add kat Facebook kita. Tapi, rakan Facebook kita kalau dia pun Log In kat OMGPOP ni, automatik akan jadi friend kat OMGPOP ni. Faham tak apa aku rapik kan itu? huhu...

Nanti bila dah Log In, boleh lah pilih nak main game apa macam yang tertera kat list seperti gambar kat bawah ni (klik gambar untuk lebih jelas):


Tapi yang Star Games tu untuk pemain yang dah bertaraf Star sahajo..

Antara game yang aku suka main adalah:

1) Pool 8Ball.


2) Booya (cara main sebijik macam UNO):


3) Draw My Things (Paling aku suka):



Kalau ada yang perasan duit aku tinggal 375 je, sebab aku telah memboroskan coin yang aku dapat dengan membeli pen yang cantik untuk main Draw My Thing tu..haha

Nak dapat duit lagi, boleh beli guna PayPal, Log In hari-hari nanti dapat duit, atau pun bet masa main game. Tapi kalau dah bet pun kalah, nasiblah..hehe

Oklah, tu je nak update untuk hari ni. Sapa-sapa rasa nak main game, atau nak tengok-tengok OMGPOP ni, boleh klik link kat bawah tu.


ps: ralit lagi..

Feb 2, 2011

Pemandu Seorang Datuk Telah Menculik Diri Sendiri

Hahahaha!
Eh tergelak pulak, tapi seriuslah aku rasa berita ni lawak.

Kejadian berlaku di Shah Alam. Seorang pemandu peribadi seorang ahli perniagaan yang berpangkat Datuk telah merancang 'penculikan' dirinya sendiri, semuanya gara-gara beban hutang yang ditanggung. Kononnya, dia nak buat cerita yang dia ni telah diculik, dan telah membuat andaian bahawa Datuk itu confirm bersimpati dengan nasib dia, dan Datuk tu akan bayar wang tebusan RM250,000.

-gambar hiasan-


Pemandu tersebut menyuruh isteri dia membuat panggilan kepada Datuk itu untuk memberitahu bahawa suami dia telah diculik. 

Namun begitu, Datuk tu tak mudah nak dipermainkan.. Dia rasa curiga dengan panggilan tu, dan terus buat report polis. 

Adoilah.. ni mesti terpengaruh dengan filem-filem ni..haha~!
Sumber: HarianMetro

ps: tak pasal-pasal dah carik pasal..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...