Pages

Jan 31, 2011

Bermain Game Free di Google Chrome

Entry ini ditujukan khas untuk makcik ku yang comel ^^ ,
maka aku akan banyak menggunakan Alang sebagai kata ganti diri kedua.

**********************************

Okey, mari kita cari game WordSquare itu, alang dah install Google Chrome?
Kalau dah, sila buka Google Chrome itu ya.

Ok, lepas tu, cari ikon spanar kat hujung atas belah kanan window:


Klik, nanti keluar macam gambar kat atas, lepas tu klik Tools.
Kemudian, akan keluar macam ni:


Kemudian, klik pula dekat Extensions. Nanti tab baru akan terbuka, macam ni:


Selepas kena boo dengan si Google Chrome ni, kliklah dekat 'browse the gallery' itu. Nanti akan keluarlah chrome web store:



Bahagian tepi kiri, atas, dalam ruangan Apps, carilah Games dan klik.
Nanti akan ada banyak games yang boleh dipilih. Okey, sekarang nak cari game WordSquare tu.
Scroll sampai bawah, nanti jumpa ruangan Popular. Kalau WordSquare tu tak ada kat situ jugak, klik ALL.


Nanti dia akan keluar macam ni pulak:


Okey, kalau ada alang boleh klik terus, andai kata tak ada, mungkin sebab populariti dia dah jatuh ke apa ke, alang boleh search dekat tiap-tiap page kat bawah tu ya.

Okey bila dah klik dekat game yang diingini tu, nanti dia akan keluar macam ni:



Kliklah pada Install tu untuk install game tersebut, makan masa sikit ikut kelajuan internet.
Kemudian, secara automatiknya selepas habis install, tab baru akan terbuka menunjukkan Apps yang kita dah install.


Untuk main game tu, klik je pada ikon game tu, tapi andai kata nak install lagi game lain ke, apps lain ke, klik pada ikon Web Store tu aje. Ok?


Okey, dah boleh main. Oh tapi sebelum tu, klik pada butang sign up untuk daftar nickname. Jadi, bila nak main lagi lain kali, klik aje kat log in, masukkan username & password, then main macam biasa. 

Yang penting game ni FREE. haha. Internet je yang kena bayar. *kalau tak silap lah*

ps: selamat mencuba ya Alang :D

Jan 27, 2011

Anda ada Facebook? Try ni! Lawak beb!

Serius aku tak sangka langsung ada benda ni..haha!
OK nampak sangat aku yang ketinggalan zaman kan..
Sebab aku baru tau perkara ni -_-


OK aku terjumpa ni tadi pun sebab pensyarah aku post status ni:

"Scroll to the bottom of your Facebook page where it says in little blue letters, "English (US)." or "German", or whatever you selected. Click on it. When the language box pops up, click on the arrow next to "English (US) and select "English (Pirate)." When you've stopped laughing, paste this as your status."

Lepas tu aku pun try la, memang lawak pulak rasanya! haha!

Ada pulak bahasa lanun dalam Facebook..keh keh..



ps: sekian Cap'n Syazni melaporkan..arr!

Jan 21, 2011

Pelajar UiTM Parah Jatuh Bukit Broga

Gulp!
Seriaunya rasa bila baca berita ni dekat Berita Harian Online tadi.


Seorang pelajar UiTM Shah Alam cedera parah apabila tergelincir ketika mendaki Bukit Broga, dia terjatuh dari ketinggian 50 meter dan mengalami kecederaan serius tulang belakang.

Dan lagi, pelajar yang berasal dari Semenyih itu juga dipercayai sedang mendaki seorang diri pada pagi itu. Wah gila berani kau dik! Kau panjat Bukit Broga tu sorang-sorang? Lain kali jangan buat lagi tau.

Huhu..
Berita ni membuatkan lagilah aku tak mau pergi panjat Bukit Broga yang terletak hanya 10 minit je jaraknya dari rumah aku ni.. Oh ya, rumah aku dekat je dengan Bukit Broga ni, hari-hari aku boleh tengok bukit yang dari jauh nampak macam botak ni..hehe..

Tapi sekali pun aku tak pernah panjat bukit ni..
Sekadar tengok ajelah..

Bukan apa, aku takut nak panjat sebab orang kata Bukit Broga tu licin..hehe
Tengoklah kalau dah sampai seru aku untuk panjat nanti aku panjatlah..
heee...


ps: semoga adik  Norhanani Shahim lekas sembuh ya ~

Jan 17, 2011

Muka Stim Che Putih


Dah penat main dekat bawah, main kat atas pulak.
Tup tup dah puas main kat atas, melompat atas katil..
Duduk-duduk kejap kelebek apa yang patut, 
terus menghempaskan badan atas tilam..

Mata makin kuyu..
Muka pun dah stim..


Itulah dia Che Putih saya..
Itulah rutin dia hari-hari..
Mesti nak duk menyibuk tidur atas katil..
Berlagak betul kucing sekor ni!

ps: Hari-hari gaduh dengan Elin..bilalah dua ekor ni nak berdamai...aih~

Jan 12, 2011

Dengan Tak Malunya

Saya dengan rasa tak malunya, 
ingin meminta kepada Nuffnang agar diberikan lagi beberapa Buffered Earning (BE),
dan kepada Churp Churp, saya mahukan lagi beberapa Scheduled Tweets.

Boleh?

hua hua hua..


ps: jangan marah haa (.^^)

Jan 11, 2011

Akhirnya Dapat Juga Abah Jumpa Pak Man Kering

Abah aku memang minat dengan Pak Man Kering ni.
Dari aku kecik, sampai aku dah besar gajah ni, dia memang minat dengan Pak Man Kering.
Dia kata Pak Man Kering ni lawak..hehe
Boleh kata semua cerita yang ada Pak Man Kering ni, dia mesti tengok..haha

Abah pernah kata, kalau dia jumpalah Pak Man Kering ni,
dia tak kira, dia nak gi ambil gambar sama-sama.
Tak kira!

Nak dijadikan cerita, semalam masa dia ada perjumpaan bisnes dekat PWTC,
abah dan mak terserempak dengan Pak Man Kering masa nak melintas jalan..keh keh keh..
Apa lagi, terus abah aku tarik Pak Man Kering ajak bersembang..
Dapatlah dia amek gambar dengan Pak Man Kering akhirnya..hihi


Terus abah MMS dekat aku gambar tu..haha
Akhirnya..

:P



Jan 8, 2011

Raja Lawak Musim ke 5 Sudah Bermula


Semalam, 7 Januari, Gelanggang Raja Lawak 5 sudah bermula. Seperti musim sebelumnya, Juara Raja Lawak musim lepas akan membuat persembahan dan memulangkan Mahkota Raja Lawak tu.

Makanya semalam Kumpulan Kecik pun naiklah pentas untuk buat persembahan.. Dan pada pandangan peribadi aku, persembahan lawak yang diorang buat tu tak kena gaya. Hang Tuah nak tukar nama kepada MJ, ingatkan MJ tu Michael Jackson, rupanya Mandi Junub. Apakah? Dah takde idea sangat ke nak buat lawak sampai kena cakap macam tu? Ish Ish Ish..

Lepas tu ada perubahan pada pengkritik tetap. Bob Lokman tarik diri, dia taknak jadi pengkritik lagi. Kali ini menggunakan pengkritik '1 Malaysia' yang terdiri dari Afdlin Shauki, Sathiya dan David Teo. 

Para peserta pulak ada yang OK, ada jugak yang hancus. Agaknya sebab baru minggu pertama kan, kasi warm up dulu. Dan ada juga yang aku rasa lawak itu tak patut. Contohnya macam lawak isteri mati, emak mati, ish. Kematian itu lawak ke? Ada pulak yang samakan wanita dengan lembu. Hmm kan dah kena tegur dengan Afdlin Shauki.. Terus berada kat bottom three. Tapi, ada persembahan yang aku rasa tersangatlah hampeh dan teruk, tak tersenarai pon kat bottom three..aiyak!

Dan seperti biasa minggu pertama takde penyingkiran.. Hanya Bob Lokman yang singgirkan diri dia..
Jomlah tengok Gelanggang Raja Lawak yang seterusnya minggu depan di Astro Prima, 9 malam setiap Jumaat!


ps: nak pengkritik lama....wuwu..

Jan 2, 2011

Bukan Sekadar Hari Lahir ke 25

Hai!
Selamat tahun baru semua!
Apa azam korang tahun ni?

Hari ni 2 hb Januari, beerti hari ni genaplah umur aku 25 tahun..
Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk aku melalui umur yang baru oleh Allah..



Hari Lahir aku yang ke 25 ni, bukanlah sekadar hari lahir..
Hari  ni juga genaplah 25 tahun emak dan abah aku menjadi ibubapa kerana aku adalah anak sulung mereka..
Hari ni juga genap 25 tahun nenek aku menjadi nenek sebab aku cucu pertama beliau..hehe..

Hari juga genap 25 tahun Angah, Alang & Ucu aku menjadi Pakcik & Makcik sebab aku adalah anak sedara pertama diorang..

Dan hari ni adalah Birthday aku yang ke tiga tanpa arwah atok..
Dan, hari ini adalah Birthday yang ke lima aku sambut bersama Zaimi..

:)



ps: sudah 25 atau baru 25? huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...