Pages

Oct 1, 2011

Dancing Mat Boleh Kuruskan Badan

Ke?
Boleh ke?
Hahaha!



Disebabkan hobi aku adalah makan, maka bentuk badan aku pun dah berubah..oh tidak T_T
Gemuk. Memang gemuk.
Maka, akibat terpengaruh dengan kata-kata ex-coursemate dekat UKM dulu, aku pun membeli Dancing Mat ni. Kononnya, kalau selalu main lompat-lompat memang boleh turunkan berat badan, kiranya kau bersenam, tapi tak payah keluar dari rumah. Kau joget-joget dalam bilik je lah, peluh still boleh kau rembes.

Nan hado?
Memanglah boleh keluarkan peluh, aku pernah cuba la, aku bersenam direct dengan Dancing Mat ni seminggu, memang rasa sihat. Tapi, alkisahnya, tak kena dengan jiwa aku kot (alasan).
Aku rasa boring bila terlompat-lompat sorang-sorang. Then, aku bawaklah Dancing Mat ni turun ke bawah, tu yang sampai bapak aku pun main tu dalam gambar tu.

Tapi, kalau dah main kat bawah, seganlah pulak. Dengan si Elin datang mengacau. Karang silap hari bulan, aku terduduk atas dia, tak ke mati? haha..

Alamatnya, Dancing Mat ni aku lipat elok-elok, simpan. 
Nanti aku dah kahwin, bolehlah aku melompat-lompat dengan suami aku..
Boleh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...