Pages

Aug 28, 2011

Sate Samuri Seksyen 16 Bandar Baru Bangi

Drooling~!
Oh my, selak-selak album gambar, terjumpa pulak gambar yang kelihatan sungguh menyelerakan ni~!
Arghhh! Bulan puasa kot!


Gambar ni aku yang snap, guna kamera 7 megapixel milik Zaimi.. hahahaha..
Kenapa sampai gambar sate pun mau capture?

Asalnya aku rasa sate tu nampak sangat sedap..
Dan yang kedua, masa ni, lebih kurang tahun 2008, aku baru nak start blogging..
Jadi kononnya aku nak buat entry pasal aku pergi makan sate dengan Zaimi lah..

Kami memang suka pergi makan, sepanjang bercinta (cewah) most dating venue kami adalah kedai makan.
Kalau duit berlebih (maklumlah aku memang sengkek gila masa buat master dulu), dapatlah makan kat kedai mahal sikit, kalau tak, makan kat kedai nasi campur je.. paling-paling pun, beli goreng pisang @ keropok goreng, air kelapa, start kereta pergi makan kat Taman Tasik Cempaka..

Start pukul 5 lebih, masa orang ramai dah start jogging, kami pun tiba untuk makan..
Orang lain sibuk bakar lemak, aku buat lemak..
Tu yang lemak sayang dengan aku, susah betul nak halau -_-"

Hohohoho~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...