Pages

Aug 15, 2011

Kursus Kahwin untuk sekitar Putrajaya, Semenyih, Bangi dan Kajang


Kami dah selamat menghadiri Kursus Kahwin~!
Alhamdulillah..


Elemen penting untuk buat permohonan nikah, 
kalau takde sijil Kursus Kahwin, tak boleh memohon untuk bernikah.

gambar hiasan

Tempat yang aku kursus ni terletak kat Presint 9 Putrajaya,
Jadi untuk penduduk area Putrajaya sendiri, Bangi, Kajang dan Semenyih, 
bolehlah pergi kalau nak..

Bayaran RM80 termasuk makan minum dan alat tulis,
tapi aku ada sedikit kemusykilan, kenapa walaupun makanan tak disediakan (sebab bulan Ramadhan),
bayaran tetap RM80.. Tapau menapau juga tak disediakan..uhuk..

Takpelah..
Setelah aku fikir positif, mungkin selama ni makan dan alat tulis tu dia sedekah kat peserta, dan bayaran RM80 tu untuk sesi ceramah dan; sijil.. Wallahulam..

Sesi pertama bermula hari Sabtu, pukul 2.30 petang sampai 6 lebih kurang..
Manakala Ahad pulak untuk sesi yang kedua, bermula dari 8.30 pagi sampai 5 petang..

Overall aku puas hatilah dengan ceramah-ceramah yang diberikan, especially kalau yang berceramah tu adalah ustaz-ustaz.. memang terbaik~! Happening dan penuh dengan pengisian berguna. Banyak input baru yang boleh dipelajari tau~!


Perkara remeh yang aku asyik pertikai, adalah kerusi yang menyakitkan bontot..haha~!
Oh mungkin bukan salah kerusi mahupun pihak penganjur, tapi salah bontot aku sendiri..keh keh..


Ok lah,  sesiapa nak booking tempat, tengok peta dan sebagainya. bolehlah layari Blog Pusat Kursus Kahwin tersebut di sini.

"Perkahwinan itu satu tanggungjawab yang berpanjangan disamping untuk meraih kebahagiaan dan keredhaan Ilahi"


Berkahwinlah sekiranya mampu ~

Babai~~ =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...