Pages

May 23, 2011

Bersediakah Untuk Hidup Dalam Tanah?

Sang Pencuri Hati memetik kata-kata indah;


Rumah yang kecil memadai, kerana kita tidur hanya dalam 1 bilik,
Kereta apa pun tidak mengapa, sampai juga ke destinasi jika di pandu.
Bersederhanalah, wang yang banyak hanya boleh dibawa bersama ke kubur dalam bentuk jariah..


Benar wahai Sang Pencuri Hatiku..
Inilah cara kau terus mencuri hati aku, dengan akal kau.
Dengan cara kau.
Kau tak perlu menjadi romantis seperti Jehan Miskin untuk terus ada dalam hati aku kan?

Apekah yang aku repek kan ni?

Hmm..

Berita tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Hulu Langat itu sedikit sebanyak membuatkan akal aku tersentuh, hati aku terusik..

Mungkin juga kerana juruhebah itu Aznil Hj Nawawi, 
aku menangis ketika memandu ke tempat pencarian rezeki pagi tadi.
Aku kasihan, aku takut!

Semalam Buletin Utama, bersusun jenazah di atur dalam liang lahad,
aku tengok, aku fikir, aku sebak, aku takut.

Ya aku takut bila mengenang suatu ketika nanti,
aku juga akan di letak dalam liang lahad.
Macam tu lah, macam tu beb!

Aku akan dipusingkan mengadap kiblat, muka aku akan ditekap dengan tanah.
Aku dah tak boleh bergerak, aku tak mampu tepis tanah tu.
Kemudian, aku akan ditimbus.
Duduklah aku dalam 'rumah' aku tu sorang-sorang, sampai kiamat.
Hanya ada 1 fesyen pakaian.
Tiada henfon, tiada laptop, tiada mak abah, tiada..
Semua tak ada.
Hanya ada aku dan encik-encik pengurai.
Mungkinkah aku akan disiksa dalam kubur?
Mungkin.. Jika masa aku sampai jika aku tak sempat bertaubat?
Astarghfirullah..

:((


Bersediakah aku untuk kaku didalam tanah begitu?

Hidup ini, sempatkah aku nak lihat aku yang berkedut-kedut dalam cermin?
Sempatkah aku rasa penatnya berjalan terbongkok-bongkok sebagai Warga Emas?
Ke masa muda dah Shut Down?

Jika diberi pilihan, haruslah aku nak pergi dalam keadaan sempurna jasad dan amal aku..
Ya Allah.. 

Hmmm..

*Al-Fatihah untuk semua mangsa tragedi tanah runtuh itu..*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...