Pages

Feb 2, 2011

Pemandu Seorang Datuk Telah Menculik Diri Sendiri

Hahahaha!
Eh tergelak pulak, tapi seriuslah aku rasa berita ni lawak.

Kejadian berlaku di Shah Alam. Seorang pemandu peribadi seorang ahli perniagaan yang berpangkat Datuk telah merancang 'penculikan' dirinya sendiri, semuanya gara-gara beban hutang yang ditanggung. Kononnya, dia nak buat cerita yang dia ni telah diculik, dan telah membuat andaian bahawa Datuk itu confirm bersimpati dengan nasib dia, dan Datuk tu akan bayar wang tebusan RM250,000.

-gambar hiasan-


Pemandu tersebut menyuruh isteri dia membuat panggilan kepada Datuk itu untuk memberitahu bahawa suami dia telah diculik. 

Namun begitu, Datuk tu tak mudah nak dipermainkan.. Dia rasa curiga dengan panggilan tu, dan terus buat report polis. 

Adoilah.. ni mesti terpengaruh dengan filem-filem ni..haha~!
Sumber: HarianMetro

ps: tak pasal-pasal dah carik pasal..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...